Vitamin Ibu Hamil Yang Membantu Ibu Kekal Sihat, Cergas & Kuat

vitamin ibu hamil

Rata-rata apabila menginjak usia kehamilan trimester yang ke 3, ramai ibu hamil mengalami fasa mudah letih, semakin tidak bertenaga untuk melakukan rutin harian.

Mana taknya, semakin menghampiri tarikh dijangka bersalin, sudah tentu tenaga yang lebih besar diperlukan untuk mengendong anak di dalam kandungan.

Saya masih ingat ketika hamil anak lelaki (Rafiuddin Afiq), kesihatan lutut saya semakin teruk apabila usia kehamilan menginjak ke 32 minggu ke atas. Manakala ketika mengandungkan Auni Batrisyia, saya mengalami sakit pinggang seawal usia kehamilan 28 minggu.

Sepanjang hamil anak pertama & kedua saya hanya amalkan vitamin ibu hamil yang diberi pihak Klinik Kesihatan (KKM).

5 Asas Vitamin Ibu Hamil

Sebagai persediaan untuk kehamilan yang seterusnya, sudah tentu kita perlu banyakkan membaca & menjadi lebih bersedia. Tambahan pula kali ini saya merancang untuk hamil lagi pada usia 30-an.

Maka persediaan yang rapi wajib dimulakan.

Hasil pembacaan & melalui kelas-kelas nutrisi yang dihadiri, vitamin ibu hamil perlu merangkumi sekurang-kurangnya:

  • Asid folik – 600 mcg sehari
  • Kalsium – 1000 mg sehari (jangan melebihi 2500 mg sehari)
  • Zat besi (iron) – 27 mg sehari (jangan melebihi 45 mg sehari)
  • Protein – 70 mg sehari
  • Vitamin C (asid askorbik) – 70 mg sehari

5 asas vitamin ibu hamil ini merupakan tunjang kepada kesihatan rutin ibu hamil.

(1) Asid folik

  • Kekurangan asid folik boleh mengundang kepada kecacatan tiub neural pada bayi yang dikandung
  • Sebaik-baiknya wanita yang ingin hamil memastikan asid folik diambil sekurang-kurangya 3 bulan sebelum kehamilan
  • Dulu saya pernah keguguran sebelum hamilkan Rafiuddin Afiq 5 tahun yang lalu. Doktor menasihatkan saya untuk berehat dari bersama-sama suami at least 3 bulan sambil saya konsisten mengambil 500 mcg asid folik setiap hari.
  • Bayam & brokoli juga antara makanan yang kaya dengan asid folik.

(2) Kalsium

  • Sebaik-baiknya kalsium diambil bersama-sama dengan vitamin D & juga Magnesium bagi meningkatkan kadar serapan kalsium & terus dibawa ke tulang
  • Ada ibu hamil yang sukar untuk minum susu. Pengambilan kalsium harus difikirkan untuk diambil melalui suplemen bagi mengelakkan ibu mengalami gigi / tulang yang reput.
  • Saya ada kawan yang sukar untuk minum susu. Akibatnya seawal kehamilan anak ke-2 lagi beliau telah kehilangan 4 batang gigi.

(3) Zat Besi

  • Sudah tentu ia penting bagi mengelakkan anemia, sejenis penyakit kekurangan sel darah merah. Saya ada kongsi tentang anemia di sini.
  • Pengambilan zat besi terbaik bersama-sama vitamin C
  • Zat besi sangat penting untuk pembekalan oksigen ke seluruh sistem tubuh.

(4) Protein

  • Ia adalah komponen utama dalam pembentukan sel-sel tubuh.
  • Protein yang cukup membantu menyokong pertumbuhan fetus (janin) yang dikandung

(5) Vitamin C

  • Selain membantu penyerapan zat besi, vitamin C membantu dalam kesihatan salur darah
  • Vitamin ibu hamil yang ini membantu meningkatkan imuniti ibu daripada serangan demam & virus selesema biasa.
  • Saya pernah kongsi vitamin C terbaik di pasaran yang saya masih ambil sampai sekarang.

Kisah Ibu Hamil Yang Cergas Mengembara Walau Telah 7 Bulan Hamil

Jom tonton perkongsian ibu hamil ini. Kagum juga kerana beliau yang 7 bulan hamil lebih cepat & pantas mendaki berbanding kawan-kawannya yang tidak hamil.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Apa rahsia beliau?

Haa.. Sudah pastilah kesihatan bermula dari nutrisi yang baik. 😉

Vitamin Ibu Hamil dari Shaklee

(1) Energizing Soy Protein (ESP)

  • Membekalkan 14 gm protein (dari 9 jenis asid amino perlu) setiap hidangan
  • Index glisemik yang rendah
  • 105 KCal setiap hidangan
  • Bebas laktosa & bebas kolesterol
  • Soya bebas GMO

vitamin ibu hamil===============================================

(2) OsteMatrix

  • Bukan sekadar kalsium
  • 1 tablet bersamaan khasiat segelas susu tinggi kalsium (250 mg kalsium)
  • Lengkap bersama-sama vitamin D, Magnesium, Zinc, Copper (Kuprum), Manganese & Boron untuk serapan yang terbaik
  • Membantu memberi keselesaan pergerakan kepada ibu hamil

vitamin ibu hamil===================================================

(3) Vitalea

  • Multivitamin lengkap dengan 28 vitamin & mineral yang diperlukan
  • 2 tablet membekalkan 400 mcg asid folik & 18 mg zat besi yang penting untuk sel darah merah yang sihat
  • Membantu meningkatkan tenaga
  • Lebih 340 ujian kualiti dijalankan untuk menghasilkan mutivitamin yang terbaik ini

vitamin ibu hamil===============================================

(4) B Complex

  • 1 biji membekalkan 200 mcg asid folik & 7 jenis vitamin B yang diperlukan
  • Membantu menukarkan makanan kepada tenaga kepada ibu hamil
  • Membantu memberikan mood yang lebih stabil kepada ibu hamil kerana B Complex adalah vitamin anti-stress yang semulajadi

===============================================

(5) Sustained Release Vita-C Plus (500 mg)

  • Sebiji tablet bersamaan khasiat mengambil 7 biji oren setengah bersama kulit
  • Setiap 1 jam, 100 mg asid askorbik dilepaskan secara berperingkat selama 5 jam tanpa henti.
  • Terbaik dalam membantu serapan zat besi yang ibu hamil perlukan
  • Terbaik dalam membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil dari serangan demam & selesema biasa

=================================

Oh anda perlu hanya vitamin tertentu?

Tanya kami kerana kami adalah pengedar Shaklee yang bertauliah. Kami juga menyediakan pakej kesihatan sesuai dengan bajet anda!

Vitamin Ibu Hamil & Konsultasi

019-7646021

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

COD diterima di seluruh Skudai, Johor Bahru, Permas Jaya, Senai & Kulaijaya

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge