Pernah tak anda seringkali mendapat berita tentang kematian mengejut seseorang rakan/ sahabat/ saudara mara yang berkait rapat dengan serangan penyakit jantung?
Saya pernah.
Sangat drastik.
Dalam keluarga besar ada 2 kes yang macam ni. 1, arwah pak sedara. Meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung. Kes yang kedua, Alhamdulillah belum ajal, masih muda tapi dah dikejarkan ke hospital selepas mendapat serangan sakit jantung secara tiba-tiba.
7 Sebab Utama Yang Mengundang Penyakit Jantung
1) Sejarah Keluarga
Tabiat pemakanan & cara hidup yang sama dalam keluarga, sangat menpengaruhi bagaimana penyakit jantung juga boleh diwarisi.
Melainkan kita boleh mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat (bersenam secara rutin & mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat).
2) Tabiat Merokok
Seseorang yang merokok mudah mendapat risiko serangan penyakit jantung kerana
- Bahan kimia dalam rokok merosakkan sel pembuluh darah
- Merokok meningkatkan pengumpulan plak pada permukaan salur darah.
Untuk perokok, cubalah untuk ikhtiar berhenti merokok.
Kasihan isteri & anak-anak juga.
3) Masalah Kencing Manis
68% pesakit diabetes yang berumur 65 tahun ke atas meninggal dunia disebabkan penyakit jantung.
Dewasa yang menghidap kencing manis berisiko 2 atau 4 kali ganda terhadap penyakit jantung berbanding mereka yang bukan pesakit kencing manis.
Ini kerana, mereka yang mengalami masalah diabetes tahap 2 atau mengalami masalah kerintangan insulin berisiko mempunyai sebatian yang boleh membuatkan salur darah tersumbat.
4) Masalah Kegemukan
Gemuk is not awesome.
Bukan semata-mata sebab penampilan luaran, tapi lebih kepada masalah kesihatan dalaman.
Mereka yang dalam kategori obesiti ni berkecenderungan mempunyai masalah
- kerintangan insulin
- penurunan HDL (kolesterol baik)
yang merupakan antara faktor yang menjurus kepada penyakit jantung.
5) Tekanan Darah Tinggi
Apabila berlaku tekanan darah yang tinggi, jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah.
Keadaan ini juga berkait rapat dengan faktor salur darah yang tersumbat dengan plak (atherosclerosis).
Otot yang tidak dapat menerima nutrien & oksigen dari darah (akibat salur darah tersumbat) seterusnya akan mengalami kegagalan fungsi.
Pada ketika ini, akan berlaku serangan jantung.
6) Tahap Kolesterol Yang Tinggi
Kolesterol jahat (LDL) & trigliserida boleh menjurus kepada penyempitan arteri darah (salur pembuluh darah).
Plak yang terbentuk akan membuatkan saluran darah tersumbat seterusnya menyebabkan ada permukaan otot dalam jantung yang tidak dapat menerima darah menjadi rosak.
Keadaan salur tersumbat ini biasanya tidak dapat disedari hanya setelah ia sudah terlambat => berlaku serangan jantung.
Tahap keseluruhan kolesterol yang seimbang sebaiknya di bawah paras 5.17 mmol /L
7) Tabiat Pemakanan
Dari masalah asas, punca paling banyak menjurus kepada penyakit jantung adalah dari darah yang tinggi dengan masalah kolesterol & lemak.
Jika kita cenderung mengambil makanan yang:
- tinggi lemak
- tinggi gula
Badan kita akan hasilkan lebih kolesterol & menyimpan lebih lemak (trigliserida).
Makanan yang kaya lemak politaktepu seperti marjerin, french fries & donat antara yang mempunyai lemak trans yang dapat meningkatkan kolesterol jahat (LDL) serta menurunkan kolesterol baik (HDL).
Sementara masih ada peluang, berikhtiarlah untuk mengawal tabiat pemakanan yang lebih baik. Tingkatkan anti-oksidan dalam diet harian.
Sekiranya anda atau ada kenalan/ saudara mara yang ada masalah seperti di atas, bertindaklah segera sebelum benar-benar dah terlambat.
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Rujukan:
- Heart Disease, Family Health Modern Diseases; Dr Bruce Miller DD, CNS; 2016; Oak Publication Sdn Bhd
- How Does Smoking Affect the Heart and Blood Vessels; https://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/smo
- What Cause Diabetic Heart Disease? https://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/dhd/causes
- Cardiovascular Disease ; http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/More/Diabetes/WhyDiabetesMatters/Cardiovascular-Disease-Diabetes_UCM_313865_Article.jsp#.WLdi8PmGPIV
- Obesity and Heart Disease ; http://circ.ahajournals.org/content/96/9/3248
- How Blood Pressure Can Lead to a Heart Attack ; http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/HighBloodPressure/LearnHowHBPHarmsYourHealth/How-High-Blood-Pressure-Can-Lead-to-a-Heart-Attack_UCM_301823_Article.jsp#.WLeHnfl97IV