senaman mudah yang menyokong penurunan berat badan

3 Senaman Mudah Yang Menyokong Penurunan Berat Badan Hanya Dari Rumah

Alhamdulillah, setelah konsisten buat #detoxSS & mempraktikkan 3 jenis senaman secara rutin hampir setiap pagi selama lebih kurang 20 hari, saya dah kehilangan lebih 2kg.

Bukan mudah nak turunkan berat badan yang kita dah ternak setiap lemak berbulan-bulan & mungkin jugak dah bertahun-tahun, kalau kita masih tak nak berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Saya start membesar dengan jayanya terutama sekitar perut, peha bermula ketika musim PKP yang panjang. Berada jauh dari rutin di rumah, kami pula tinggal di kampung, makanan yang enak serta kurang aktif bersenam, berat badan saya telah naik seolah-olah macam berat mengandungkan Lutfi 4 tahun dulu  đŸ˜¥

Rutin 3 Senaman Mudah Yang Menyokong Penurunan Berat Badan Yang Saya Suka Konsisten Setiap Pagi

senaman mudah yang menyokong penurunan berat badan

Penting untuk kenalpasti senaman yang bagaimana sesuai untuk kita.

Untuk yang berbadan berat, overweight, memang kita disarankan untuk sambil menjaga makan, kita bersenam yang ringan yang tidak menyakitkan tubuh kita.

Antara yang sesuai adalah briskwalking. Ada banyak jenis briskwalk. Yang saya paling suka & seronok buat adalah 3 senaman mudah ni:

  • Walk Off Fat Fast 20 Minute | Fat Burning Workout
  • 1 Mile Walk with Nadyia | Walk at Home
  • Week 3 Bonus Burn | Tummy Trimmer Walk | Walk at Home

& korang juga boleh pilih dari mana-mana siri walk at home conducted by team Leslie Sansone yang korang paling suka nak buat setiap hari. Kunci kepada keberkesanan terhadap apa yang kita buat adalah konsisten.

(1) Walk Off Fat Fast 20 Minute | Fat Burning Workout

Yang ni 20 minit.

Sepanjang saya monitor steps, lepas buat senaman ni boleh bagi dalam 2000+ steps. Santai, tak menyakitkan badan dan sangat rasa best pada kaki terutama kalau buat sampai habis. Rasa stretching sangat. Trylah.

(2) 1 Mile Walk with Nadyia | Walk at Home

Ok ni versi student kepada auntie Leslie tadi. Saya suka Nadyia punya style sebab dia rancak & energetik. Rasa kena dengan jiwa yang muda kot.. hahaha. Memang happy buat.

Yang ni ibarat kita berjalan 1 batu = 1.6 km

(3) Week 3 Bonus Burn | Tummy Trimmer Walk | Walk at Home

Sebab saya punya target setiap hari adalah minimum 7000 steps setiap hari. Dapat 10,000 lagi bagus. Maka, saya tambah lagi senaman briskwalk untuk dapatkan total steps 7000 setiap pagi.

Kalau ada hari saya sempat berlari 3 atau 4 atau 5km sehari, saya akan pilih mana-mana satu dari senaman di atas sebagai regangan akhir. Depends pada target steps saya.

Semoga perkongsian ni bermanfaat.

Kalau berminat nak restart gaya pemakanan, boleh contact saya untuk saya guide buat detox yang membantu ubah tabiat pemakanan yang lebih sihat.

 

pengedar Shaklee Skudai



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge