Vitamin C Yang Terbaik Di Pasaran

vitamin C yang terbaik
Gambar sekadar hiasan..

Apabila tengok ramai yang sedang bersin sana-sini, selesema dan mudah pula dapat demam, itu tandanya badan perlukan perlindungan yang lebih untuk melawan jangkitan virus.

Seperti saya sendiri, saya tahu saya  hampir dijangkiti selesema sekiranya tiba-tiba saya akan bersin lebih dari 3 kali berturut-turut.

Untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh, kita perlukan antioksidan.

Apa itu antioksidan

  • Antioksidan adalah sebatian kimia yang biasa terkandung di dalam buah-buahan & sayur-sayuran.
  • Telah terbukti dapat mengurangkan kadar radikal bebas di dalam tubuh badan
  • Meneutralkan radikal bebas & membantu memperbaiki kerosakan pada sel tubuh

Vitamin C Sebagai Antioksidan

Saya suka kongsikan vitamin C yang terbaik yang masih saya ambik sampai sekarang semenjak setahun yang lalu & ia adalah antara antioksidan yang best untuk tubuh badan saya.

Sebagai antioksidan, vitamin C melindungi tubuh badan kita dari jangkitan dengan cara membantu proses sel darah putih menguraikan bakteria yang menyerang. Dalam hal ini juga, vitamin C berperanan dalam memudahkan serapan zat besi untuk tujuan yang sama.

Sudah tentu, kalau nak dapat sekurang-kurang 100 mg asid askorbik (vitamin C) sehari daripada buah & sayur, kita kena ambik dalam kuantiti yang banyak & secara mentah.

Faktor kekangan masa untuk sentiasa mendapatkan buah & sayur segar juga memaksa saya untuk memikirkan alternatif untuk bekalan vitamin C ini melalui pengambilan suplemen.

Suplemen vitamin C yang pertama saya konsisten ambik adalah vitamin C 100 mg yang dibekalkan oleh pihak Klinik Kesihatan. Itupun saya ambik sebab saya mengandung. :mrgreen:

Selain antioksidan, apa lagi khasiat vitamin C?

Nak kulit cantik? Boleh ke? Kakak ni guna vitamin C juga antara usaha untuk dapatkan kulit yang cantik

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Seperti yang kita ketahui, vitamin C ataupun asid askorbik ni tidak dihasilkan oleh tubuh badan kita.

Vitamin C hanya boleh didapati dari makanan/ diet. Namun begitu, vitamin C adalah tidak stabil & sangat mudah dimusnahkan terutama ketika sumbernya (buah/ sayur) dimasak & diproses.

Khasiat Vitamin C

Secara umumnya khasiat vitamin C adalah seperti berikut:

  • penting dalam pembentukan kolagen (protein penting yang berperanan dalam menguatkan tulang & saluran darah)
  • membantu dalam pertumbuhan badan
  • membantu dalam memperbaiki tisu-tisu rosak
  • membantu menyembuhkan luka
  • peranan sebagai anti-histamin

Berapa Keperluan Vitamin C Harian?

Vitamin C diperlukan bergantung pada tahap umur, faktor persekitaran & tabiat harian kita.

Secara puratanya; RDA (Recommended Dietary Allowance) bagi keperluan vitamin C yang disyorkan adalah seperti berikut:

Lelaki Dewasa: 75-90 mg / sehari

Wanita: 65-75 mg/ sehari

Wanita Hamil: 80-85 mg/ sehari

Wanita Menyusu: 115-120 mg/ sehari

Kanak-kanak: ~ 50 mg/ sehari

Biasanya suplemen vitamin C memberikan lebih kandungan asid askorbik berbanding keperluan.

Tidak perlu risau kerana vitamin C adalah larut air.

Lebihan vitamin C akan diurai keluar melalui air kencing.

Kesan Buruk Kekurangan Vitamin C

Orang yang merokok & yang minum alkohol setiap hari adalah antara yang mudah mengalami kekurangan vitamin C.

Ini kerana alkohol mengganggu serapan vitamin manakala rokok pula memusnahkan kandungan vitamin C yang tersimpan.

