Semalam baru sempat jengah ke Pejabat Poslaju Skudai.
Biasanya kalau saya tak COD (cash on delivery) vitamin Shaklee yang kami jual, saya orderkan secara online saja & pihak Shaklee akan uruskan penghantaran pos secara courier Citylink atau GDEX.
Nampak notis caj tambahan prepaid poslaju ni.
Bermula 1 Oktober 2015, semua penghantaran menggunakan prabayar Poslaju yang melebihi had berat akan dikenakan caj tambahan.
RM3.18 bagi setiap 1kg / sebahagiannya (Prabayar Warna Oren)
RM7.42 bagi setiap 1kg/ sebahagiannya (Prabayar Warna Biru)

Seperti sedia maklum, kadar poslaju prabayar adalah:
Prabayar Oren (Semenanjung – Semenanjung/ Sabah – Sabah/ Sarawak – Sarawak)
- RM6.35 untuk 500 gm
- RM9.55 untuk 1 kg
Prabayar Biru (Semenanjung – Sabah/ Semenanjung – Sarawak/ Sabah – Sarawak)
- RM10.60 untuk 500 gm
- RM15.90 untuk 1 kg
So, dengan penguatkuasaan caj tambahan prepaid poslaju ni, dah tak bolehlah nak tinggal-tinggalkan lagi bungkusan penghantaran prabayar kita ni kat kaunter macam sebelum ni.
Sebab diorang nak kena check 1 persatu berat bungkusan tu.
Maka nya agak sesak sikitlah kaunter poslaju ni.
Ada kawan yang turut sama baru menjengah ke pejabat poslaju semalam bagitau, berat bungkusan prepaid 1 kg yang dia guna 1.2 kg, dia dikenakan caj RM3.20 (bundarkan) untuk lebihan yang 200 gm tu.
So, apa-apa pun, better kita sebagai peniaga, timbang dululah sendiri & stanby extra caj untuk ini.
Faktor Caj Tambahan Prabayar Dikenakan
Mungkin juga penguatkuasaan ni berlaku atas sebab terlalu banyak bungkusan prabayar yang pihak Poslaju uruskan didapati melebihi had berat.
& bertambah malang lagi, jika bungkusan yang melebihi had berat ini antara faktor yang menyumbang kepada barang-barang yang diposkan tu rosak.
Apa-apa pun, hal ini macam win-win situation la.
Kita sebagai peniaga, just follow the rules. Ikut had timbangan yang ditetapkan. Let say kalau kita dah bayar lebihan caj ni pun barang jadi rosak (atas faktor-faktor handling @ yang seumpamanya), barulah layak kita nak claim kan..
Alternatif Kepada Caj Tambahan Prabayar
Saya rasa peniaga-peniaga online yang lain rata-rata dah expert bab ni.
Tapi xpe, mungkin sebagai panduan kepada mana-mana peniaga online yang baru, bolehlah fikirkan alternatif seperti:
- guna flyers + bubble wrap sendiri
- perkhidmatan kadar rata courier seperti GDEX

Harap info ni dapat membantu kita plan pengeposan barang kita lepas ni.
Zaleha SID: 962548 (Shaklee Products & Consultation) 019-7646021