Aku dah lama tak buat luahan hati. Hari ni aku tulis memang betul-betul dari aspek & pandangan aku sendiri. Korang boleh komen, apa-apa yang korang nak. Aku open & bersedia menerima setiap pandangan balas.
Aku sedari kecil aku, bukan lah sejenis yang bercita-cita untuk jadi ahli perniagaan.
Malah, aku pernah rasa malu, kalau diketahui oleh kawan-kawan sekolah, yang aku ni berniaga, tolong mak aku jual nasi lemak & kuih muih. Malu sangat-sangat. Mesti mak aku sedih kalau tahu
3 Sebab Kena Berniaga Bukan Sebab Terpaksa Atau Terdesak
(1) Berniaga Rezeki Yang Allah Jamin
Sampailah satu masa, aku diUji jalan yang berliku ketika aku di alam pekerjaan, betul-betul selepas 2 tahun tamat belajar di IPT.
Kerjaya aku sebagai seorang jurutera, musnah kerana politik di tempat kerja.
Suami juga seolah-olah tidak begitu merestui untuk aku terus bekerja di posisi yang sama. Beliau pernah bermasam muka, tiap kali aku lambat balik kerana menghadiri meeting. Aku pernah diam-diam mengisi borang permohonan untuk kerja makan gaji. Risau & khuatir suami tak bagi restu, semuanya aku buat diam-diam.
Dipendekkan cerita, aku mula berniaga ketika aku dah pernah merasa jadi suri rumah sepenuh masa.
(2) Berniaga Bantu Ekonomi Keluarga
Alhamdulillah, sejak mula berniaga, aku mula ada simpanan yang lebih jelas. Sejak berniaga jugalah, aku mampu untuk bantu suami bayarkan bil-bil air & elektrik secara tetap setiap bulan.
Melalui berniaga jugak, aku dah tak bergantung sepenuhnya pada pemberian suami.
Malah, untuk perkara kecemasan di tengah bulan, aku tak perlu bimbangkan suami dengan meminta-minta kerana aku sendiri juga ada pendapatan dari berniaga.
(3) Berniaga Bantu Lebih Ramai Masyarakat
Allah SWT Izinkan Baginda Rasulullah SAW lahir sebagai seorang peniaga.
Baginda, Nabi Muhammad SAW, bukan saja berniaga malah, dalam posisi sebagai seorang pedagang, Baginda dekat & berjumpa serta berpeluang untuk berdakwah dengan lebih ramai orang.
Melalui berniaga jugalah aku banyak peluang untuk memberi lebih banyak kepada masyarakat.
Allah Izinkan aku ada lebih masa untuk keluarga, lebih masa untuk aku buat kerja-kerja sosial yang tak berbayar, Allah jua Izinkan aku untuk mengeluarkan lebih banyak zakat berbanding ketika aku bekerja sebagai jurutera belasan tahun yang dulu.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu Akbar.
Terima kasih kerana setia membaca sampai akhir.
Kalau ada yang mencari peluang berniaga, niat untuk membayar lebih banyak zakat, bolehlah contact aku di wasap nanti.
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com Youtube Channel: Zaleha Awaluddin FB: Produk Vitamin Semulajadi