Kekurangan vitamin C dalam badan boleh mengakibatkan penyakit skurvi, suatu keadaan yang membuatkan otot menjadi lemah, sakit-sakit sendi, luka lambat sembuh, gigi mudah tertanggal dari soketnya, gusi bengkak & berdarah, mudah letih & juga mudah untuk mengalami depresi @ tekanan perasaan.

Vitamin C Terbaik Pilihan Saya

Saya dah cuba banyak jenama vitamin C kat pasaran.

Yang hisap & telan semua saya dah try.

Tapi secara jujurnya saya paling suka Vitamin C 500 mg Sustained Release Shaklee. Nak tahu kenapa?

1001 Sebab Vitamin C 500 mg Sustained Release Shaklee adalah Vitamin C Terbaik

Gempak sungguh sampai 1001 sebab tu… :mrgreen:

Tapi sungguh.. tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang pun tak kata.

Vitamin C terbaik ni memang pernah sold out 1 Malaysia selama hampir setahun jugak.

Masa tu saya baru lagi nak kenal produk Shaklee ni. Kebetulan saya nk la borong complete set selepas bersalin termasuk vitamin C SR 500 mg ni. Tapi oleh sebab tak de stok 1 Malaysia, pengedar Shaklee yang jual suplemen pada saya tu terpaksa tukarkan vitamin C chewable pada saya.

Ok jer.

Cuma khasiat pada vitamin C SR 500 mg ni adalah lebih lagi jika dibandingkan dengan vitamin C chewable 100 mg tu.

Kenapa Vitamin C 500 mg SR Adalah Vitamin C Yang Terbaik?

  • Dengan sebiji tablet, kita dapat perlindungan antioksidan selama 5 jam. Ni semua sebab fungsi sustained release tu la. Setiap sejam, 100 mg vitamin C akan diuraikan.
  • Khasiat sebiji tablet vitamin C ini sama saja dengan khasiat kita makan 7 biji oren setengah dengan kulit nya sekali..hihi.. ada ke sapa-sapa yang makan buah oren dengan kulit??? Sila angkat tangan! 😆
  • Lagi best, kalau ambik 2 biji vitamin C ni dalam sela masa 5 jam, vitamin C akan berada dalam plasma darah kita selama 24 jam… Wow!! :mrgreen:
  • Vitamin C ini dilengkapi dengan 120 mg bioflavonoid. Tujuannya adalah untuk tingkatkan lagi keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita ni.
  • Terbaik untuk kekalkan keanjalan kulit. Sejak saya konsisten ambik vitamin C SR ni, saya memang tak perlu langsung pakai makeup. Suami saya suka sangat cubit pipi gebu saya ni…. Geram kata dia :mrgreen:
  • Sedar tak sedar, dah lama jugak jerawat tak berani nak timbul lama-lama atau mengganggu gugat keharmonian kulit saya ni. Alhamdulillah kulit licin je sebab konsisten ambik sebijk setiap hari.
  • Ada kawan saya ambik 2 bijik vitamin C ni bila tetiba dia rasa macam nak selesema. Alhamdulillah sihat keesokkan harinya walau satu rumah dah demam belaka.

vitamin C yang terbaik

Heheh..

Best kan. Bukan setakat bagi suami bertambah sayang kat isteri (kulit isteri kan makin comey gitu), malah ada jugak yang bermasalah tonsil ni dapat kawal dari tonsil membengkak dengan hanya konsisten je ambik vitamin C sustained release ni tiap hari.

vitamin C yang terbaik

So kalau korang nak dapatkan vitamin C yang terbaik ni, boleh terus hubungi saya juga. 😆

Kot ada nak sebarang vitamin semulajadi Shaklee yang lain yang sememangnya bermutu tinggi beserta tips panduan pemakanan yg betul, eksklusif & konsultasi yg berterusan, saya adalah wakil pengedar sah & bertauliah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya seperti butiran berikut:

Nama: Zaleha Abdul Salam

Email: produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Phone/message/whatsapp/ telegram: 019-7646021

Postage serendah RM6 (S/M) maksimum sehingga RM20 (S/S)

COD sekitar UTM Skudai, Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Klik

SENARAI PENUH HARGA VITAMIN SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

 

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge