Ubat Hilangkan Loya Yang Selamat Untuk Ibu Hamil

Assalamu’alaikum & salam sejahtera.

Bangun pagi tadi terus teringat semua sahabat saya yang sedang hamil. Semoga kalian sihat-sihat sahaja & baby dalam kandungan terus membesar dengan sihat seperti yang diharapkan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Teringat pengalaman saya ketika mengandungkan Rafiuddin Afiq & Auni Batrisyia dulu. Memang normal lah untuk rasa mual dan loya sekitar trimester pertama.

Ketika Rafiuddin Afiq baru dalam kandungan 2-3 bulan, saya paling tak boleh tercium bau kari. Kari daging lah yang paling dahsyat sekali. Oh nooo… memang saya tak tahan. Paling kurang ke tandas saya muntah angin la. Kalu teruk memang sampai bergelora isi perut neh.. adoiyai.. πŸ˜₯

ubat hilangkan loya

Punca Morning Sickness Ketika Trimester Pertama

Menurut sumber dari buku Pregnancy to Parenthood (1999), terbitan Magna Publishing Co.Ltd ni, simptom-simptom mengalami mual & loya atau lebih dikenali sebagai morning sickness adalah perkara normal.

Antara beberapa faktor yang menyebabkan ibu hamil mengalami rasa mual & loya atau morning sickness adalah:

  • kekurangan nutrisi-nutrisi tertentu ketika berada menghamilkan satu lagi nyawa, terutama vitamin B6
  • mengalami paras gula yang rendah di awal pagi kerana perut adalah dalam keadaan kosong sepanjang malam
  • mual & loya sepanjang hari berlaku sekiranya ibu berada dalam perut kosong pada suatu tempoh yang lama

Tips & Ubat Hilangkan Loya

Sebenarnya, ibu hamil ni mengalami fasa macam terkejut la jugak dalam sistem tubuh mereka. Kalau dulu kan kita makan semua zat untuk kita sorang, tapi bila dah ada nyawa yang lagi satu atau dua atau tiga mula membenih dalam rahim kita, tu yang perut kita bagi tanda macam morning sickness tu. Ia macam signal yang kita perlukan zat & nutrisi tambahan.

Sebab tu sebenarnya, sebelum merancang untuk berkahwin atau pun hamil lagi, para pakar nutrisi danΒ  doktor memang ada menyarankan serta menggalakkan pengambilan vitamin B Complex sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum. Lagipun biasanya memang takde dijual vitamin B6 alone kat pasaran sebab boleh dikatakan semua komponen dalam vitamin B adalah saling berkait rapat dalam memainkan peranan & fungsi yang baik dalam tubuh kita.

ubat hilangkan loya
perbandingan khasiat dalam sebiji vitamin B Complex pelbagai jenama

Lagi pulak, memang normal bau vitamin B Complex tak kisah jenama apa sekalipun yang klinik mahupun yang ada kat pasaran baunya memang kurang menyenangkan. Sebab tu la kalau dah sebelum hamil lagi kita dah biasa amalkan telan vitamin B Complex ni, inshaa Allah takde masalah untuk hadapi masalah ni.

Tips Hilangkan Loya 1:

ubat hilangkan loya

Amalkan bangun pagi terus minum air kosong dulu. Saya juga ada kongsikan bagaimana nak membuatkan minum air kosong rasanya lebih enak walaupun bukan dengan bancuh jadi air manis yang lain. Cubalah tips minum air kosong ni.

Tips Hilangkan Loya 2:

ubat hilangkan loya

Jangan sesekali skip breakfast! walau sibuk macam mana pun ibu hamil wajib bersarapan. Boleh try bersarapan yang ringkas tapi penuh berzat dan mudah untuk dicernakan seperti berikut (sumber rujukan: pesonapengantin.karangkraf.com) :

  • sandwich telur & segelas susu segar. (kalau taknak bau hanyir telur, boleh tambah lada hitam serbuk atau lada sulah kita buat scrambled egg tu.
  • roti bakar disapu coklat Nuttela & secawan milo panas/hot chocolate. Nutella memang sedap πŸ™‚
  • koko Crunch & secawan minuman chocomalt panas. Kalau tak gemarkan coklat boleh ganti kepada emping jagung & secawan horlicks perisa plain.
  • bijirin oat atau nestum. Boleh juga ditambah dengan buah-buahan segar macam strawberry atau kiwi atau anggur untuk pembangkit rasa secara semulajadi
  • scrambled egg (telur hancur), kacang panggang, sosej & jus oren. Untuk menyedapkan lagi telur hancur ni, boleh tambah susu tepung perisa vanilla atau mealshakes yang memang harum dengan french vanilla. Baked beans kebanyakkannya mudah didapati dalam tin atau dalam peket aluminium. Gandingan telur (protein) dengan jus oren segar (vitamin C) boleh menambahkan zat yang tiada kepada sosej kerana sosej adalah antara makanan proses yang hampir hilang zat asalnya.
  • Shaklee Meal Shakes. Ini adalah sarapan yang paling mudah untuk disediakan. Hanya tambah air kosong & shake atau kacau dengan sudu plastik! Dengan haruman french vanila, ia membuatkan seolah-olah anda makan aiskrim perisa vanila yang enak. Boleh dicampur bersama susu segar atau susu kegemaran anda juga πŸ˜‰

ubat hilangkan loya

Tips Hilangkan Loya 3:

ubat hilangkan loya

Jika anda rasa loya & berangin yang teramat, boleh cuba membuat air halia (pecah-pecahkan) yang dimasak bersama sedikit gula batu atau ditambah madu kepada air rebusan halia yang telah suam-suam suku. Halia memang terbukti secara turun temurun bagi menghalau angin dari badan.

Jika paling tak rajin sekali, ni haa, ambik Pepermint-Ginger Plus. Dalam bentuk tablet yang mudah nak dibawa ke mana-mana. Kalau suka, boleh dilarutkan tabletnya.

ubat hilangkan loya
ni saya amalkan tiap kali dalam perjalanan jauh. biasa memang ada loya-loya angin especially bila balik kampung Johor-Kedah-Terengganu-Johor uih.. dasat tau lagi-lagi kalu lalu jalan Grik yang banyak kona-kona tu

Rasanya memang tak manis tapi berangin sedap je kat tekak. KalauΒ  nak ada berasa manis sket, boleh tambah madu sedikit dalamnya.

Dalam Peppermint-Ginger Plus ni ada:

  • serbuk Peppermint/daun pudina (Mentha piperita) dari sumber daunnya
  • serbuk Anise (. ) dari sumber bijinya
  • serbuk Fennel/ jintan manis (Foeniculum vulgare) dari sumber bijinya
  • serbuk halia (Zingiber officinale) dari sumber akarnya
  • minyak Peppermint/daun pudina (Mentha piperita) dari sumber daunnya

ubat hilangkan loya

Ini adalah antara ubat hilangkan loya yang selamat untuk diambil oleh ibu hamil. Semua ramuan yang digunakan adalah 100% dari bahan semulajadi dan tanpa bahan pengawet, tanpa perasa tiruan dan juga tanpa pewarna tiruan.

Kenapa ibu hamil sesuai ambik Peppermint-Ginger Plus ni?

(1) Daun Pudina

  • Rasa dingin & segar yang semulajadi darinya membantu fikiran yang jelas & fokus. Jadi ibu hamil tak terganggu untuk melakukan sebarang urusan kerja di saat mengalami morning sickness yang teruk
  • Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati & cirit birit juga.
  • Melegakan otot perut serta bertindak menenangkan
  • Melegakan kesan sampingan seperti muntah-muntah & kehilangan selera makan

(2) Halia

  • Bukan sebarang herba. Memang dah lebih 2000 tahun masyarakat Cina guna halia sebagai antara natural remedies untuk merawat masalah berkaitan angin/ mabuk/ loya
  • Ia merangsang kehadiran enzim Saliva (air liur) bagi membantu pencernaan makanan.
  • Membantu jugak melegakan ketidakselesaan perut dan usus yang dialami oleh mereka yang ketika dalam haid, ibu hamil yang loya dan mual angin & ketika ibu lepas bersalin yang sedang berpantang.
  • Terdapat juga dalam suatu kajian di Switzerland, halia dapat membantu merawat mabuk laut secara semulajadi
  • Dalam kajian di United Kingdom pula, halia dapat menghalang muntah selepas pembedahan ke atas pesakit wanita
  • Halia juga disimpulkan sebagai antara natural remedies yang berkesan dalam merawat/ mencegah masalah kesakitan yang dihadapi ketika dalam perjalanan/ pengembaraan

(3) Jintan Manis (Fennel)

  • Yang ni pun memang dah biasa mak saya ajar letak dalam makanan untuk hilangkan masalah kembung perut. Sebenarnya orang Eropah pun memang amalkan ambik fennel ni selepas makan untuk hilangkan masalah kembung perut.
  • Ia juga melegakan sakit perut, gejala flu dan membantu dalam masalah alergi pada saluran usus secara semulajadi

ubat hilangkan loya

(4) Anise

ubat hilangkan loya

  • Menurut laman sesawang http://cooking.stackexchange.com, anise seed ni hampir-hampir nak sama macam jintan manis pun ya. Nak kata jintan putih pun bukan. Boleh baca lanjut kat entri dia yang membuat perbandingan antara rempah-rempah ratus ni kat sini.
  • Orang-orang Mesir Purba banyak guna Anise ni sebagai natural remedies jugak
  • Ia boleh membantu melegakan masalah pencernaan dan simptom-simptom kesakitan ketika datang haid, batuk dan kahak.
  • Anise dapat merangsang rembesan jus gastrik yang terlibat dalam proses pencernaan
  • Ia membantu dalam mengelakkan kehadiran kulat punca kepada penyakit kulit yang biasa
  • Anise membantu juga dalam melegakan kepanasan dan memberi peredaran tenaga di dalam badan serta sangat lembut pada perut

Cuma, saya nasihatkan kepada para ibu yang sedang hamil kat luar sana, dapatkan juga pandangan & rujukan dari doktor yang memantau kehamilan anda sebab tak semua ibu hamil berada dalam keadaan kesihatan yang sama. Jika ada sebarang komplikasi yang tertentu, ia lebih perlu untuk mendapatkan pemantauan doktor yang lagi khusus.

Semoga artikel ini bermanfaat πŸ™‚

Sekiranya ada komen/ soalan lanjut berhubung topik ini, silalah meninggalkan jejak anda di ruangan komen. Terima kasih atas kunjungan anda ke laman ini. πŸ˜€

Bagi urusan terus seperti untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya Zaleha seperti maklumat berikut:

019-7646021 (sms/whatsapp/telegram)

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Izinkan saya membantu anda kerana saya adalah pengedar Shaklee Skudai yang bertauliah! πŸ™‚

Saya juga boleh COD ke Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Penghantaran secara poslaju/courier sekitar Malaysia, Singapura & Brunei

ubat kuat lelaki

 

1 thought on “Ubat Hilangkan Loya Yang Selamat Untuk Ibu Hamil”

  1. Pingback: 11 Testimoni Garlic Complex Shaklee Terbukti Terbaik Untuk Kesihatan - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge