Assalamu’alaikum & salam sejahtera semua
Oh sadis sungguh bila tengok tajuk entri ni.. huhu..
Tapi.. Jangan panik dulu!
Nanti saya ceritakan cara-caranya ya macam mana nak buat bila buku bank hilang.
Alkisahnya..
Syawal telah pun berlalu, maka, seperti kebiasaannyalah kami sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang dibawa jauh beraya (pusing seluruh Semenanjung Malaysia) ni mulalah kalut nak menyimpan duit raya anak-anak ke bank masing-masing. Dalam duk kalut tulah tetiba terlintas, ya Allah mana pulak disimpan buku bank anak-anak haritu? Selepas dah redha, puas mencari barulah tersedar yang buku bank hilang tak ingat letak kat mana.
Ok macam tulah mukadimah nya.
Jadi, lepas dah pasrah, redha, dah puas mencari, apa patut buat?
STEP 1: Bawak IC kad pengenalan/ MyKid untuk buku bank yang hilang tu ke bank berkenaan
- Sebagai penjaga/ ibubapa yang menguruskan hal buku bank anak-anak yang hilang tu, kad pengenalan anda juga perlu
- Untuk bank seperti Bank Rakyat, walaupun tiada caj ke atas buku yang hilang, anda kena dapatkan borang jaminan ganti rugi yang mana kita perlu untuk matikan setem Hasil RM10 kat borang tu dulu.
- Untuk bank macam Tabung Haji, pihak bank sendiri yang akan uruskan hal matikan setem kat borang jaminan ganti rugi tersebut. Caj buku hilang sebanyak RM5 & caj setem Hasil RM10 akan ditolak dari buku akaun masing-masing yang hilang tersebut.
Memang bagus Tabung Haji ni, tak perlu lagi nak susahkan pihak pendeposit. Takpelah, caj aje. Lagipun kehilangan buku bank tu tak sepatutnya berlaku. Memang kena simpan baik-baik.
Ok, bagi bank yang memang nak kita uruskan sendiri hal matikan setem ke borang ni, boleh ikut langkah-langkah yang seterusnya ni.
STEP 2: Ambil borang jaminan ganti rugi
- Boleh tanya je kat guard/ kat kaunter pertanyaan di bank berkenaan.

STEP 3: Beli setem Hasil RM10
- Tak semua pejabat Hasil (LHDN) menyediakan khidmat setem cop terus ni. Makanya, untuk lebih mudahkan urusan, silalah beli dulu setem Hasil RM10 kat mana-mana pejabat pos berdekatan
Alkisahnya saya haritu, sebab dok ingat kat pejabat Hasil bahagian setem tu ada jual setem & cop mati sekali, jadinya memang terus jela menonong ke LHDN tanpa setem.
Sekali kena pergi beli setem dulu daa. Alhamdulillah pihak LHDN ada menyediakan peta untuk ke lokasi pejabat pos berdekatan. Bagi yang berada di sekitar Johor Bahru, pejabat pos yang berdekatan dengan LHDN Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda adalah di Pejabat Pos Malaysia Jalan Padi Mahsuri 12, Bandar Baru Uda (BBU).
Ada lagi satu adalah Pejabat Pos Cawangan Batu 5, tapi saya pilih ke Jalan Padi Mahsuri tu sebab kelihatan yang di BBU tu lagi dekat memandangkan office hour yang singkat pada hari Khamis.
Seperti biasa, saya guna Waze saja.
STEP 4: Matikan setem Hasil pada borang di pejabat Hasil berdekatan
- Bagi yang tak pernah buat, boleh tanya kat guard/ kaunter. Biasanya memang kena isi satu borang kat situ sebelum kita matikan setem kat kaunter
STEP 5: Buat buku baru di bank berkenaan
- Alhamdulillah bila dah siap dengan surat jaminan yang dah dimatikan setem, terus jela ke bank berkenaan sambil bawak IC & MyKid buku bank hilang tadi tu jugakla ya.
Itu jela ceritanya apa nak buat bila buku bank hilang… Ia adalah suatu pengalaman yang sedikit sebanyak buat kita kena beringat. Letak semua dokumen penting kat satu tempat. Senang jika berlaku kecemasan, angkut semua sekali.
As usual, kita takkan pernah lari dari buat kesilapan. Tak salah untuk buat silap. Tapi, sebaik-baiknya jom kita belajar untuk tidak ulang balik buat silap yang lalu, tu. Pesanan khidmat masyarakat ini memang tepat kena untuk pemilik yang mengarang & menaip ni haa..
Semoga memberi manfaat untuk kita semua.
Sebarang komen/ pertanyaan amat kami alu-alukan. Jemput tinggalkan jejak di sini ya. Terima kasih
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Thank you.. helpful
kalau buat baru duit burn ke? ke still sama macam dlm buku sebelumnya?
Hidayah, duit tak burn. still sama macam dulu.
Cuma kalau Tabung Haji ni, caj untuk proses buat buku baru dia tak mintak tunai masa kita buat tu, tapi dia tolak dalam akaun kita.
Klu buat buku baru..no akaun masih sama ker
nombor akaun masih yang sama.
bank akan detect based on ID/IC kita
No akaun buku yg baru tu same tak dengan no akaun yang lama.
Tqvm..sgt membantu..esok nk uruskn buku hilang..
Alhamdulillah.. semoga urusan cik/puan dipermudahkan
Berapa lama dapat balik buku lepas bagi borang? Kak hilang buku bank rakyat
Kakak N, in shaa Allah terus dapat pada hari yang sama selepas semua item pada borang dah selamat kita isi & serah di kaunter bank.
Kalau bank BSN mcmmna?saya pelajar biasiswa…hilang buku bank
Mgkn prosedur sama sahaja. Pergi bank & bgtau buku bank hilang. Nnt diorang bg borang n guide yg selanjutnya 🙂
Sangat membantu. Tahniah kerana memudahkan urusan orglain.
Sangat membantu. Tahniah kerana memudahkan urusan orglain. Semoga Allah mudahkan urusan tuan.
Sama-sama puan. Kebetulan saya ada pengalaman buku bank tu hilang. Alhamdulillah membantu urusan puan. Terima kasih atas doa puan. Semoga berbalik buat puan sekeluarga juga.. Aamiin
Saya pelajar biasiswa.. Then buku bsn saya hilang.. So, as a student kena bayar jugak kaa??
bayaran tu perlu sebab kecuaian kita. macam jugak kad pengenalan, ada ke kategori hilang kad pengenalan dari kalangan pelajar & lain2? sama je kan kena bayar denda. apa-apa cuba rujuk pihak bank sendiri jika nak buat rayuan.
setelah kita buat buku baru … dia akan update smua in n out duit @ total baki sahaja
fatihah: depends pada bank rasanya. kalau byk sgt transaction terdahulu, biasanya akan update total baki & few transaction yg paling terkini.
Klau buku bank rakyat hilang,berapa kena bayar untuk buat buku semula,lepas buat tu,duit kita yg hilang tu ada balik ataupon dlm bank tu terus RM0.00?
Nurkhalilah, kalau buku bank rakyat hilang, seingatnya masa tu saya hanya bayar RM10 utk urusan matikan setem sendiri.
Sepatutnya duit yang memang masih ada dalam bank takkan hilang sebab urusan nak keluarkan duit perlukan kad pengenalan kita & cap jari/ tanda tangan kita.
Harap jawapan sy td jelas & membantu sis 🙂
Nak buat buku dari Telefon
Mcm mne utk buat buku agrobank yg hilang?ssb kene settle kan sndiri…dekat mne nk dptkan borg jamninan ganti rugi?sye duduk selangor
cuba pergi ke bank agrobank yg terdekat. mmg semua form pun kena mntk dgn pihak bank berkenaan. & x sure lah apa prosedur terkini sbb skrg byk bank dah x keluarkan buku fizikal lagi. byk data online je skrg
Kalau bank bsn mcm mna?
Hai Haiqal, by right lebih kurang je prosedur.
Terbaik, terus ke kaunter bank untuk sebarang pertanyaan lanjut. Mana tau ada latest procedure.
kalau bank RHB cam me?
Hi Jamal. Ya, shud be sama je. apa-apa pun, sila ke kaunter bank untuk info yang lebih lanjut & terkini.
Assalammua’laikum
Kakak saya tertinggal buku bank Di bank.. Adakah si pejumpa buku bank itu boleh mengeluarkan Wang dari akaun kakak saya?
Salam tn nk tya ok klu buku bank Islam pencen hilang bp yg kna cas ya?