besarkan limit pemindahan wang

Tutorial Besarkan Limit Pemindahan Wang di Maybank2U

Hihi apa khabar semua?

Rasanya dah agak lama kot saya tak buat any tutorial dalam blog ni. Last tutorial yang paling hot & popular yang saya pernah tulis dulu adalah tentang terima duit dari luar negara melalui Western Union

Ok, tanpa lengah masa, saya nak share tutorial step by step untuk besarkan limit pemindahan wang di Maybank2U.

Step By Step Cara Besarkan Limit Pemindahan Wang Di Maybank2U

Sebelum ni saya dah biasa buat guna CIMB Click.

Sejak Maybank2U punya preface dah baru, memang macam-macam jugaklah kita kena study satu persatu. Kesnya bermula baru-baru ini, saya perlu buat pemindahan dalam jumlah yang agak besar (melebihi RM5k) menggunakan akaun Maybank ini secara atas talian (Maybank2U).

Study punya study, oh, baru tau, limit pemindahan yang menjadi auto-default untuk setiap akaun simpanan adalah RM3k sahaja per transaction.

So, kalau nak buat lebih pemindahan wang, wajiblah tukar limit tu, besarkan limit pemindahan wang itu.

Sebelum saya tau caranya ni, banyak kali jugak lah saya godek-godek.. tak berhasil, Sebabnya agak confuse dengan preface baru Maybank2U ni. Jadi saya cuba bukak di laptop & lepas dah dapat caranya, saya try bukak pada phone juga, Alhamdulillah menjadi!

So, ni lah step by step nye ya:

(1) Buka website Maybank2u. Pilih dekstop view & klik di hujung kanan untuk “Back to the classic Maybank2U

https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do

besarkan limit pemindahan wang

(2) Lepas login ke akaun kita, pergi ke transfers

(3) Dari tab transfers tu tengok kat bawah, pilih transaction limit maintenance

(4) Then, pilihlah nak adjust besarkan limit pemindahan wang untuk urusan apa & berapa limit yang kita nak. Boleh sampai maksimum RM30,000 per transaksi. Lebih dari ini, sila ke kaunter bank lah.. hihihi.

besarkan limit pemindahan wang

(5) Lepas dah pilih, kita kena request utk TAC number. As usual macam prosedur kita nak transfer duit.

(6) Dah dapat nombor TAC, isi, then selesai!!! Berjaya dah.

Senang je kan?

Pasti bermanfaat  🙂 Jemputlah share pada yang memerlukan.



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge