Video & cara menyimpan susu ibu ketika bekerja seperti pengalaman saya dahulu

Assalamu’alaikum & salam sejahtera,

Saya seperti ibu-ibu lain yang berkesedaran bahawa makanan terbaik untuk anak-anak selepas dilahirkan adalah susu ibunya sendiri.

Sepanjang melahirkan 2 anak (1 lelaki & 1 perempuan) semenjak 5 tahun yang lalu, saya melalui 2 pengalaman yang berbeza.

Pengalaman Pertama Menyusukan Anak

Anak pertama – lelaki

Saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

Alhamdulillah pengalaman saya mengharungi masalah puting yang tersumbat dapat saya atasi dengan penuh kesabaran. Rafiuddin Afiq dapat saya susukan secara terus sehingga usianya cukup 2 tahun.

Pengalaman Kedua Menyusukan Anak

Anak kedua – perempuan

Saya telah kembali bekerja makan gaji sebaik saja Rafiuddin berumur 2 tahun. Saya mula belajar cara menyimpan susu ibu seawal melahirkan Auni Batrisyia memandangkan pada pengalaman pertama saya adalah suri rumah sepenuh masa. Jadi saya tiada masalah untuk membekalkan susu ibu yang secukupnya untuk Rafiuddin.

Saya sendiri dapat merasakan saya perlukan makanan tambahan untuk membantu saya kekal cergas sepanjang berpantang sambil menyusukan Auni sambil pula bersedia mengepam untuk stok EBM Auni sebaik saja saya kembali bertugas.

cara menyimpan susu ibu

Dari pengalaman saya, jika kita bermula lambat untuk praktis membuat stok beku susu ibu (EBM), dengan keadaan yang tidak konsisten mengepam sepanjang berada di pejabat, kita akan menghadapi kekurangan stok untuk dibekalkan ke taska.

Walau sesibuk mana pun, rutin memerah susu ibu di pejabat harus dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang 8 jam waktu bekerja.

Bagaimana nak urus masa?

Boleh. Dengan syarat kita kurangkan aktiviti bersosial kita sepanjang masa rehat minum pagi, makan tengah hari mahupun minum petang.

Boleh tonton video ini, bagaimana seorang ibu bekerjaya yang tidak lagi keletihan membuat stok susu ibu walau seharian dibebani dengan pelbagai tanggungjawab lain di pejabat & di rumah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat & membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

P/s: Sokonglah ibu-ibu untuk menyusukan anak mereka.

Jika anda seorang majikan, bantulah pekerja anda untuk meluangkan sedikit masa rehatnya bagi tujuan ini.

Jika anda ada masalah berhubung cara menyimpan susu ibu yang betul, boleh ajukan masalah anda ke maklumat berikut:

019-7646021 (sms/whatsapp/telegram)

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Inshaa Allah saya akan bantu menyelesaikan permasalahan anda.

 

 

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.