manfaat minyak kelapa

11 Faedah & Manfaat Minyak Kelapa Yang Kita Mungkin Baru Tahu

Seingat saya dulu-dulu masa kat kampung, arwah tok saya selalu jugak la guna minyak kelapa untuk bubuh kat rambut.

Kata mak saya, cara nak buat minyak kelapa tu, pati santan kelapa (selepas dibiar semalaman) dimasak atas api yang kecik secara perlahan sampailah santan tu kering & terbit minyaknya.

Tak sangka juga banyak betul manfaat minyak kelapa ni. Info yang banyak pasal manfaat minyak kelapa ni saya dapat dari majalah iSihat keluaran Februari 2016.

11 Manfaat Minyak Kelapa Untuk Kesihatan

manfaat minyak kelapa

Manfaat Minyak Kelapa 1: Terbaik Untuk Penyakit Jantung

Ada mitos menyebarkan minyak kelapa sangat tak bagus untuk kesihatan sebab ia mengandungi lemak tepu.

Hakikat & faktanya adalah minyak kelapa ni mengandungi asid lemak rantai sederhana atau Medium Chain Fatty Acids (MCFA) atau Medium Chain Trigliseride (MCT) seperti asid laurik.

Asid laurik ni hanya terdapat secara banyak secara semulajadi di dalam:

  • Susu ibu
  • Isirong kelapa sawit (palm kernel)
  • Minyak kelapa

Asid laurik ni lah yang berperanan baik untuk membantu mencegah pelbagai masalah jantung seperti:

  • Kadar kolesterol tinggi (LDL = kolestrol jahat)
  • Tekanan darah tinggi
  • Kecederaan di arteri (pembuluh darah)
  • Arteriosclerosis (pembuluh darah tersumbat)
manfaat minyak kelapa
Arteriosclerosis

 

Manfaat Minyak Kelapa 2: Bagus Juga Untuk Penghidap Diabetes

manfaat minyak kelapa

Bagaimana pula minyak kelapa boleh membantu penghidap kencing manis ya?

Rupa-rupanya, minyak kelapa ni berfungsi juga dalam mengawal kandungan gula (glukosa) di dalam darah.

Biasanya penghidap kencing manis ni ada masalah dalam penukaran gula kepada glikogen (1 bentuk simpanan tenaga). Yang jadi mudarat apabila gula tidak dapat dimanfaatkan maka ia berlegar-legar dalam darah.

Maka, boleh juga ikhtiar ambik minyak kelapa untuk tujuan kawalan gula dalam darah.

Manfaat Minyak Kelapa 3: Penentang Jangkitan Kuman/ Mikrob

manfaat minyak kelapa

Hah ni pun best!

Terdapat kajian di Universiti Michigan sekitar tahun 1966 tentang sifat anti-virus & anti-baktreria yang terdapat dalam minyak kelapa.

Antara penemuan mereka & penemuan di suatu pusat penyelidikan yang lain adalah:

  • Asid laurik, asid kaprat & asid kaprilat dalam minyak kelapa adalah bersifat anti-mikrobial, anti-kulat, anti-virus & anti-bakteria
  • Tubuh manusia menukarkan asid laurik kepada monolaurin yang bersifat menentang serangan virus & bakteria, punca kepada penyakit-penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus & lain2 lagi
  • Minyak kelapa membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, jangkitan pada kerongkong, jangkitan pada saluran kencing & pneumonia (jangkitan pada paru-paru)

Manfaat Minyak Kelapa 4: Berfungsi Baik Untuk Masalah Tiroid

manfaat minyak kelapa

Minyak kelapa juga bermanfaat untuk semua jenis penyakit tiroid (hiper/ hipo).

Selain itu minyak kelapa jua merangsang fungsi tiroid serta keupayaan dalam metabolisme.

Manfaat Minyak Kelapa 5: Baik Untuk Penjagaan Rambut

manfaat minyak kelapa

Haa.. nilah dia.. kan betul macam mak & arwah tok saya amalkan? Orang-orang lama ni memang banyak simpan petua best.

Antara khasiat minyak kelapa untuk rambut & kepala:

  • Membantu pertumbuhan rambut yang sihat
  • Rambut kelihatan berkilau
  • Elak masalah kelemumur pada kulit kepala, kulit kering & masalah kutu
  • Penyejuk kulit kepala
  • Merangsang pertumbuhan semula rambut yang telah rosak

Perasan tak, orang India jugak suka bubuh minyak kelapa kat rambut diorang kan?

Memang minyak kelapa untuk rambut ni diamalkan secara meluas di benua India sana!

Manfaat Minyak Kelapa 6: Baik Untuk Penjagaan Kulit

manfaat minyak kelapa

Asid lemak myristik (tetradecanoic) yang terdapat dalam minyak kelapa sangat baik sebagai krim pelembap. Antaranya kerana:

  • Ia mudah diserap ke dalam kulit
  • Tiada kesan sampingan ke atas kulit
  • Elak kulit kering & mengelupas
  • Membantu melambatkan proses penuaan (elak keanjalan kulit menjadi kendur)

Wah, lepas ni boleh ganti dah losyen di pasaran kepada minyak kelapa jer!

Manfaat Minyak Kelapa 7: Mesra Untuk Kawalan Berat Badan

manfaat minyak kelapa

Ini adalah antara factor utama kenapa orang-orang di daerah pantai tropika yang merupakan pengamal tegar minyak kelapa tidak banyak mengalami masalah berat badan/ obesiti atau kegemukan.

manfaat minyak kelapa

Asid lemak rantai sederhana yan terdapat dalam minyak kelapa sangat membantu dalam:

  • kawalan berat badan
  • meningkatkan kadar metabolisme
  • menghilangkan tekanan pada pancreas
  • mempercepatkan rasa kenyang
  • membantu dalam pembakaran lemak untuk ditukarkan menjadi tenaga

Lepas ni yang mana yang ada berat lebih-lebih tu bolehlah amalkan minyak kelapa juga ya!

Caranya adalah:

Ambil 2 sudu besar minyak kelapa setiap hari  :mrgreen:

Manfaat Minyak Kelapa 8: Terbaik Juga Untuk Sistem Pencernaan

Asid lemak laurik (dodecanoic) seperti yang saya share dari point 3 tadi sangat membantu dalam siaft anti-mikrob.

Gangguan dalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan pada usus besar biasanya berpunca dari pelbagai jenis parasit, kulat, bakteria & yang seumpama dengannya.

Selain itu, minyak kelapa sangat membantu dalam proses penyerapan zat-zat larut lemak seperti vitamin A,D,E,K, pelbagai jenis mineral & asid amino (protein)

Manfaat Minyak Kelapa 9: Ikhtiar Yang Baik Untuk Sistem Imun

Antara fungsi minyak kelapa untuk masalah imun/ kekebalan tubuh adalah:

  • membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh dari jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria & virus
  • membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka melalui proses memperbaiki tisu yang rosak

Manfaat Minyak Kelapa 10: Bagus Untuk Pencegahan Masalah Hati

Asid lemak rantaian sederhana & trigliserida pada minyak kelapa sangat mudah terurai menjadi tenaga.

Faktor ini sangat membantu mengurangkan bebanan pada hati yang fungsinya menyimpan lebihan lemak.

Manfaat Minyak Kelapa 11: Baik Juga Untuk Kesihatan Tulang & Gigi

manfaat minyak kelapa

Oleh sebab minyak kelapa ada fungsi mudah menyerap vitamin & zat mineral, maka, dengan ini minyak kelapa membantu penyerapan vitamin D & zat mineral seperti kalsium serta magnesium yang merupakan elemen penting untuk kekuatan tulang & gigi.

Kalau ambik OsteMatrix tu, bolehlah ambik bersama-sama dengan minyak kelapa untuk meningkatkan lagi fungsi serapan zat kalsium, vitamin D & magnesium ni!  😀

Best kan minyak kelapa ni?

Kalau best, jom sebarkan kebaikan & manfaat minyak kelapa ni kepada lebih ramai lagi!  😉

Terima kasih kerana sudi membaca!  😀

Rujukan Tambahan:

  1. http://www.fashionncare.com/magical-foods-to-burn-belly-fat.html
  2. http://consciouslifenews.com/brazilian-study-finds-coconut-oil-lose-belly-fat/1163249/
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “11 Faedah & Manfaat Minyak Kelapa Yang Kita Mungkin Baru Tahu”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge