Alhamdulillah hari ni dah hari ke 22 sepanjang tempoh PKP (perintah kawalan pergerakan). Saya tulis sini supaya akan datang, bila anak cucu cicit kita baca, mereka tau apa yang terjadi pada dunia kita ketika ini.
Pada saat entri post ini ditulis, banyak perkara yang saya rindui nak buat. Korang pun mesti macam tu juga kan? Tak apa lah, kita turut saja perintah kerajaan & pihak KKM. Stay At Home. Duduk Rumah Diam-diam. Bukan untuk orang lain semata-mata tapi untuk seluruh ahli keluarga kita & keturunan kita juga.
5 Perkara Yang Paling Dirindui Nak Buat Sepanjang Tempoh PKP
Ok banyak list sebenarnya. Tapi jangan tamak. Kita pilih 5 jer, k. Ekekek
(1) Jumpa Mak Ayah
Last saya sempat pulang ke kampung halaman saya adalah pada awal bulan Mac. Ada banyak sangat hikmah tersembunyi di sebalik peristiwa ni.
Ada event keluarga yang sepatutnya berlaku pada tarikh awal Mac tersebut. Suami saya pula sebab tak dapat nak balik 1 keluarga, beliau sponsor tiket flight balik saya seorang guna Malaysia Airlines dari Alor Setar ke Johor Bahru. So memang dah beli tiket awal juga, kira-kira pertengahan Januari tu lagi kami dah book.
Alhamdulillah saya decide nak terus balik. Sempatlah merasa solat berjemaah dengan mak ayah & sempatlah periksa keperluan vitamin harian mak ayah. Cukup segala vitamin penting untuk mak ayah amalkan sepanjang tempoh PKP ni, in shaa Allah.
Takpelah, sepanjang PKP ni, kita video call je ngan mak ayah kita 🙂
(2) Berlari Di Luar
Yang ni paling tragis. Allah Izinkan saya last berlari adalah pada 10 Mac. Saya dah jarang sertai larian fun run/ beramai-ramai sejak tahun 2020 ni.
Saya banyak berlari secara virtual.
Cuma adalah 1 Bib dah beli.
Saya target buat my VHM (Virgin Half Marathon) pada November 2020 ni di Johor Bahru. Nervous sebab belum sempat buat LSD 10km non stop. Yang dah berjaya buat hanyalah 200 km larian dalam masa sebulan (non stop lari setiap hari)
Tak apalah sepanjang PKP ni kita lari je setempat dalam rumah.
(3) Pergi Kelas
Saya suka pergi kelas. Kerana menuntut ilmu & berguru itu adalah sangat dituntut.
Kelas bisnes. Kelas ilmu nutrisi. Last kelas saya banyak berkelana adalah kelas buat Youtube secara Advanced. Saya belajar dengan Cikgu Munzir Rahim (FB: Munzir Rahim)
Beliau banyak buat video profesional untuk team bisnes kami (iReach) & beliau juga pernah buat video profesional untuk syarikat umrah & juga banyak lagi pihak lain termasuklah NGO seperti Serantau Muslim.
Tak apalah kat rumah pun boleh berguru secara online.
(4) Pergi Branch Shaklee
Rindu nak jejak kaki ke branch Shaklee di JB. Saya juga dah pernah check in lokasi branch Shaklee rasmi di lain juga. Di Ipoh, di Kuala Lumpur & di HQ.
Tak apalah, duduk rumah je order Shaklee secara online.
(5) Small Gathering
Last but not least, rindu nak jumpa member-member silat. Rindu juga nak jumpa team bisnes. Rindu nak cipika cipiki. Namun untuk sementara waktu ini, jika kita sayang sahabat kita, biarlah kita elakkan bersentuhan.
Kita tak tahu siapa antara kita yang membawa virus. So, please, jom terus kekal di rumah, terus stay strong bertahan, kuatkan imun kita seisi keluarga.
We all can win this battle together 🙂
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com Youtube Channel: Zaleha Awaluddin FB: Produk Vitamin Semulajadi