easy parcel

Tutorial Cara Guna Easy Parcel Untuk Pengeposan Murah 5kg Seluruh Malaysia

Hai! Dah lama saya tak share entri untuk tutorial. Kali ni saya rasa terlebih rajin nak tulis tentang tutorial step by step untuk guna website Easy Parcel yang sangat memudahkan urusan pengeposan barang yang berat-berat dengan kos yang lebih murah.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat bisnes saya, yang request tutorial ni.

Tutorial Cara Guna Easy Parcel Untuk Pengeposan Murah 5kg Seluruh Malaysia

easy parcel

Yang suka versi video, boleh terus tonton video yang saya share di Youtube channel saya ini.

Saya tulis balik ya,

Langkah 1

Untuk yang tak pernah daftar Easy Parcel, boleh terus klik link ini untuk mendaftar.

Tiada bayaran dikenakan untuk pendaftaran. Ya daftar Easy Parcel adalah percuma.

Langkah 2

Login ke account Easy Parcel. Dan buat bayaran tambah nilai. Boleh guna kad debit/ kredit atau direct bayar guna perbankan online anda. Saya selalu guna direct online banking jer. Pilih stripe tu.

Buat bayaran tambah nilai serendah RM50 untuk menikmati harga kos yang rendah & paling berbaloi.

Kalau u olls topup RM20, rugi sebab rate postage agak mahal & ketara beza berbanding rate kalau topup dengan RM50. Aalang-alang akan guna lagi, better topup je terus lumpsum. Kredit takde expiry.

So far macam saya yang buat bisnes Shaklee ni, memang banyak juga guna postage untuk pos berat-berat sampai 3-4 kg. So sebulan tu kalau topup RM200 pun sangat jimat sebab memang selalu sangat guna.

Langkah 3

Lepas dah ada nilai isian, barulah kita boleh isi detail poskod kita & penerima serta pilih nak guna syarikat courier yang mana.

Langkah 4

Dah isi semua detail & pilih samada nak pickup atau self drop off, kita akan disuruh buat pembayaran.

Langkah 5

Lepas dah siap bayar, nanti consignment note tu kita kena print & tampal satu salinan pada parcel & satu salinan lagi kita kena serah pada kaunter. Untuk courier seperti J&T Express, hanya ada 1 salinan consignment. Tampal je terus pada parcel. Korang boleh tampal guna selotep atau beli plastik poket khas untuk isi consignment ni macam kt pejabat pos tu.

Itu saja tutorial nya.

Ada apa-apa nak tanya? Sila drop pertanyaan anda di komen 🙂

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge