3 Tips Untuk Konsisten Bersenam Dengan Seronok Untuk Turunkan Berat Badan Secara Sihat

Pernah tak u olls start sesuatu benda, u olls rasa mencabarnya lah nak buat secara konsisten? Terutama untuk yang selalu busy tapi nak jugak aktif bersenam demi kesihatan? Saya sendiri pernah.

Sebab tu saya tulis artikel ni. Mudah-mudahan menjadi penyuntik semangat sesama kita dan bermanfaat untuk sesiapa yang membaca sampai habis.

3 Tips Konsisten Bersenam Dengan Seronok Walau Sibuk Dengan Kerja Harian

Saya sibuk.

Saya seorang suri rumah yang mempunyai anak-anak bersekolah serta menguruskan bisnes atas talian. Kalau diikutkan memang ada je alasan yang buatkan tak rajin nak bersenam secara konsisten ni. Namun disebabkan ada tekad yang satu – nak KURUS secara sihat, saya cabar diri untuk usahakan sampai jadi.

Alhamdulillah sejak 3 bulan yang lalu saya dah berjaya hiris kira-kira 4kg berat & mengurangkan inci pinggang.

(1) Start Small But Consistent

Ada banyak jenis senaman.

  • Berlari/ berjalan/ jogging/ briskwalk/ boosted walk/
  • Skipping
  • Zumba/ tabata
  • Berenang
  • Berbasikal
  • Mendaki gunung/ bukit

dan macam-macam lagi.

Pilihlah untuk konsisten dengan senaman yang kita suka buat kat mana-mana saja ikut kepada kapasiti kita masing-masing. Ada orang hanya seronok bersenam dalam rumah, ada orang suka bersenam secara outdoor. Tak perlu ikut orang lain. Buatlah decision kita sendiri. Yang penting, mulakan dengan langkah kecil secara konsisten.

(2) Smartwatch / Apps Di Smartphone

Ada banyak jenis smartwatch. Boleh survey ikut kepada kapasiti & bajet masing-maisng. Saya sendiri suka walk in beli di kedai. Senang nak tengok dan pakai terus & belajar setting directly pada staf kedai tu.

Kalau belum mampu nak angkat satu jam yang bagus, tak mengapa.

Guna je apa yang ada dulu. Smartphone yang ada tu, install je apps yang perlu seperti Strava/ Nike Run Club & lain-lain seumpama.

(3) Kasut Yang Selesa

Penting untuk invest kasut yang selesa. Walau hanya bersenam dalam rumah, pakailah kasut untuk menjaga postur tubuh kita dan mengelakkan kecederaan.


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge