Tips Tambah Darah Semasa Hamil Bukan Sekadar Elak Nurse Bising

tambah darah semasa hamil

Heheh..

Saya rasa bukan saya sorang je kalau pergi check up ibu hamil kat klinik kerajaan (KK) risau kena bebel ngan nurse.. [Nurse mintak maaf ya..] 😆

Tapi diorang bising bukan sekadar bising.

Nurse bising sebab diorang prihatin akan kesihatan kita. Tanggungjawab diorang kan untuk pantau kesihatan kita. So, ikut jela nasihat yang baik-baik tu terutama jika untuk tambah darah semasa hamil.

Kena Tahan Wad Sebab Anemia

Tengok macam dalam video ni.. Garang kakaknya bukan sesuka hati nak garang..

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil – Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Teringat pula kes sorang kawan lama saya ni. Dia nak kena tambah darah semasa hamil anak ke 2 kalau tak salah. Kadar hemoglobin (Hb) dalam darah dia rendah (kurang 11). Bila nurse spot check tanya,

” Najis warna apa? Hitam ke biasa?”

Kawan saya jawab, ” Biasa je..”

Nah..! Terang-terang nurse tangkap dia tak makan suplemen Iron tu (Ferrous Fumarate)!

tambah darah semasa hamil

gambar kredit kepada indahitukamu.blogspot.com

:mrgreen:

Bahaya Anemia Terhadap Ibu Hamil

Tau tak apa anemia ni?

Anemia ni suatu keadaan kekurangan sel darah merah yang sihat atau kita lebih familiar dengan perkataan hemoglobin (Hb).

Dulu seingat saya kalau bacaan Hb rendah (kurang 11) automatik kad buku mengandung tu ditampal sticker hijau. Kalau rekod cantik memang sticker putih. Masih macam tu ke sekarang? (Maklumlah dah 2 tahun tak mengandung lagi.. :mrgreen: )

Teruk sangat ke kalau bacaan Hb selalu rendah semasa hamil?

Memang tak baik untuk ibu yang hamil.

Sebabnya hemoglobin ni peranan dia angkut oksigen dalam sel tubuh badan kita. Bila oksigen tak cukup, mulalah kita ni cepat letih.

Jangan pandang ringan, anemia juga boleh membawa maut! (Naudzubillahi Mindzalik)

😳

5 Simptom Utama Anemia

  • Berasa lemah sangat
  • Kulit pucat
  • Sering sakit kepala
  • Kekebasan
  • Suhu tubuh badan yang rendah

So, bersyukurlah ada pemeriksaan rutin utk semak darah ibu hamil cukup Hb atau tak. Taklah kita risau sangat.

3 Tips Tambah Darah Semasa Hamil Yang Mudah & Selamat

(1) Makan Sayur Berdaun Hijau Gelap

Antara sayur-sayuran berdaun hijau gelap yang bagus untuk tambah darah semasa hamil adalah:

  • Bayam
  • Brokoli

Tapi kan, sebenarnya tak lah banyak membantu kalau kita makan sayur pun dah siap masak sampai lunyai.

(2) Makan Kerang

Dulu ada jugak dapat nasihat untuk ambik kerang ni.

Tapi tak semua ibu tidak mengalami alahan kepada makanan laut.

Pensyarah subjek Biokimia saya dulu memang ragu-ragu nak makan kerang sebab kerang antara yang terdedah kepada logam berat.

(3) Ambik suplemen

Paling mudah ambik jelah suplemen.

Menurut sumber webMD.com, selain zat besi, tubuh kita memang perlukan zat vitamin B12 & asid folik untuk membentuk sel darah merah.

Memang ada pun vitamin yang khusus untuk tambah darah ni.

Macam dalam video tadi tu, Puan Aya Chalo dah takde masalah anemia lagi lepas ambik vitamin yang sesuai. Antara suplemen yang membantu untuk tambah darah semasa hamil adalah:

  • Vitalea

tambah darah semasa hamil

Kenapa?

Vitalea ni adalah multivitamin. 2 biji tablet Vitalea memberikan:

– 18mg zat besi (ferrous fumarate),

– 6mcg vitamin B12 &

– 400 mcg asid folik yang diperlukan untuk membantu membina sel darah merah yang sihat.

Baca lagi lanjut tentang Vitalea

  • Sustained Release Vita-C Plus

Kenapa?

Ini adalah vitamin C 500 mg yang larut secara berperingkat di dalam sel darah kita. Kelebihannya adalah, dalam tempoh 5 jam tanpa henti, kita tak perlu lagi nak fikir, ” eh kulbrapa ya nak ambik 100 mg vitamin C pulak?..”

– pengambilan vitamin C serentak dengan multivitamin yang mengandungi zat besi sangat membantu dalam penyerapan zat besi itu sendiri

– hasilnya, hemoglobin dalam sel darah merah mudah mendapat zatnya pada kadar yang optimum!

Baca lagi tentang SR Vita-C Plus

  • B Complex

tambah darah semasa hamil

Kenapa?

B Complex membantu memberi lebih tumpuan kepada 8 jenis vitamin B termasuk biotin & asid folic. 1 tablet vitamin B Complex bersamaan:

– 200 mcg asid folik

– 40.5 mcg vitamin B12

Baca lagi tentang B Complex

Anda adalah ibu hamil yang perlukan vitamin ini? Jika ya, jangan tunggu lama-lama. Kekurangan oksigen dalam darah boleh mendatangkan risiko yang lebih teruk bukan kepada ibu sahaja malah kepada bayi juga!

Set Tambah Darah

019-7646021

(sms/ whatsapp/ telegram)

Saya Zaleha, pengedar Shaklee Skudai yang bertauliah

COD diterima di seluruh Skudai, Senai, Kulaijaya, Johor Bahru & Permas Jaya

 

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

4 Responses

  1. shukran says:

    perkongsian yang menarik

    #follow me on shukranzahari.blogspot.com
    shukran recently posted…Cara Mengenalpasti Seseorang Sedang MenipuMy Profile

  2. product ni dah banyak review.. dan ramai kata bagus..

    mari sertai contest top fans

  3. Info yg sgt membantu buat ibu2 hamil. Ramai sbnanye ibu hamil yg mengalami masalah yg sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.