Percaya atau tidak, kami antara keluarga yang jarang dapat peluang untuk bercuti-cuti di tempat-tempat selain kampung halaman.
Mungkin juga atas faktor komitmen tugas kami suami isteri & juga faktor kami yang tinggal menetap jauh dari keluarga besar kami.
Kami sekeluarga menetap di Skudai, Johor. Kampung halaman suami adalah di Terengganu, manakala kampung halaman saya adalah di Kedah.
Tiap kali tiba musim cuti perayaan, of course kami akan ambil peluang bercuti lama (seminggu hingga 2 minggu) untuk berada di antara kedua-dua negeri ini.
Kesimpulannya jika kami balik ke kampung, kami seolah-olah tawaf 1 Semenanjung Malaysia.
Johor – Terengganu – Kedah – Johor
atau
Johor – Kedah – Terengganu – Johor
Jika nak disenaraikan, banyak lagi tempat-tempat menarik dalam negara yang kami belum jejak.
3 Destinasi Percutian Idaman Saya
Actually ni yang saya impikan. Tak tahu pula lah kan suami saya minat ke tak nak ke sini..hihi…
Destinasi Percutian Idaman 1: Cameron Highland
Actually dulu masa lepas SPM, pernah dapat tawaran sambung belajar ke USA. Tapi oleh kerana ketika itu banyak kes anti-Islam dikhabarkan berlaku di luar negara, family memutuskan untuk saya stay je belajar di UTM Skudai.
Sedih juga tapi mungkin itu semua sudah tertulis. & jika saya benar ke USA 13 tahun dulu, sudah tentu saya bukan seperti saya yang sekarang…
Maka, saya amat teringin nak jejak ke kawasan yang beriklim sejuk secara semulajadi.. (hihi.. bgtau siap-siap sejuk bukan sebab aircond, ok 😆 )
Hihi… macam kolot pula. Family besar saya (mak, ayah & adik-beradik) semua dah jejak ke sini… Saya je yang masih di bawah tempurung.. kesian kan? sob..sob..sob..
Destinasi Percutian Idaman 2: Kundasang
Haha.. ni pun sebab pengaruh nak berada di kawasan beriklim sejuk juga lah ni…hihi..
Maafkan diriku wahai suami, sebab tak dapat menahan menulis impian yang macam ni.

Best nya dapat mengembara, berada di tenpat-tempat yang indah, jauh dari kesesakan kota.
Destinasi Percutian Idaman 3: Pulau Kapas
Yang ni panas sikit tak pe.
Teringin nak buat aktiviti snorkelling pun ya.
Nak menyelam tengok dasar laut.
Hati rasa nak berjalan jer.. Nak tengok pemandangan jauh di luar sana.. Nak nikmati ciptaan Allah Yang Maha Hebat.
Sekian saja catatan untuk hari ni. Semoga Allah Makbulkan impian saya ini. Amin ya Rabbal Alamin.
Lepas ni mungkin nak senaraikan pula 5 destinasi percutian idaman ke luar negara..
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi