turunkan berat badan

Turunkan Berat Badan Secara Sihat : 4 Hidangan Buah Ketika Berbuka Puasa

Puasa mengajar & melatih kita untuk mengawal nafsu termasuklah nafsu makan minum, nafsu berbelanja, nafsu terhadap perkara & aktiviti yang melalaikan serta macam-macam jenis nafsu yang wujud di dunia ni.

Sebenarnya kalau kita betul-betul follow latihan berpuasa tu, kita boleh turunkan berat badan dengan mudah dengan syarat kita konsisten lah amalkan.

3 TipsTurunkan Berat Badan Sepanjang Berpuasa Dengan Sihat & Cepat

Beberapa hari yang lepas, selain ambil kurma @ tamar, saya start praktis mengamalkan jus buah-buahan sahaja sepanjang berbuka puasa.

Saya praktis ambil 4 hidangan buah yang dikisar untuk dijadikan jus segar.

Pengambilan buah & sayur sebaanyak 4-5 hidangan sehari ini adalah antara yang disarankan oleh pakar nutrisi untuk kekalkan kesihatan.

Yang bestnya, memang kenyang sangat-sangat sebab jus tu memang saya blend 100% buah & air sahaja, tak tapis semua serat.

(1) Buat Sendiri Jus Buah-buahan Anda

Untuk rasa air buah yang lazat (manis buah) tanpa gula, saya perlu mengisar 4 biji buah oren Sunkist yang gred tanpa biji & gred manis ni.

turunkan berat badan

Anda boleh bayangkan tak betapa kurang sihatnya kita jika selalu minum fresh orange yang dikedai-kedai tanpa kita request “tak nak gula”.

Of course yang di kedai biasanya blend sebiji je untuk segelas air fresh orange. Cubalah request takde gula, memang tawar & masam airnya.

Jika pilih untuk buat jus oren segar sendiri, pilihlah oren yang kategori manis untuk dimakan bukan untuk dibuat jus. Antaranya, oren Sunkist yang berlabel 3013 (tiada biji & manis)

Jus buah yang dibuat sendiri adalah lebih sihat kerana:

  • tiada gula tambahan
  • tiada pengawet
  • tiada pewarna tambahan

(2) Elak Makan Makanan Berlemak & Manis Selepas Berbuka

Sebenarnya kalau mata kita tidak dihidangkan dengan makanan-makanan berlemak atau manis yang lain, in shaa Allah kita sebenarnya tidak perlu pun untuk ambil makanan-makanan yang tak penting ni.

Makanan berlemak & manis antara punca kalori jahat dan tak perlu serta antara punca kegemukkan.

Untuk turunkan berat badan, cuba amalkan ini, selepas berbuka puasa dengan kurma:

  • cukupkan keperluan minum air kosong
  • ambil jus buah-buahan yang dibuat sendiri
  • pelbagaikan jenis jus buah-buahan
  • ambil sup sayur

Selain mengenyangkan, kita juga dapat membekalkan nutrisi yang penting untuk tubuh kekal cergas melaksanakan ibadah sepanjang malamnya.

turunkan berat badan

Serat dari buah & sayur membantu tubuh menyahtinja dengan baik.

Cuba amalkan minum jus buatan sendiri ini & perhatikan perbezaannya pada rutin ke tandas anda  :mrgreen:

(3) Bersenam Pada Waktu Petang

Walaupun berpuasa, cubalah untuk ambil 15-20 minit setiap petang untuk lakukan beberapa jenis senaman ringan.

Banyak video & panduan di channel Youtube.

Anda boleh lakukan semua rutin senaman ini di rumah sahaja.

Senaman yang dilakukan secara berkala adalah antara kunci kejayaan seseorang yang berjaya turunkan berat badan secara sihat.

Panduan Saiz Hidangan Buah

Pengambilan serat terutama dari buah-buahan & sayur-sayuran antara yang membantu turunkan berat badan dengan lebih sihat & selamat.

Untuk yang belum tahu, boleh gunakan carta ini sebagai panduan untuk kira berapa saiz hidangan yang kita perlu ambil untuk cukupkan keperluan serat & vitamin harian kita dari buah-buahan.

turunkan berat badan

1 sajian adalah bersamaan 1 biji penuh buah-buahan ini

  • Epal
  • Pear
  • Oren

1 sajian adaah bersamaan 1 potong buah-buahan ini

  • Tembikai
  • Tembikai susu

1 sajian adalah bersamaan 8 biji buah-buahan ini

  • Anggur
  • Strawberi
  • Blueberi

Sebenarnya, kita memang disarankan oleh pakar nutrisi untuk cukupkan serat harian dari pemakanan kita.

Ramai diantara kita sukar untuk makan ikut portion yang betul. Mungkin atas faktor mahalnya harga sayur & buah sekarang ni.

Tapi, jika kita pilih untuk sihat, ia adalah berbaloi untuk kita laburkan sedikit wang untuk kekalkan kesihatan berbanding mengeluarkan wang yang banyak untuk merawat ketika sakit.

Rujukan:

  1. Nutrition for Life, Lisa Hark & Dr Darwin, Dorling & Kindersley, 2005, Dietary Guidelines



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge