” Aduh.. sakitnya kaki.. aduh.. tak boleh gerak kaki nih.. rasa cramp..kejung..” – nangis Siti di tengah-tengah malam apabila tiba-tiba dia rasa kaki dia tak boleh nak digerakkan. Siti tengah pregnant anak pertama.
Siapa pernah alami situasi macam ni? Simpul biawak/ kejang kaki orang kata.
Tak semestinya dialami oleh wanita hamil je tau, sesiapa je pasti ada pengalaman ini. Jom saya kongsikan punca & cara nak atasi kejang kaki supaya tak berlaku lagi di kemudian hari.
Punca Kejang Kaki
Ada beberapa sebab kenapa kita boleh alami masalah kejang kaki nih. Antaranya adalah:
- Kekurangan bendalir & elektrolit tertentu dalam tubuh kita
- Duduk/ berdiri pada posisi yang sama dalam tempoh yang lama
- Kekurangan zat nutrisi tertentu seperti kalsium, magnesium, kalium, vitamin D
- Masalah penyakit/ simptom penyakit tertentu (anemia, varicose vein-salur pembuluh darah yang bersimpul, arteriosclerosis – salur pembuluh darah yang tersumbat oleh lemak/kolesterol)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Ada masalah alergik
- Berlaku strok haba
Yang mana berkaitan dengan perubatan & masalah penyakit, silalah berjumpa dengan doktor ya. Doktor akan advise the best selain dapat mengesahkan punca masalah kejang kaki yang anda alami.
Ok, ni ada tips & cara yang boleh dicadangkan, boleh kita ikhtiar sendiri.
5 Cara Atasi Kejang Kaki Tanpa Kesan Sampingan
Yang tak suka baca panjang-panjang, boleh terus dengar & tonton video nih.
Hihi, yang rajin nak baca, ni saya share balik dengan cara menulis balik info nih. Sesekali rasa sangat teruja nak kongsi 2 kali.
(1) Warm Down/ Cool Down Sepanjang Bersukan/ Bersenam
Tips ni applicable untuk mereka yang ada masalah kejang kaki ketika bersukan mahupun bersenam.
Contohnya macam berjoging kan. Rajin-rajinlah untuk memulakan & menutup aktiviti jogging kita tu dengan buat sesi warm up & cool down.
(2) Cukupkan Minum Air / Elektrolit
Masalah ini boleh berlaku oleh orang yang aktif bersukan atau pun yang sering bersenam, mungkin disebabkan berlaku strok haba atau memang tak cukup air & elektrolit dalam badan.
Untuk elektrolit, boleh pilih minuman isotonik yang lebih sihat atau minuman kecergasan badan seperti Performance Drink.
(3) Cukupkan Keperluan Zat Nutrisi Kalsium & Magnesium
Tips ni biasanya sangat sesuai diamalkan oleh ibu-ibu hamil yang sering berlaku simpul biawak nih sebab biasanya ramai ibu kekurangan zat Magnesium.
Dalam susu segar/ susu UHT tidak mengandungi mineral Magnesium ni. Dalam susu formula untuk ibu-ibu mungkin ada tapi biasanya mengandungi tinggi kandungan gula tambahan juga.
Nak mudah & sihat? Ambil je dari suplemen. Magnesium biasanya ada dalam suplemen seperti Ostematrix.
(4) Rendam Kaki Dalam Hot Bath Campur Garam
Rendaman air hangat bersama garam ni bagus diamalkan sebelum tidur.
(5) Mengurut Kaki
Bab mengurut ni kalau boleh, kita carilah tukang urut yang benar-benar berkebolehan untuk mengurut dengan betul.
Ok, semoga perkongsian ini bermanfaat.
Rujukan:
- Varicose Vein https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/varicose-veins/symptoms-causes/syc-20350643
- Arteriosclerosis https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/arteriosclerosis-atherosclerosis/symptoms-causes/syc-20350569
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit
Senam Melayu lembut lenggoknya,
Turun temurun berjaga rahsian.
Biar badan dimamah usia,
Asal kudrat masih ada.