Perlu ke berani bercakap depan orang awam/ public ni? Untuk anda yang membuat bisnes secara atas talian, ya, memang perlu untuk praktik bercakap depan orang awam.
Dengan kemampuan untuk bercakap depan awam, kita boleh mencapai lebih ramai bakal prospek yang berkualiti & yang berpotensi untuk membeli dari kita.
3 Tips Bercakap Depan Public
Ada banyak tips sebenarnya. Untuk kali ini, saya cuba tekankan 3 saja dulu tips yang mudah untuk semua orang cuba praktikkan.
(1) Latih Bercakap Depan Cermin
Dulu, ketika zaman persekolahan lagi, saya suka betul cabar diri masuk pertandingan bercerita yang pihak sekolah anjurkan. Saya masih ingat, saya selalu praktis bercakap di hadapan cermin.
Kenapa cermin?
Apabila kita bercakap depan cermin, kita nampak diri kita yang sedang bercakap tu. Secara tak langsung, kita sendiri boleh perbaiki segala impression yang kita nampak pada “orang yang di sebalik cermin” tu.
(2) Guna Bahasa & Intonasi Seolah-olah Bersembang Dengan Kawan
Ya. Bercakaplah secara santai.
Seolah-olah kita hanya sedang bersembang dengan kawan-kawan rapat kita. Selain ia lebih buat kita relax dan less stress, kita juga pasti mampu bercakap dari hati.
(3) Banyakkan Membaca
Nak boleh bercakap, mestilah ada topik yang kita kena mahir atau tahu untuk dikongsikan.
Ambil tahu serba sedikit tentang isu semasa, so that apabila kita sedang menunggu di mana-mana, jumpa pula bakal prospek, kita tahu apa nak mula sembang dulu.
Customer saya pula sentiasa ada di media social.
Apabila kita banyak membaca, kita dapat menjana idea-idea yang bernas untuk mula bercakap tentang sesuatu topik. Ada bahan nak cerita balik. So, marilah kita rajin-rajinkan lagi membaca bahan ilmiah.
Ok tak? Semoga membantu & memberi manfaat!
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com Youtube Channel: Zaleha Awaluddin FB: Produk Vitamin Semulajadi