3 Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Musim PKP 2.0 Selain Mencuba Resepi Baru

Ketika musim PKP 1.0 yang lalu, banyak juga pengajaran yang saya sendiri kena ambil supaya tak ulang kesilapan yang sama. Antaranya adalah aktiviti mencuba resepi baru  😆

Bukan tak boleh, malah jika itu yang buatkan u olls happy, tak murung sepanjang musim pandemik ni, silakan. Jangan menyesal terlebih makan jer macam saya last year tu. sobssss…   :mrgreen:

So kat sini saya share sekurang-kurangnya 3 aktiviti yang saya sendiri plan & sedang buat supaya musim PKP 2.0 kali ni lebih bermanfaat & lebih baik hendaknya.

3 Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Musim PKP 2.0 – Dijamin Memberi Manfaat

Kalau ada banyak lagi idea, u olls, jemputlah komen tau. Bagus untuk tambah input.

(1) Bersenam Secara Teratur

Honestly said, masa PKP 1.0 dulu, saya & suami rajin sungguh bertabata. Namun hanya pada minggu pertama saja. Agaknya boring kot ye. Entahlah. So kali ni, saya dah tekadkan azam untuk kembali aktif bersenam termasuklah melengkapkan larian 21km setiap minggu.

Seperti biasa, sama-sama kita jaga SOP.

Jogging time PKP 2.0 boleh je asalkan bukan beramai-ramai atau di tempat ramai orang & within 10 km. Solo dan jaga jarak 2.0 meter is the best. Kalau tak boleh jogging di luar saya biasa buat aktiviti briskwalk dalam rumah dan set indoor running dekat smartwatch.

(2) Habiskan Baca Buku

Bukan baca muka buku je tau.

Baca buku fizikal ataupun buku online (E-book).

Recently saya ada beli 2 buah buku fizikal baru hujung Disember 2020 yang lepas. Alhamdulillah 1 buku dah bukak & dah baca sikit. 1 lagi belum sempat. In shaa Allah plan nak habiskan baca buku-buku ni dalam masa terdekat.

Saya jugak ada beli e-book Dr Rizal (Dr OTAK) yang bagi saya sangat berbaloi untuk kita yang sebagai parents ni baca.

(3) Tambah Wang

Mungkin masa PKP 1.0 kita dulu banyak yang habiskan wang untuk membeli gajet di dapur dan aneka jenis peralatan yang konon kita perlu. Jadi inilah masanya untuk guna apa yang kita ada untuk mulakan bisnes kita.

Yang rasa nak tambah wang guna smartphone jer, memang tak mustahil. Boleh sangat! Saya boleh jugak tunjukkan cara. Ask me here.

 

pengedar Shaklee Skudai



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge