Pada asalnya masih 50-50 lah nak datang sini. Since kami dah lalu Tamparuli dari Kundasang nak ke Kota Kinabalu tu dalam jam 3 petang camtu, planlah isi masa di sini.
Sebelahnya ada Muzium 3D.
Suamiku selaku pemandu kereta yang kami sewa, nak berehat lelapkan mata dalam kereta. Kebetulan semua anak pun pakat ketiduran, letih. So, saya, adik & mak ayah decide pilih untuk masuk melawat salah satu tempat tarikan di situ.
Akhirnya kami decide ke Rumah Terbalik Tamparuli ini.
Apa Yang Menarik Dalam Rumah Terbalik Tamparuli ?
Basically dalam rumah ni, direka segala-gala susun aturnya adalah terbalik.
Kebanyakan alatan & perabot adalah di dalam suasana rumah kampung & sedikit tradisional mengikut masyarakat kaum Bajau di Kota Belud. Kita juga akan diceritakan serba sedikit tentang budaya & adat yang diamalkan oleh masyarakat kaum Bajau ini.
Bermula dari luar rumah lagi sudah kelihatan bumbung kat bawah.
Larangan Dalam Rumah Terbalik
Kita tak boleh ambil gambar dalam rumah ni. Ada CCTV di setiap sudut. Jika ada yang curi-curi bergambar, memang akan dikenakan denda bayaran.
So, yang dibenarkan ambil gambar hanyalah sekitar luar rumah sahaja.
Harga Tiket Masuk Rumah Terbalik Tamparuli
Nak masuk sini murah saja.
- Dewasa (13 tahun ke atas) :RM12
- Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM5
- Bayi (0-3 tahun) : Percuma
Let say memang nak lagi untung & berkesempatan, boleh pilih pakej bersama untuk masuk ke Muzium 3D Sabah yang terletak hanya bersebelahan dengan Rumah Terbalik Tamparuli ni.
Pakej Rumah Terbalik & Muzium 3D:
- Dewasa RM30
- Kanak-kanak RM18
Kitorang aritu sebab tak nak ambil masa lama since suami & anak-anak ada menunggu dalam kereta sambil tidur, kitorang decide pegi salah satu saja.
Waktu Operasi Rumah Terbalik Tamparuli
Dibuka setiap hari dari 7 am – 7 pm.
So far, bagi saya berbaloi datang sini & support industri pelancongan masyarakat setempat. Lagipun Rumah Terbalik Tamparuli ini merupakan yang pertama di Malaysia & antara yang tertulis di dalam Malaysian Book of Records.
Selamat berjalan-jalan ke Sabah untuk u olls 🙂
Bacaan lanjut:
Review Homestay Mesilau Kundasang
Day 2 Backpack Trip Sabah – Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Pingback: Tips Makan Seafood di Sabah | Tempat Makan Seafood Sedap di Sabah