Adakah Berhenti Kerja Makan Gaji Suatu Tindakan Bijak?

Sebelum ni saya sememangnya bekerja makan gaji. Auni Batrisyia saya hantar ke taska seawal usia 2 bulan.

Atas kerana beberapa perkara termasuk kerana ingin menjaga anak2 sendiri di rumah, saya nekad untuk berhenti kerja makan gaji & memulakan profesion sebagai work at home mom (WAHM) dengan menjual suplemen Shaklee secara atas talian.

Teringat ada seseorang pernah tegur,

“Eh ruginya berhenti kerja…! Gila ke apa! Ramai orang duk menganggur kat luar sana.. kau pulak sia-siakan peluang.. ish..ish..ish..”

Tapi, dia tak tahu orang yang dia tegur ni pernah terpaksa biarkan anak demam menggelupur kat taska sebab majikan kepada mak yang anaknya demam ni tak bagi cuti.

Antara situasi A atau situasiĀ  B, yang mana korang rasa lagi bijak???

Situasi A:
Ibu yang anaknya demam.
Ibu ini mendengar kata majikan supaya terus sambung bekerja, manakala anak yang demam dibiarkan saja di taska.

Situasai B:
Ibu yang anaknya demam.
Ibu ini nekad ponteng kerja (sebab majikan marah-marah taknak bagi cuti) untuk jaga anak yang demam

Taska Ditutup 13 Hari

berhenti kerja makan gaji

Baru-baru ini seorang kenalan, isteri kpd kwn suami saya yg sama-sama menghantar bayi di taska yg sama dengan Auni dulu mengadu taska terpaksa ditutup selama 13 hari!

Ini berikutan menularnya wabak HFMD (hand, foot & mouth disease) di situ. Anak mereka juga telah dijangkiti wabak ini beberapa hari yg lalu.

Sungguh kasihan.. tak dapat membayangkan jika ia berlaku kpd kami suami isteri sebelum saya berhenti kerja makan gaji dulu.. Siapa yg akan terpaksa memohon cuti? Jika boleh cuti, Alhamdulillah..

Bagaimana jika mendapat majikan yg tidak boleh bertolak ansur? 2 minggu bukanlah cuti yg pendek.. jika bekerja swasta setakat company tempat suami saya bekerja, maksimum pun 16 hari setahun..

Oh sedih jika nak membayangkannya. Apatah lagi kami bukanlah berada berdekatan dengan saudara mara.

Syukur Alhamdulillah saya dah pun WAHM & secara sepenuh masa bekerja dari rumah.

Bekerja Dari Rumah

Ada pendapat mengatakan bahawa bekerja dari rumah bukanlah suatu perkara yang mudah. Saya setuju.

Kenapa saya berkata begitu?

Memang benar menjadi WAHM bukanlah bererti hidup seperti seorang suri rumah yg duduk bergoyang kaki.

Tapi WAHM adalah isteri/ibu yg menjalankan tugas suri rumah beserta tugas2 rutin pekerja profesional yg lain. Bezanya hanya terletak pada lokasi kami bekerja.

berhenti kerja makan gaji
semua tu saya buat kecuali membela anjing.. :p

Tapi… Banyak juga kelebihannya tau.

5 Kelebihan Bekerja dari Rumah

Sekurang-kurangnya ada 5 kebaikan & kelebihan yang saya alami sepanjang saya berhenti kerja makan gaji & kini telah menjadi WAHM. Antaranya ialah:

  • Saya bebas masuk bekerja pada bila-bila masa yang saya inginkan
  • Masa saya yang lebih flexible untuk berada bersama keluarga
  • Saya mempunyai masa yang lebih untuk aktiviti sosial & kemasyarakatan
  • Saya dah kurang menghadapi situasi kesesakan lalulintas
  • Saya bebas menentukan berapa pendapatan yang diusahakan & berapa hasil yang saya inginkan dengan izin Allah

Sekurang-kurangnya saya tak perlu diarah untuk tidak meninggalkan anak-anak saya berada dalam jagaan orang lain walau diorang tengah sakit…

sekitar awal November (Auni & Rafiuddin diserang rotavirus)
Rafiuddin berada di rumah sepanjang selepas pembedahan buang appendix

Saya juga tidak perlu meminta keizinan “majikan” untuk memohon cuti jika ingin pulang ke kampung pada bila-bila masa yang saya suka.

Saya tak perlu risau bagaimana anak saya akan pulang dari sekolah nanti sebab saya sendiri yg akan mengambilnya di sekolah.

Menarik kan kelebihan bekerja dari rumah ni?

Jika anda adalah wanita yang sedang mengintai peluang pekerjaan bekerja dari rumah (secara separuh masa/ sepenuh masa), boleh juga menghubungi saya, Zaleha.

019-7646021 (whatsapp/telegram/sms)

zaleha.abdulsalam@gmail.com

Kami mempunyai asas yang kukuh untuk membantu lebih ramai golongan ibu yang bekerja makan gaji untuk masa depan yang lebih cerah bersama keluarga.

Kelebihan kami:

  • Mentoring & coaching untuk membina laman sesawang (blogspot/ wordpress) tanpa / dengan domain sendiri
  • Mentoring & coaching (online/ offline) untuk meningkatkan peluang laman sesawang berada di muka hadapan pada carian Google
  • Membimbing pengedar Shaklee di bawah susur galur jaringan kami dengan pengetahuan asas kesihatan, maklumat terperinci produk & konsultasi kepada pelanggan sebelum serta selepas penjualan (tiada caj sampingan untuk bimbingan membina laman sesawang)
  • Mempunyai formula & tips khusus sebagai amalan untuk berjaya di dalam perniagaan

Jika anda masih ragu-ragu untuk berhenti kerja makan gaji, nasihat saya, buatlah solat sunat Istikharah sekurang-kurangnya sekitar 40 hari berturut-turut. Bagi wanita boleh diteruskan menyambung sehingga cukup 40 kali solat selepas suci dari haid.

Jika anda ada komen tentang ini, boleh email saya seperti maklumat tadi atau terus saja meninggalkan jejak anda di ruangan komen.

Semoga artikel ini bermanfaat & terima kasih atas kunjungan ke sini šŸ™‚

Leave a Comment

Your email address will not be published.