3 pasang ex-UTM Berkelah di tepi Pantai Pasir Lanun

Oit…oit.. ape ni berpasang-pasang ni gi berkelah???

Hahaha.. jangan risau diorang 3 pasang ex-student UTM ni semuanya dah berkahwin belaka. Semuanya hasil perancangan suami & sahabat-sahabat dia masa belajar di UTM dulu.

Memang last minute punya preparation. Suami bagitahu confirmed program berkelah pada Hari Malaysia, 16 September tu pagi-pagi sehari sebelumnya.. huhu.. Akibatnya, petang tu selepas ambik Rafiuddin balik dari tadika terus melulu angkut anak-anak cari bahan-bahan untuk dibakar masa barbeku sepanjang berkelah tu. (hehe… alasan, padahal memang tak berapa rajin nak buat sendiri semua)

Hasil kekalutan, sempatla borong serba sedikit ready-marinated lamb shoulder, jagung, kentang,  keledek Jepun (Japanese Sweet Potato), sosej, sayur-sayuran & bahan untuk buat salad segar.

Seawal pagi sekitar jam 7.30 pagi kami bertolak dari Skudai ke Mersing. Plan asal adalah pada jam 6 pagi tau… :mrgreen: Alhamdulillah kami selamat tiba di ILP Mersing (rumah salah seorang sahabat kami tadi) sekitar jam 9 pagi. Dari ILP Mersing kami berkonvoi ke Pantai Pasir Lanun.

Tak sangka jugak nak berkelah di tepi Pantai Pasir Lanun ni sebenarnya. Sebab ingatkan nak ke Air Papan. Tapi kami ikut je dari belakang.

Pantai Pasir Lanun ni berada di daerah Penyabong. Kalau dari Mersing tu apabila melepasi simpang nak ke Air Papan di sebelah kanan, terus je lagi ke hadapan sampai jumpa simpang 3.

berkelah di pantai pasir lanun

berkelah di tepi pantai

Nak menghala ke kawasan berkelah ni kena harung kawasan dalam hutan. Bagi yang pertama kali macam kami, kami ingat kami dah sesat sebab nak kena masuk hutan untuk berada di kawasan tepi pantai.

berkelah di tepi pantai

Sampai je sana, suami dah cepat-cepat tukar kpd short dia & bawak anak-anak kami mandi laut.

Dah penat bergelumang dalam air laut, anak-anak ni sibuk main pasir seperti yang dirancangkan.. hehe.. biarlah diorang explore puas-puas.. Masa nilah anak-anak berpeluang untuk mengasah idea kreativiti mereka.

 

Saya memang tengok jela sambil tolong-tolong kat “dapur barbeku” kami.

Sementara tu, tokey-tokey seafood barbeku pun sibuk memasak. Memang best bila masing-masing ada bawak bekalan barbeku untuk dimakan bersama. Sorang sikit tapi banyak jugak makanan bila dah selesai masak.

Memandangkan “dapur barbeku” kami tak berapa besar, & kami plak tak teringat nak bawak jaring untuk buat dapur extra, saya bakar ubi-ubi & jagung direct atas “dapur atas tanah” je. Kebetulan ada bara unggun api yang masih menyala, saya terus gunakan untuk memanggang ubi & jagung.

Saya balutkan aje semua ubi & jagung dalam aluminium foil ni. Jagung spesial sket, sebab ada sapuan marjerin enak di permukaan jagung sebelum dibalut.

Inilah hasilnya setelah dibakar …

berkelah di tepi pantai

Hehe.. menjadi jugak.. sedap pun sedap..

Inilah hasil sepinggan barbeku yang berkhasiat, “jagung bakar bersama kambing barbeku & salad segar” …nyum nyum nyum… 🙂

berkelah di tepi pantai

Sementara saya sibuk membantu menyelesaikan pemanggangan barbeku kami, suami saya membantu membilas anak-anak selepas comot dengan air laut dan pasir. Akhirnya, terlelap lena si Auni sebab keletihan & best dipukul angin laut.

berkelah di tepi pantai

Kami bersurai sekitar jam 3 petang & menyambung rehat di rumah sahabat kami di ILP tadi. Alhamdulillah, berkelah di tepi Pantai Pasir Lanun adalah suatu pengalaman menarik buat kami semua. Mungkin next time boleh merancang untuk bermalam pula 🙂

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge