masalah kencing kotor

5 Perkara Mengenai Masalah Kencing Kotor. Bahayanya Sehingga Boleh Mengancam Nyawa

Dulu saya pun tak pernah tahu pun pasal masalah kencing kotor ni sehinggalah dalam 1 group wasap kami ni ada seorang kawan bagitau dia pernah dapat masalah ni ketika masih anak dara dulu.

Malah di kalangan ibu hamil juga masalah kencing kotor ni juga dipandang serius.

Jika tak percaya, tengok saja tiap kali pemeriksaan rutin ibu hamil, pasti ada sesi menguji air kencing. Sesi ini untuk menyaring ibu-ibu yang mempunyai masalah kencing kotor.

Alhamdulillah selama 3 kali hamil, belum pernah lagi dapat masalah kencing kotor ni. (Nauzdubillahi mindzalik)

(1) Apa Yang Dimaksudkan Dengan Masalah Kencing Kotor?

  • Masalah kencing kotor atau dalam bahasa perubatan disebut sebagai urinary tract infection (UTI) atau Cystitis
  • Ia sangat bahaya kerana boleh mengakibatkan buah pinggang seseorang menjadi rosak.
  • Orang kita biasa sebut kencing kotor sebab selepas membuat ujian air kencing, nurse/ doctor dapat mengesan ada bakteria dalam sampel air kencing tersebut.

  • Jangkitan kuman pada saluran kencing ini berlaku apabila pundi kencing (bladder) atau buah pinggang (kidney) telah dijangkiti oleh bakteria yang biasanya ada pada saluran najis (anus) melintasi saluran penghubung di antara pundi kencing (urethra)

(2) Apakah Simptom @ Tanda-tanda Seseorang Itu Mempunyai Masalah Kencing Kotor?

masalah kencing kotor

  • Demam panas yang tinggi
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Kerap & sangat tergesa-gesa untuk buang air kecil
  • Rasa terbakar/ rasa sakit setiap kali buang air kecil
  • Rasa sakit pada bahagian abdomen yang di bawah ataupun di tepi.
  • Air kencing yang berbau teruk
  • Terdapat darah dalam air kencing

masalah kencing kotor

masalah kencing kotor

(3) Kenapa Wanita Lebih Berisiko Mengalami Masalah Kencing Kotor?

  • Wanita mempunyai saluran kencing (urethra) yang jauh lebih pendek berbanding lelaki
  • Bukaan saluran kencing wanita lebih hampir pada saluran najis (anus) berbanding lelaki

masalah kencing kotor

(4) Kenapa Pesakit Diabetes Berisiko Mengalami Masalah Kencing Kotor?

Pesakit kencing manis biasanya berisiko menghadapi masalah kencing kotor kerana gula yang terdapat dalam air kencing cenderung meningkatkan pembiakan bakteria.

 (5) Kesan Buruk Masalah Kencing Kotor

Masalah kencing kotor yang diambil ringan atau tanpa dibuat rawatan susulan, boleh membahayakan nyawa.

  • Pyelonephritis – jangkitan saluran kencing tahap yang kritikal. Ini adalah UTI yang tahapnya sampai merosakkan buah pinggang
  • Sepsis – Keadaan di mana bakteria yang berada di dalam buah pinggang merebak ke seluruh saluran darah. Ia akan meningkatkan kadar denyutan jantung & mengakibatkan bilangan sel darah putih berada pada tahap yang tidak normal. Dalam keadaan yang lebih teruk, ia boleh mengancam nyawa.

Untuk ibu hamil, sekiranya tiada rawatan susulan diambil, risiko yang akan berlaku adalah:

  • Kelahiran bayi yang kurang berat badan
  • Bayi yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang terbantut
  • Kelahiran bayi pra-matang

Walaupun nampak macam biasa je, masalah kencing kotor ni sampai boleh membawa maut.  😥

Ikuti cara merawatnya & langkah-langkah mengelakkan berlakunya masalah kencing kotor ini di entri saya yang akan datang.

Semoga artikel ini memberikan manfaat.

Sumber Rujukan:

  1. British Medical Association Complete Family Health Guide (Dr Tony Smith, Dorling Kindersley, 2000)
  2. http://www.dmannose.co.uk/uti-urinary-tract-infections
  3. http://www.webmd.com/a-to-z-guides/sepsis-septicemia-blood-infection

3 thoughts on “5 Perkara Mengenai Masalah Kencing Kotor. Bahayanya Sehingga Boleh Mengancam Nyawa”

  1. Pingback: Cara Merawat Kencing Kotor & Langkah Pencegahannya - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published.