Penyakit asthma terjadi apabila saluran pernafasan menjadi sempit kerana otot pada dinding bronkitis mengecut. Keadaan menjadi lebih parah & sempit dengan kehadiran mukus yang berlebihan.
Selain masalah-masalah seperti:
- bulu & air liur haiwan (biasanya dari kucing, anjing)
- debu hama
- habuk
- kulapok
- debunga
- asap rokok
- suhu yang sejuk (kipas angin/ angin malam)
- wangi-wangian & pewangi yang kuat
Terdapat beberapa makanan yang turut membantu mencetuskan serangan asthma ini. Oleh itu, sangat penting untuk pesakit asthma elakkan makanan pencetus asthma.
8 Makanan Pencetus Asthma
Makanan Pencetus Asthma 1: Aiskrim
Selain sejuk, aiskrim mengandungi:
- telur
- susu
yang juga merupakan bahan-bahan pencetus asthma.
Makanan Pencetus Asthma 2: Produk Tenusu
Selain aiskrim, antara produk tenusu yang boleh menyebabkan serangan asthma menjadi kronik adalah:
- susu
- yoghurt
- keju
Susu dikatakan mampu meningkatkan penghasilan mukus di dalam saluran pernafasan.
Antara simptom yang boleh berlaku hasil reaksi dengan makanan ini adalah wheezing (berdehit) & batuk-batuk.
Makanan Pencetus Asthma 3: Makanan Proses
Makanan proses kurang baik untuk kesihatan juga kerana mengandungi kurang zat makanan yang sebenar. Selain kurang mengandungi zat, makanan proses juga mengandungi banyak bahan pengawet, perasa & pewarna tiruan.
Periksa label makanan yang mengandungi pengawet terutama pada makanan dalam tin seperti:
- tartrazine (pewarna kuning)
- sulphur (garam pengawet terutama pada makanan yang dijeruk)
- benzoic acid
- monosodium glutamate (penambah perisa/penyedap makanan)
Ini antara bahan-bahan yang boleh mencetus asthma.
Contoh makanan proses yang popular adalah:
- sosej
- nugget
- daging burger
Makanan Pencetus Asthma 4: Tepung gandum
Roti putih antara contoh terbaik yang boleh mencetuskan kehadiran mukus yang tinggi.
Alahan terhadap gandum juga sangat mencetuskan reaksi yang teruk. Antaranya adalah:
- ruam-ruam
- wheezing (berdehit)
- conjunctivitis
- cirit-birit
Makanan Pencetus Asthma 5: Telur
Elakkan memakan telur & makanan-makanan yang mengandungi telur seperti kek, kuih, biskut & lain-lain.
Antara simptom yang mungkin kelihatan adalah berlaku keradangan pada kulit.
Makanan Pencetus Asthma 6: Makanan Laut & Kerang-kerangan
Ada orang yang bukan saja alah kepada makanan ini ketika memakannya, malah, bau-bauan makanan ini apabila dimasak juga turut mencetuskan alahan.
Antara makanan laut yang popular mencetuskan keradangan buat pesakit asthma:
- ketam
- udang kara
- udang
- tiram
- kepah
Periksa label makanan juga kerana ada penambah perisa diperbuat dari makanan laut/kekerangan.
Makanan Pencetus Asthma 7: Kekacang
Terdapat suatu kajian di mana, kanak-kanak penghidap asthma yang memakan kekacang mudah jatuh sakit & terpaksa bergantung kepada steroid.
Antara simptom yang boleh berlaku hasil reaksi dengan makanan ini adalah ruam-ruam.
Makanan Pencetus Asthma 8: Garam
Garam dikatakan dapat mencetuskan keradangan di kalangan pesakit asthma.
Disarankan untuk kurangkan makanan yang masin & elak menggunakan banyak garam dalam masakan pesakit asthma.
Semoga panduan ini memberikan manfaat.
Bacaaan Lanjut: Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Asthma
Rujukan:
- Nutrition for Life, Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling & Kindersley, 2005
- Prescription for Nutritional Healing, Phyllis A. Balch, Penguin Books, 2010
- British Medical Association (Complete Family Health Guide), Dr Tony Smith, Dorling & Kindersley, 2000
- https://farainspiration.com/penyakit-asma-lelah/
- https://www.asthma.org.uk/advice/triggers/food/
- http://www.health.com/health/gallery/0,,20672020,00.html
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Pingback: 7 Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Asthma Ambil Setiap Hari - ProVide Network
Thank you for your information..i aprreciate it
welcome ms Tir. Semoga bermanfaat 🙂