Saya baru pulang dari Kelas Blog & FB Marketting Pro, Bertam Pulau Pinang yang dianjurkan oleh iReach & group support ASB (Aku Sayang Bini) kira-kira 5 hari yang lalu.
Dari kelas ini saya belajar cara berniaga secara online menggunakan beberapa tips & teknik terbaik untuk menguasai pasaran online menggunakan medium blog & juga facebook dengan kos yang terendah, serendah 1 sen sahaja untuk 1 klik.
Hebat kan?
Kalau anda biasa buat iklan di Facebook guna Boost Post anda pasti tahu betapa mahalnya kos pengiklanan di FB.
Guna Medium Blog Sebagai Cara Berniaga Dari Rumah
Sebelum saya berkecimpung lanjut dengan aktiviti berbloging ni, saya tak tahu pun yang orang menulis blog boleh mendatangkan hasil pulangan yang lumayan.
Saya ingat mereka (blogger) ni tak de kerja lain ke???
Setelah saya sendiri aktif berjinak-jinak dengan bermula menulis di platform blogger (zalehaabdulsalam.blogspot.com), saya mula sedar blogging adalah cara berniaga dari rumah yang mudah untuk para suri rumah.
Walau hebatnya anak-anak mengganggu, tenang je mak-mak budak ni berkursus sambil anak juga dikelek.
Kenapa blog?
Blog adalah kedai maya yang dapat memuatkan banyak produk tanpa perlu kita simpan banyak stok.
Blog adalah cara berniaga secara online yang paling berkuasa selagi Google masih hidup di alam maya.
Berbanding FB fanpage, blog lebih kekal lama & lagi luas jaringan pasaran yang dapat dicapai.
Guna Power Editor untuk cara berniaga online Facebook yang lebih menjimatkan
Nak tahu lanjut kena menuntut ilmu dengan Tuan Firdaus Azizi sendiri.
Ada 3 cara untuk membuat iklan di Facebook.
Power Editor adalah salah satu caranya.
3 kelebihan Power Editor yang saya nampak selepas membuat pengiklanan:
- sasaran yang dituju lebih tepat dengan kos lebih rendah (serendah 1 sen / klik, rekod setakat ni)
- membantu melonjakkan trafik blog
- penggunaan gambar yang menarik & lebih catchy
Ni iklan yang saya runkan selama hampir kurang dari 3 hari tempoh sahlakunya. Kalau tak sebab memang dah set sampai hujung tahun 2014, tak de lah saya rajin sangat nak jenguk status trafik ni. 😉
Alhamdulillah hasil dari ini, entri saya melonjak-lonjak trafiknya.
Inshaa Allah tak lama lagi, tercapai lah impian saya untuk menambahkan lagi jualan yang datang dari blog.
Memang cara berniaga secara online melalui aplikasi Power Editor membuatkan saya semakin teruja untuk berniaga!
Tips Menulis Di Blog Untuk Menjual
Selain sesi penggunaan Power Editor ni, kami juga diajar bagaimana untuk kuasai teknik Copywritting yang betul & mesra pembaca.
Jika sebelum ni, kebanyakan antara kami menulis entri “asal ada je..”
Alhamdulillah selepas kelas, kami dibekalkan dengan semua teknik penulisan termasuklah melakukan keyword reasearch & tulis dengan SEO (search engine optimization).
Hasilnya?
Tak lama lagi, berduyun-duyunla sales datang hingga tak menang tangan untuk kami layan
Seminar yang super duper best ni tak dapat mudah & murah macam ni kalau kat luar sana.
Silap haribulan, ribu riban jugak wang yang melayang. Belum tentu lepas kelas akan apply semua teknik jika tiada kumpulan sokongan yang betul selepas itu.
Nak jadi sebahagian dari kami?
Tak susah pun.
Anda hanya perlu daftar ahli Shaklee untuk nikmati semua faedah yang kami dapat ni
Jalinan Ukhuwah Sentiasa Ada
Ni antara yang best berada dalam kumpulan Shaklee kami.
Walau baru jumpa sehari, kami sudah mampu rapat seperti adik beradik.
Bantu-membantu untuk lebih faham setiap yang dipelajari dalam kelas.
& kami merupakan antara ibu-ibu yang komited dalam penulisan di blog
Sekian coretan dari saya.
Terima kasih sudi membaca & singgah sini 😉
Eh saya ada bonus untuk anda yang membaca.
Jom layan video sekitar kelas ASB Mega Seminar 2.0 ni 😆
ASB Mega 2.0 highlight from iReach HD on Vimeo.