zoo kemaman

Zoo Kemaman – Apa Tarikan & Kelainan Yang Ada Di Sini

Baru-baru ni kami sekeluarga berpeluang jalan-jalan melihat suasana di dalam Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman yang terletak di Ibok.

Dah lama juga jenguk nak ke situ tapi katanya masa beberapa tahun yang dulu tu, belum dibuka sepenuhnya untuk kemasukan orang awam.

zoo kemaman

Masa Operasi Zoo Kemaman

Zoo Kemaman ni buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Boleh hubungi 09-8596644 jika ada sebarang pertanyaan lanjut

Harga Tiket Masuk Ke Zoo Kemaman

Dulu-dulu ada beberapa kategori. Sekarang hanya ada 3 kategori saja.

Dewasa (13 tahun ke atas) – RM10

Kanak-kanak (5 tahun – 12 tahun) – RM7

Kanak-kanak (4 tahun & ke bawah) – Percuma

Tarikan & Keistimewaan Zoo Kemaman

Walaupun kami dah pernah berkunjung ke beberapa buah Zoo di seluruh Malaysia, Taman Rekreasi & Zoo Mini di Kemaman ini ada tarikannya tersendiri.

Jika pengunjung yang datang dari luar Kemaman, pasti ada pengalaman berbeza di sini. Antaranya:

  • kawasan zoo yang lapang. Anda perlu naik tramp untuk menyelusuri dari satu kawasan ke satu kawasan. Tapi boleh jer jika nak exercise jalan kaki :mrgreen:
  • Kenderaan tramp adalah percuma.

  • terdapat titi gantung yang merentasi kurungan harimau

  • banyak landskap yang cantik

zoo kemaman

zoo kemaman

Keseluruhannya sangat menarik. Cuma banyak lagi haiwan yang masih dalam proses penambahan. Kemungkinan besar affected ketika musim banjir beberapa tahun yang lalu.

Jika bukan kita yang support untuk datang ke sini, siapa lagi kan 🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “Zoo Kemaman – Apa Tarikan & Kelainan Yang Ada Di Sini”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge