ujian saringan darjah 1

Ujian Saringan Darjah 1: Tips & Pesanan Untuk Ibu Bapa Zaman Moden

Kalau mengimbau 24 tahun yang lalu, ketika saya baru nak melangkah ke alam persekolahan darjah 1, memang cukup berbeza pengetahuan & kemahiran yang dimiliki anak-anak zaman sekarang.

Oleh sebab itu, antara tujuan utama ujian saringan darjah 1 diadakan adalah bagi mengkelaskan anak-anak ke kelas mengikut tahap kepandaian & kebolehan mereka dalam pembelajaran nanti.

Ketika darjah 1, saya masih ingat, saya baru diajar bagaimana bunyi huruf vokal (a,e,i,o,u).. sangat lucu bila ingat balik, cikgu saya cakap macam ni:

“a kentutnya bunyi aaaa

e kentutnya bunyi eeee”

& seterusnya.. hahaha… (xlupa sampai sekarang) :mrgreen:

Sedangkan anak-anak sekarang, ketika diorang di kelas tadika lagi, bukan setakat tahu huruf & bunyi, malah dah pandai baca pun…

Teringat-ingat lagi Rafiuddin & kawan-kawannya membuat persembahan Choral Speaking dengan tajuk “We Love Our Teachers”.. hebat! Subhanallah..

Persiapan Untuk Ujian Saringan Darjah 1 Rafiuddin Afiq

Ish..ish .. ish.. ada persiapan ke?

Hahha.. bolehlah.,, buat la apa yang patut supaya di akhirat nanti, taklah kita dipersoalkan apa ikhtiar kita sebagai ibubapa kan?  😆

Persiapan Ujian Saringan Darjah 1: Beli Buku latihan

Antara ikhtiarnya adalah membelikan beberapa buah buku latihan KSSR Tahun 1 untuk dipraktis oleh si Rafiuddin tu.

Mana taknya, boleh dikatakan kalau kat rumah ni, kalau tak melukis gambar kereta / bina blok ikut imaginasi dia, dia mesti sibuk nak tengok Youtube jer.

Mungkin juga sebab TV di rumah kami pun dah lama rosak & kami suami isteri tidak bercadang nak beli baru sebab setakat ni bukanlah keperluan pun untuk ada TV, maka kadang-kadang kesian juga, beri jugak anak-anak tengok channel Youtube tu kat komputer.

Tapi mesti ada hadnya & dipantau.

Bila tengok silibus dalam buku KSSR tu, rasa kagum sangat, pergh! Pemikiran memang kena ke depan. Kalau tak, memang ketinggalan lah jawabnya!  😥

Kalau taknak beli, ada juga kawan yang suggest, download je soalan kat internet & print.  :mrgreen:

Sekitar Ujian Saringan Darjah 1 Rafiuddin Afiq

21  Nov lepas, saya & suami sama-sama bersemangat membawa anak sulong kami ni hadir ke sekolah sempena ujian saringan ni.

(1) Pendaftaran & Keperluan

Takyah pakai baju uniform sekolah pun. Just bagi anak kita pakai kemas.

Keperluan Untuk Ujian Saringan Darjah 1:

  • Alat tulis

Tu je & haritu kitorang parents kena daftar dulu untuk tulis nama, nombor telefon, nama sekolah tadika anak & juga kena isi nama penuh anak yang nak ambik ujian tu kat atas kertas kosong.

Hahah.. rupa-rupanya sebagai stanby kot-kot anak-anak ni ada yang tak reti tulis nama dia.

Alhamdulillah bab ni Rafiuddin dah expert. Lengkap dah nama ibu & ayah dia pun dia dah terer tulis. Tapi takpe, ikut je prosedur.

Sementara anak-anak kita tengah bertempur jawab soalan tu, mak ayah kena dengar sesi taklimat yang disediakan.

(2) Taklimat Ibu Bapa – KSSR

Ada band tertentu tau untuk ukur tahap perkembangan anak-anak ni.

Ada 6 band.

Yang terbaik penguasaan adalah band 6.

Fu, teringat dulu band ni pakai masa ambik exam MUET je..

(3) Taklimat Ibu Bapa – Linus

Apa dia tu Linus?

Mula-mula ingat macam topik yang saya belajar dalam sistem pengkomputeran tu.. hahaha.. hapeda!  :mrgreen:

Rupa-rupanya tentang tahap penguasaan murid untuk literasi dalam 3 subjek utama:

  1. Bahasa Malaysia – cth: suku kata (terbuka & tertutup), huruf besar & huruf kecil
  2. Bahasa Inggeris – cth: phoenix sound & blending, tanda baca.
  3. Matematik – cth: topik masa/waktu, wang, pengiraan & nilai wang

Dikatakan ada 2 penilaian akan dibuat sepanjang tahun untuk ini.

Antara Mac – April & Sep – Oktober.

Ibu bapa digalakkan untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak untuk topik-topik penting sebegini.

Antara yang kita boleh ikhtiarkan:

  • Pupuk tabiat membaca bermula dari rumah (mak, ayah pun jgn xrajin membaca ya…hihi :mrgreen: )
  • Galakkan anak-anak tengok masa pada jam
  • Biasakan anak-anak tahu penggunaan wang…hihi.. bolehlah ajar gi supermarket & mintk diorang belajar beli & bayar sendiri..  😆
sesi latih kenalkan duit syiling ke Din..huhu

(4) Taklimat Ibu Bapa – Disiplin

Hm.. yang ni memang patut ditekankan. Kejayaan anak itu bukan diukur dari segi akademik saja, sahsiah juga penting.

Katanya lagi, kalau anak-anak ni bawak masalah disiplin, namanya akan direkodkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia…fuh! Naudzubillah

Antara disiplin yang ditekankan adalah:

  • masa – pintu pagar ditutup/ loceng dibunyikan. Seawal 7.20 am (loceng 1) & 7.30 am (loceng 2). Hadir lewat adalah suatu kesalahan tau!
  • pakaian – letak nama pada kasut supaya tidak mudah hilang apabila murid-murid buat aktiviti dalam bilik yg perlu bukak kasut
  • buku – tulis nama & mintak anak-anak tidak tinggalkan buku kat merata-rata tempat. Haaa, stanby la beg sekolah yang convenient & ergonomik (beroda la jika dapat) untuk anak-anak angkut bawak & pulang buku…hihi  😆

(5) Ceramah Motivasi

Alhamdulillah dapat mendengar perkongsian dari penceramah undangan. Seorang ibu yang berpengalaman menghantar anak-anaknya di sekolah yang sama 20 tahun yang lalu.

Ada gak sesi soal-jawab & sesi beri maklum balas..

Sempatlah ibu & ayah Din ni bagi feedback…kiikikik.. sporting kan?  :mrgreen:

Itu jelah yang kami nak share.

Semoga ia bermanfaat untuk kita sebagai parents di zaman moden ni.

Pastinya banyak cabaran untuk kita membesarkan & mendidik anak-anak ini hingga berjaya dunia & akhirat. In shaa Allah, semoga Dia sentiasa Permudahkan.

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

7 thoughts on “Ujian Saringan Darjah 1: Tips & Pesanan Untuk Ibu Bapa Zaman Moden”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge