Syukur ke hadrat Ilahi, kita semua berpeluang mengakhiri Ramadhan 1436H dengan prestasi yang cemerlang, inshaa Allah.
Syawal berkunjung tiba.
Rugi jika kita tidak manfaatkan peluang yang ada sepanjang Syawal ini untuk mengerjakan amalan-amalan sunat Hari Raya Aidilfitri.
Ini catatan kami sepanjang 1 Syawal 1436H di Kemaman, Terengganu.
Mungkin juga anda boleh kongsikan catatan anda nanti di ruang komen entri ini?
😉
Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri
Alhamdulillah, sedari kecil lagi, mak & ayah dah ajar saya untuk berniat mandi  sunat hari raya ni.
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak-anak yang teruja nak ikut serta aktiviti awal-awal pagi ni. Maklumlah masing-masing dah letih tertidur awal pada malam raya kerana seronok bermain di rumah nenek mereka di sini.
Menjamah Sedikit Hidangan Sebelum Keluar Rumah
Sebelum keluar rumah pagi ni, kami sempat alas perut dengan ketupat nasi & rendang daging, istimewa hasil air tangan adik-adik ipar saya di sini.
Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Buat pertama kalinya, kami suami isteri membawa anak-anak untuk turut serta mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Selama 2 tahun kebelakangan, anak-anak tidak dapat ikut sekali atas faktor ibunya uzur syarie tiap kali datangnya 1 SyawalÂ
Alhamdulillah seperti yang dijangka & diharapkan, Auni Batrisyia elok-elok saja disebelah saya sepanjang solat sunat 2 rakaat Aidilfitri ni berlangsung.
Kelihatan (dari ekor mata) Auni mengikut gerak geri melakukan takbir 5 kali pada rakaat kedua.
Menurut suami, Rafiuddin juga dapat menjaga kelakuannya sepanjang solat sunat berlangsung.
Alhamdulillah.
Kebiasaannya dia ni akan teruja lebih dalam masjid. Kalau ada geng kanak-kanak sebaya dengannya & ada pula kawasan lapang dalam masjid, dia akan berlari-lari di situ.. huhu 😆
Bersalam-salaman & Meminta Maaf
Rutin setiap kali Syawal.
Mak & ayah dah ajarkan untuk kami adik-beradik berkumpul bersama selepas sahaja pulang dari mengerjakan solat sunat Aidilfitri.
Selain untuk saling menerima duit raya, kami juga dilatih untuk memohon ampun & maaf dari hati yang ikhlas.
Hihi.. Macam mana tu?
Ia bukan setakat ucapan, “Selamat hari raya, maaf zahir & batin!”
Tapi lebih kepada pengakuan jujur dalam memohon maaf. Ada kalanya sampai teresak-esak menangis tau!Â
Contohnya,
“Mak, Leha mintak ampun & maaf kalau selama ni Leha banyak lawan cakap mak. Halalkan juga susu ibu yang Leha minum & makan pakai yang mak dah bagi selama ni”
Ziarah Menziarahi Sanak Saudara & Sahabat Handai
Di Kemaman, kami tak mempunyai ramai sedara mara.
Namun begitu, Alhamdulillah diberi kesempatan juga untuk berkunjung ke rumah seorang saudara ibu mertua & rumah sahabat kami di sini.
Akhir kata, sekali lagi, kami ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin untuk semua pengunjung setia providenetwork.com
bahagia tengok gambar di atas.
selamat hari raya maaf zahir dan batin
Selamat hari raya..
Maaf zahir & batin
selamat hari raya aidilfitri dari mamabard.. =)