Entri ni khusus untuk ibu-ibu yang pernah ada pengalaman melahirkan anak secara normal & pernah mengalami jahitan selepas bersalin normal.
Memang nyeri & ngilu sungguh nak buang air besar terutama bagi ibu-ibu yang mengalami koyak teruk hampir di bahagian punggung.
Saya faham.
Teruskan membaca, perkongsian ini antara cara lawas buang air besar berdasarkan pengalaman saya sendiri.
3 Cara Lawas Buang Air Besar Secara Tradisi
Secara tradisinya banyak petua mudah buang air besar selepas bersalin yang mak saya kongsikan. Antaranya adalah:
- Makan buah oren sekurang-kurang sebiji sehari
- Makan sayur sawi
- Makan buah prune
(1) Makan Buah Oren
Petua mudah buang air besar secara makan buah oren ni memang antara petua yang saya amalkan selepas melahirkan Rafiuddin Afiq 5 tahun yang lalu.
Alhamdulillah ketika itu jahitan yang saya dapat tak begitu serius jika dibandingkan dengan jahitan sewaktu melahirkan Auni Batrisyia.
Saya amalkan sebiji saja sehari.
Tapi awas kalau makan banyak sangat buah oren dalam masa yang singkat. Cirit birit jadinya nanti.
Tak percaya? Cubalah makan lebih dari sebiji dalam masa sehari
(2) Makan Sayur Sawi
Mak saya ajar untuk amalkan makan sayur sawi sepanjang berpantang selepas melahirkan anak.
Sawi ni bukan dimakan mentah ya.
Nak mudah, tumis dengan sedikit minyak, beberapa biji lada hitam & sedikit kunyit. Kunyit juga sangat membantu dalam penyembuhan luka.
(3) Makan Buah Prune
Buah prune ni memang antara ubat buang air besar yang popular di Barat.
Kalau kat Malaysia ni boleh jugak nak dapat. Biasa yang jenama Sunsweet tu.
Kalau kt tempat saya berpantang bersalin di kampung di Yan, Kedah dulu, buah prunes ni boleh dibeli kat kedai Borong Din di Guar Chempedak.
Untuk lagi tips lawas buang air besar dari buah-buahan, boleh baca selanjutnya di sini
Pelawas Buang Air Besar Yang Sukar Didapati Setiap Masa
Semua bahan pelawas seperti yang saya ceritakan tadi bukan semuanya ada pada setiap masa.
Maksud sy ia bukanlah ready to eat & semuanya adalah yang kita perlu keluar dari rumah untuk mendapatkannya.
Betul tak?
(1) Buah Oren
Apabila cerita bab makan buah oren ni, biasanya kita yang tengah berpantang bersalin ni sukar sketlah nak beli hari-hari buah oren tu.
Macam pengalaman saya berpantang di kampung dulu ada saja tetamu/ sedara mara yang akan turut sama berkongsi makan buah oren saya ni
Konon beli banyak sekaligus untuk jimat masa tak payah keluar rumah banyak kali.
Tapi bila beli banyak-banyak, jadi perkongsian orang lain & sudah pasti buah oren tidak tahan lama jika beli banyak-banyak untuk jangkamasa 44 hari.
Akibatnya, kalau beli banyak pun x cukup, beli sikit lagi la tak cukup 😥
😉
(2) Sayur sawi
Alhamdulillah kampung saya dekat ja dengan pasar.
Dibuatnya kalau yang kurang gemar makan sayur sawi ni, kesianla jugak.
Sekali lagi, kita perlu bantuan seseorang untuk dapatkan ia dari luar rumah kan.
& sudah tentu sawi perlu dimasak terlebih dahulu.
Leceh juga kan kalau dah lama sangat sembelit nak kena tunggu semua siap sebelum boleh ready to eat?
😉
(3) Buah Prune
Kalau berpantang di kawasan yang jauh dari kedai runcit besar/ pasaraya mungkin terhad sedikit nak jumpa buah prune ni.
Buah prune juga tak elok dibiar di suhu bilik lama-lama selepas dibuka.
Tapi wanita dalam pantang selepas bersalin tak elok makan benda dari peti sejuk.
Jadi, susah juga kan?
Menahan diri dari membuang air besar adalah sangat bahaya.
Paling kurang usus boleh tersumbat.
Paling bahaya boleh jadi kanser usus besar tau!
Sebab tu saya nak kongsi rahsia cara lawas buang air besar yang lebih baik & selamat & paling penting ia ready to have.
Tak payah keluar rumah.
Tak payah kupas kulit belah-belah.
Tak payah masak.
Nak tahu tak?
Ada suplemen semulajadi yang memang terbaik untuk bantu memudahkan ibu bersalin normal lawas buang air besar tanpa sakit.
Lawas Buang Air Besar Dengan Suplemen
Sebelum tu jom layan video ni.
Ada 3 kelebihan adanya suplemen yang membantu melawaskan buang air besar.
3 kelebihan suplemen ini:
- Mudah dibawa ke mana-mana saja
- Mudah didapati secara online tanpa perlu susah payah keluar rumah ketika berpantang
- Lebih tahan lama, tak payah simpan dalam peti ais pun
Cara lawas buang air besar ini yang saya amalkan masa kelahiran Auni Batrisyia kira-kira setahun setengah yang lalu.
Saya menerima jahitan selama hampir setengah jam akibat koyakan yang teruk.
Gandingan 2 suplemen ini membantu luka saya cepat pulih disamping memudahkan saya buang air besar tanpa rasa sakit.
Macam saya katakan tadi, sembelit janganlah dibiarkan berlarutan.
Bahaya.
Padah akibatnya jika sembelit lama-lama sebab boleh membawa kepada kanser kolon. (Naudzubillah)
Mahu tahu dengan lanjut tips saya lawas buang air besar tanpa sakit walau terima jahitan selepas bersalin yang teruk?
Hubungi saya segera di 019-7646021 (sms/whatsapp/telegram)
Kebetulan sangat saya memang ada banyak tips tambahan untuk membantu anda tidak merana.
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit
Sha tak pernah mengandung atau beranak.. tapi terfikir2 jugak camne kalau ada rezeki nanti… perkongsian yang baik… ilmu ni 🙂 terima kasih ya…
nak tanya kalau jahitan 1 sahaja boleh ke buang air besar secara normal??
puan nadia,
jika najis xde masalah sembelit, sepatutnya tiada masalah.
sebab tu kita disarankan untuk ambil serat serta minum air kosong yang cukup bagi membantu proses pembuangan.