melatih anak-anak suka berpuasa

3 Idea Melatih Anak-Anak Suka Berpuasa Penuh

Hai semua! Apa khabar? Hari ni dah 21 Ramadhan .

Alhamdulillah kita dah berjaya harungi fasa PKP di bulan puasa pada tahun ini. Saya terdetik nak kongsi topik idea melatih anak-anak berpuasa ni kerana mungkin di suatu hari nanti ada ibu ayah yang mencari pengalaman bagaimana permulaan nya untuk kita  mula melatih anak-anak kita mengikut rukun Islam ini. melatih anak-anak suka berpuasa

3 Idea Melatih Anak- Anak Suka Berpuasa Penuh

(1) Latih Tidur Awal

Anak-anak biasanya suka bersengkang mata terutama kalau masih setia menonton televisyen / menghadap gajet elektronik. Kalau boleh cuba biasakan ajar anak-anak untuk rehat malam lebih awal. Mungkin boleh latih hanya menonton TV pada jam tertentu saja. Biasanya anak yang tidur awal, lebih mudah untuk bangun bersahur.

(2) Latih Bangun Sahur

Sahur penting untuk bantu anak-anak stay aktif & seronok berpuasa.

Biasalah kalau mula-mula tu ada rasa lapar & dahaga. Namun, hidangkanlah sahur yang mereka suka.

Sekurang-kurangnya mereka ada tenaga untuk bertahan di siang hari. Boleh cuba beri anak-anak Mealshakes & minuman kecergasan badan seperti Performance Drink jika mereka tak berselera nak sahur nasi.

(3) Latih Secara Berperingkat

Untuk istiqamah membuat sesuatu, mestilah cuba secara berterusan.

Begitu juga dengan rutin berpuasa ni. Mungkin boleh latih anak-anak ikut berpuasa sunat selarat yang mereka mampu. Mulakan dengan puasa separuh hari.. Lama-lama mereka akan biasa dengan rutin tidur awal, bangun sahur & berpuasa.

Alhamdulillah Auni, anak kedua kami, baru dilatih untuk cuba berpuasa penuh di usia 7 tahun ini. Setakat ni ada lah 2 hari yang berlubang atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Hihi. Just keep it up kids! ❤️

Semoga 3 idea melatih anak-anak suka berpuasa penuh ini bermanfaat. Sharing is caring!

pengedar Shaklee Skudai



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge