tukaran matawang asing

Tips Travel Luar Negara: Membuat Tukaran Matawang Asing Yang Menguntungkan

Hari ni terus rasa nak share sedikit tips yang penting khusus buat mereka yang nak berjalan jauh mengembara/ melawat negara luar.

Sudah tentu, selain itinerary, tiket penerbangan, vitamin untuk travel dan lain-lain kelengkapan termasuk pasport, duit saku wajib ada dalam list!

Ada tips bagus bagaimana untuk membuat tukaran matawang asing ni.

Cara Membuat Tukaran Matawang Asing Yang Untungkan Poket Kita

Since kami (saya dan sahabat iReach G7) memang sudah plan nak ke suatu destinasi luar negara tak berapa lama lagi, kami sama-sama ambil part untuk mudahkan perjalanan kami.

Ada yang fokus untuk itinerary, ada yang fokus untuk penginapan, ada yang tumpu untuk survey penerbangan murah & berbaloi, ada yang fokus untuk keperluan dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah banyak persiapan dah 90%. Tinggal sikit-sikit untuk penuhkan tabungan perbelanjaan di sana.

Tips Buat Tukaran Matawang Asing – Survey

Nak survey kat mana? Jenuh juga kan nak pegi banyak kedai.

Dari geng-geng yang biasa travel ke luar negara, memang banyak yang suggest buat tukaran wang asing di pengurup wang sekitar Selangor.

Ok, boleh buat perbandingan.

So far ada beberapa money changer yang rate agak menguntungkan kita. Antaranya:

Ni antara money changer yang kita boleh lihat rate tukaran secara updated di website.

Macam Spectrum tu antara the best rate setakat ni tapi lokasi hanya ada di Sunway Piramid.

tukaran matawang asing

Untuk Max Money ada di banyak area juga.

tukaran matawang asing

Tips Buat Tukaran Matawang Asing – Hujung Tahun

Memandangkan trip kami akan berlangsung pada tahun hadapan, terbaik untuk buat tukaran wang asing adalah sekitar hujung tahun ni (bulan Disember).

Sebenarnya ia bergantung pada pasaran Ringgit Malaysia kita juga.

Menurut beberapa laporan sahih, Ringgit ditutup kukuh sepanjang hujung tahun ni. Sebab tu nampak agak untung buat tukaran matawang asing pada masa ini.

Dua bulan lepas saya dah mula menukar sekeping duit matawang negara tersebut. Rate nya jika dibanding sekarang, rate sekarang adalah hampir murah RM1.00 berbanding 2 bulan lepas.

Alhamdulillah la tukar sekeping je duitnya. Bayangkan kalau kita nak tukar berpuluh-puluh keping?

Tak ke lumayan juga kan penjimatannya sekarang?  😉

Semoga tips ini membantu anda 🙂

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge