Sebelum ni saya ada dapat info dari group family, yang pihak syarikat lampin pakai buang jenama Drypers ni ada buat program loyalty.
Nama program ni, Drypers Baby Club.
Kita boleh kumpul point dari setiap pembelian lampin pakai buang ni & tebus point yang terkumpul kepada macam-macam jenis hadiah yang kita suka bergantung pada nilai point.
Sebelum saya share camne cara kumpul point lampin Drypers ni, jom tengok berbaloi ke tidak untuk kumpul & tebus point lampin ni?
Pelbagai Hadiah Menarik Yang Boleh Ditebus Melalui Pembelian & Kumpul Point Lampin Drypers
Menarik kan?
Walaupun Auni hampir-hampir dah nak bebas lampin (sedang On & Off toilet-trained dia sebab beberapa faktor), cuba jugaklah cari bungkusan lampin yang lama-lama nanti untuk ni..kikikih
Alhamdulillah lah saya ni memang suka recycle plastik lampin ni untuk guna buang sampah ke gitulah. Tak buang terus. Bolehlah belek balik semua bungkusan yang masih berbaki tu..hihihi 😉
Mana tau juga, akan datang Auni bakal ada adik-adik lagi ke kan? mihmihmih.. 😆
Cara Mendapatkan Point Dari Pembelian Drypers
- Beli sebarang pek lampin dari rangkaian jenama Drypers yang dikira dalam pengumpulan point seperti Drypers Touch, Drypers Wee-wee Dry, Drypers Classic, Drypers Drynights & Drypers Drypantz.
- Lihat kod yang tercetak di dalam plastik lampin. Kod dicetak pada sebelah dalam plastik seperti dalam contoh di bawah.
Saya mula-mula godek merata juga nak cari kod ni. Rupa-rupanya kod ni duduk kat dalam @ betul-betul di sebalik gambar plastik luar tu.
Sila tengok kedudukan kod unik pada pek ikut jenis rangkaian lampin.
(A): Pek rangkaian dari Drypers Touch, Wee-wee Dry, Drypers Drynights & Drypers Classic:
(B) Pek rangkaian dari Drypantz:
- Daftar masuk sebagai ahli Drypers Club (free membership) ke https://www.drypers.com.my/registration/ & isi semua maklumat yang diperlukan
Alhamdulillah dah selamat mendaftar, tengah tunggu diorang pos puppet tangan
- Masukkan kod yang tertera tadi di ruangan yang disediakan


- Tebus apa-apa yang diinginkan apabila point dah cukup! 😀
Kelebihan Menjadi Ahli Kelab Drypers
Benda free, ok jelah nak sign-up. Hihi..
Sebagai parents yang memang menggunakan jenama Drypers ni, bagi saya, why not join this club. Ada rezeki, banyak tu manfaat. 2-way benefits la kan… 😆
Antara kelebihan mendaftar:
- hadiah alu-aluan*
* Hadiah alu-aluan ni bergantung tertakluk kepada syarat-syarat seperti di atas & selagi stok masih ada.
- email berkaitan tips yang berkaitan dengan keperluan parents
- Kedai pengumpulan point untuk penebusan hadiah
- Sampel produk percuma
- Panduan saiz lampin
- Forum berkaitan (sharing pengalaman & soal jawab)
- Berita semasa & sebarang hebahan terkini berhubung dengan aktiviti Drypers termasuklah promosi
Semoga artikel cara kumpul point lampin Drypers ni sangat membantu dalam pencarian tuan-tuan & puan-puan sekalian.
Kongsilah jika bermanfaat ya 🙂
Rujukan:
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Drypers mmg bagus.. Tebal puas hati
sangat betul tu. mmg best drypers ni
ibu Uddin & Auni recently posted…5 Cara Atasi Kejang Kaki Berkesan Tanpa Kesan Sampingan