travel bersama anak-anak kecil

Tips Travel Bersama Anak-Anak Kecil : Catatan Ibu Belanja Anak Naik Flight

Tahun ni sepatutnya kami dah sepakat untuk beraya di sebelah keluarga suami di Terengganu sahaja. Bukan apa, cuti suami tahun ni dah tak banyak & abg Din pun sekolah & kami seboleh-boleh tak suka menghadap jem atas jalan raya.

Jauh kot perjalanan pulang ke kampung halaman kami suami isteri.

Johor – Terengganu – Kedah – Johor.

Tercetusnya kisah saya travel bersama anak-anak kecil sendiri tanpa suami ni pada asalnya memang unplanned situation.

Terpaksa Travel Bersama Anak-Anak Kecil Adalah Rezeki Dapat Balik ke Kedah Naik Flight

travel bersama anak-anak kecil

Kira-kira sebulan sebelum nak berpuasa, bapa saudara sebelah kampung mak di Kedah buat pengumuman, nak melangsungkan majlis kenduri kahwin anaknya yang sulong di kampung pada 1 Julai 2017 yang jatuh pada tarikh 7 Syawal..

Serba salah sangat kalau tak balik. Sebab kenduri pertama anak pakcik & kenduri secara gotong-royong pula, bukan katering.

Lagi serba tak kena memikirkan suami yang perlu stanby kerja out station luar negara betul-betul selepas raya.

Maka, di saat itu, lajulah jari jemari memeriksa web tiket flight.

Alhamdulillah rezeki sangat-sangat terjumpa tiket flight MAS pada harga mampu milik untuk kami 4 beranak – saya, abg Din (8 tahun), kak Auni (4 tahun) & Lutfi (8 bulan)

Cerita & Pengalaman Saya Travel Bersama Anak-Anak Kecil Tanpa Bertemankan Suami

Sejujurnya, saya memang suka berdikari.

Antara sebabnya tak nak susahkan suami – berpenat & mengeluarkan belanja yang banyak untuk urusan saya. Al maklumlah saya kan suri rumah.

Cuma, keselamatan diri wajib dijaga walau di mana saja kita berada. Never update sangat lokasi terkini kita pada public bila bersendiri camni. Kita tak tahu siapa viewers kita.

1) Travel Bersama Anak-Anak Kecil : Naik Bas Bersama Abg Din (1 tahun)

Dulu-dulu pernah travel sorang-sorang naik bas bersama abg Din yang berumur 1 tahun sebab excited betul nak ke Expo Moms & Baby di KL.

Ada pertandingan bayi merangkak. Hadiahnya adalah stroller Combi yang regenya almost RM1000 tu. Walaupun tak berjaya, yang bestnya, adalah pengalaman saya berdikari.

Syukur juga suami izinkan & percaya saya boleh jaga diri kami anak beranak.

Yang kagumnya, masa tu sambil dukung je abg Din. Belum ada lagi SSC / carrier yang canggih cam sekarang.

2) Travel Bersama Anak-Anak Kecil : Naik Bas Bersama Kak Auni (10 bulan)

Pengalaman kedua adalah bersama kak Auni.

Masa tu naik bas untuk ke Shah Alam. Masa ni memang nekad betul tinggal abg Din dengan suami & saya travel sendiri bawa kak Auni yang baru 10 bulan masa tu untuk belajar guna blog wordpress secara hands on.

Alhamdulillah berkat bersusah dahulu, saya akhirnya dah boleh jana pendapatan dari rumah melalui blog ni.

3) Travel Bersama Anak-Anak Kecil : Naik Flight Bersama Lutfi ( 8 bulan)

Sejak dah konsisten buat bisnes Shaklee secara atas talian dari rumah, Alhamdulillah saya dah mula buat tabung travel.

Pilih untuk naik flight sebab nak jimat masa & tenaga.

Abg Din pun dah mula bersekolah, maka tak boleh tinggal lama pergi bercuti sebab saya lah tukang supir beliau gi ke sekolah.

Ni 1st time lah saya keluar duit beli tiket flight sendiri untuk ke majlis ilmu di Subang Jaya.

Masa tu plan pergi dengan geng-geng iReach JB, jadi taklah rasa susah sangat walau agak penat sebab backpack perjalanan sehari je naik Air Asia.

Untuk jimat, kami pilih ambil Grab car je kongsi ramai-ramai.

4) Travel Bersama Anak-Anak Kecil : Naik Flight Bersama Abg Din, Kak Auni & Lutfi

Kali ni agak mencabar.

Sebab nak balik ke Kedah dari Terengganu then nak ke Johor balik lepas kenduri pada hari Sabtu di Kedah.

Maka of course hanya flight jadi pilihan. Alhamdulillah ada tabung travel hasil berbisnes Shaklee. Dapatlah buat beli tiket flight belanja anak-anak. 75% perbelanjaan membeli tiket kapal terbang 2 hala adalah hasil saya menabung.

25% lagi suami biaya.

Selepas tinjauan harga dibuat ke atas 4 syarikat penerbangan (Air Asia, Malindo Air, Firefly & Malaysia Airlines), saya memilih untuk terbang dengan Malaysia Airlines.

Luggage pun dapat, minuman pun ada & anak-anak pun enjoy boleh tengok cerita dalam flight pada harga tiket ekonomi.

Tips Tambahan Saya Mudah Travel Bersama Anak-Anak Kecil Secara Solo

travel bersama anak-anak kecil

Kita akan keep on rasa susah & mustahil selagi kita tak cuba untuk hadapinya. Di sini saya sertakan beberapa tips yang mungkin membantu.

  • Rancang perjalanan/ destinasi seawal yang mungkin
  • Lakukan tinjauan ke atas pelbagai alternatif kenderaan untuk travel
  • Gunakan soft structered carrier untuk mengendong bayi ke mana-mana termasuk untuk solat/ ke tandas
  • Sediakan/ rancang untuk beli makanan peneman (comfort food) untuk anak-anak enjoy sepanjang travel
  • Pilih untuk ambil Grab/ Uber/ saudara mara untuk menghantar & mengambil di airport/ hentian bas

 

Semoga tips yang dikongsi bermanfaat  🙂


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge