Saya masih teringat, ketika mula mempelajari subjek Sains di sekolah menengah rendah sekitar 17 tahun yang lalu, topik pertama yang kami belajar adalah tentang Organ Pembiakan Seks. Wah.. bukan main excited lagi satu kelas masa tu. Seingat saya, ketika ujian penilaian dibuat, pertama kali saya dapat score 90 markah untuk topik ini sahaja…
Amboi minat sungguh… 😆
Eh bagus tau minat topik ni untuk bekalan ilmu kekeluargaan pada masa akan datang terutama bab kiraan dalam kitaran haid. Memang penting sangat untuk kita faham & mahir bab ini terutama bagi wanita lah.
Untuk mudah hamil, penting bagi kita mengetahui cara kira waktu subur yang tepat.
Bagaimana caranya? Lihat gambarajah di bawah.
(A) Kawasan Merah
- ini adalah tempoh kedatangan haid yang normal sehingga 7 hari
- pada fasa ini, dinding uterus terurai menghasilkan darah haid
(B) Kawasan Hijau
- fasa di mana dinding uterus kembali bermula untuk menebal sementara pembentukan telur di dalam ovari bermula
- separuh fasa awal ketika tempoh ini adalah selamat bagi pasangan yang ingin menjarakkan kehamilan secara semulajadi
- separuh fasa akhir tempoh ini berpotensi menyediakan peluang cerah bagi pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata
(C) Kawasan Biru
- fasa pengovulan berlaku
- ini adalah tempoh subur normal
- peluang hamil adalah sangat cerah jika pasangan suami isteri bersama sepanjang fasa ini terutama pada hari ke 14 (hari 1 = hari pertama kedatangan haid)
(D) Kawasan Jingga
- fasa pembaikian
- sekiranya kehamilan tidak berjaya, dinding uterus bersedia untuk terurai
(E) Kawasan Coklat
- fasa-fasa terakhir pembaikian
- bersedia untuk penguraian dinding uterus
Peluang Kehamilan
Menurut webMD.com peluang untuk seorang wanita hamil sepanjang tempoh 1 bulan kitaran haid nya adalah hanya 6 hari (5 hari sebelum berlaku pengovulan & 1 hari tepat pada berlakunya ovum matang dilepaskan – pengovulan)
3 Kaedah Mudah Menentukan Hari Subur Seorang Wanita
(1) Pengiraan Kalendar Kitaran Haid
Secara purata hari subur seorang wanita adalah seperti ringkasan di bawah:
Ktaran Haid Wanita | Hari Subur |
24 hari | 10 |
28 hari | 14 |
35 hari | 21 |
Perhatikan bahawa; hari 1 adalah hari pertama kedatangan haid. Dengab merujuk jadual ini, pasangan suami isteri dapat menentukan masa yang tepat untuk bersama.
Memandangkan tempoh hayat sperma suami adalah di antara 3 hingga 5 hari, persetubuhan boleh dilakukan pada 2 hingga 3 hari sebelum berlakunya hari subur.
(2) Penentuan Suhu Badan
- Kaedah ini dipanggil Basal Body Temperature (BBT)
- BBT adalah suhu ketika seseorang sedang berehat
- Sebelum berlakunya pengovulan, BBT seorang wanita adalah di antara 36.1 sehingga 36.4 darjah Celcius
- Selepas berlakunya pengovulan, BBT seorang wanita meningkat di antara 36.4 hingga 37 darjah Celcius
- Secara normalnya, ketika pengovulan berlaku (telur; ovum yang matang dilepaskan), suhu badan akan meningkat & mendatar pada kenaikan tersebut untuk beberapa hari.
Apa kaedah untuk menyukat BBT?
- Periksa suhu setiap pagi selepas bangun pagi. Pastikan masa yang sama setiap kali suhu diperiksa
- Gunakan termometer khas yang boleh membaca antara 1 hingga 2 titik perpuluhan suhu

(3) Penentuan Status Lendiran Pada Vagina
- Kebiasaannya sejurus selepas berakhirnya tempoh haid, lendiran pada vagina adalah sedikit dengan tekstur yang sedikit tebal , keruh dan bewarna seakan-akan coklat
- Namun, sebelum berlaku pengovulan sehingga pada hari pengovulan berlaku, lendiran pada vagina adalah banyak dengan tekstur yang agak halus, jernih serta agak bertali-tali.

Rasanya mudah kan apabila kita tahu cara kira hari subur yang betul seperti 3 kaedah di atas tadi?
Inshaa Allah sangat mudah nak pantau.
Semoga artikel ini membantu & memudahkan urusan kalian suami isteri berusaha untuk mendapatkan zuriat yang diidam-idamkan. 😀
Sekiranya anda berminat untuk berikhtiar meningkatkan tahap kesuburan suami/ isteri melalui Set Mudah Hamil Shaklee mahupun sebarang vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi beserta tips panduan pemakanan yg betul, eksklusif & konsultasi yg berterusan, saya adalah wakil pengedar sah & bertauliah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya seperti butiran berikut:
Nama: Zaleha Abdul Salam
Email: produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Phone/message/whatsapp/ telegram: 019-7646021
Postage serendah RM6 (S/M) maksimum sehingga RM20 (S/S)
COD sekitar UTM Skudai, Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru
Klik
SENARAI PENUH HARGA VITAMIN SHAKLEE
HARGA SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SHAKLEE
HARGA SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE
Pingback: Petua Mendapatkan Anak Lelaki Yang Diidamkan Sebagai Pewaris Keluarga - ProVide Network
Pingback: Cara Mudah Dapat Anak - Ikhtiar Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri - ProVide Network