Warna Warni Hari Raya Aidilfitri 2016 (Syawal 1437 H)

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar..

Takbir kembali bergema lagi.. terasa sungguh syahdu & sayu tiap kali mendengarnya.

Alhamdulillah masih berpeluang bernafas & melengkapkan perjuangan di bulan Ramadhan tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidilditri saya ucapkan utk semua pembaca providenetwork.com serta ampun & maaf juga ya sekiranya selama saya bertinta di sini, ada kekurangan info mahupun terkasar bahasa d mana-mana.

Aktiviti Syawal Di Bumi Yan, Kedah

Alhamdulillah tahun ni adalah giliran kami sekeluarga untuk beraya di sebelah keluarga besar saya di Yan, Kedah.

Bersalaman & Duit Raya

Macam biasa, selepas saja pulang dari masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri, kami seisi keluarga akan berkumpul bersama untuk bersalaman & untuk serahan duit raya.

Dah jadi tradisi, sesama kami yg dh bekerja akan memperuntukkan sedikit rezeki sebagai duit raya buat mak ayah & anak-anak buah. Adik-adik pun dh besar & bekerja belaka, maka dah kurang peruntukkan ke situ 😀

Antara dialog semasa aktiviti bersalaman..

Berkumpul & Bergambar Sesama Adik-Beradik 

Tahun ni Syawal pertama, abang & kakak yg ke 2 beraya di rumah mertua dulu,jadi gambar eksklusif di rumah mak ayah xdela gambar diorang.

Semua ada kecuali abang & kakak no.2

Oleh kerana nak juga lengkapkan seluruh keluarga SalZa, maka kami pun plan berkumpul pula di rumah abang yang di Alor Setar.

Lengkap juga akhirnya. 6 adik beradik SalZa. 4 Menantu & 11 Cucu (1 lagi mesti sibuk p toilet masa snap ni :p )
Siap label nombor lagi. 1-4 married. 5-6 masih solo
Sesaja nk wat drama..

Berkumpul Bersama Keluarga Besar Sebelah Mak

Sebelah mak dah xde Tok Wan & Tok. Kiranya keluarga besar Chiklah ni sekarang dipelopori oleh Pak Ngah, anak yg paling senior.

Hari raya aidilfitri
Ini pun xcukup korum lagi.. ramai yg xdpt sama2 pada Syawal pertama sbb beraya di sebelah keluarga mentua

Seronok sangat apabila dapat kunjung mengunjung di kalangan adik beradik & juga sepupu sepapat.

Bukan senang juga tau bila nak berkumpul ramai-ramai macam ni.

Kegigihan crew GoPro semasa setting

Pada Syawal tahun ni, adik beradik mak dah tinggal 4 orang dari 6 beradik yg dilahirkan hidup.

Sedikit sebanyak mengundang rasa sedih buat kami semua.

Arwah Pak Teh telah diJemput Allah terlebih dahulu berbanding abang (Pak Ngah) & kakaknya (mak), manakala arwah Pak Anjang telah beberapa tahun pergi meninggalkan kami.

Al Fatihah untuk semua yg telah pergi terlebih dahulu dari kita.

Seloka Di Hari Raya

Hahah! Ada masa suka join posing ngan 2 adik yg sakan bergambar ni.

Masa kitorang kecik2, memang kitorang bertiga rapat main sama2. Suka main drama2 nyorok belakang penyidai baju mak ayah sambil main pejabat2 😀

Dah besar pun still nk drama2..hihihi..

Hah.. ni drama paling best. Adikku si camerawoman suh posing romantik, inilah aksi romantik kitorang suami isteri.

Jangan tiru aksi ini. Aksi ini digayakan oleh pesilat Cekak Pusaka Hanafi profesional sahaja :p

Bergema takbir di pagi raya,

Aidilfitri kita berkumpul bersama,

Warna warni ceria semuanya,

Semoga bertemu lagi di lain masa

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID:962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “Warna Warni Hari Raya Aidilfitri 2016 (Syawal 1437 H)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge