bisnes untuk student

5 Ciri-ciri Bisnes Yang Sesuai Untuk Student IPT Supaya Selalu Untung

Assalamu’alaikum & Hai, ada student kat sini?

Akak nak share apa ciri-ciri bisnes yang sesuai untuk adik-adik student buat sebagai usaha nak ada extra income/ duit poket.

Akak tahu & faham sangat, ada antara kita yang memang jenis tak suka nak bebankan mak ayah, mintak duit poket di usia nak hampir “remaja purba’ ni  😀  :mrgreen: Akak sendiri pun macam tu dulu.

bisnes untuk student

5 Ciri-ciri Bisnes Yang Sesuai Untuk Student IPT

Bukan semua jenis bisnes sesuai tau. Cuba check dulu 5 ciri-ciri ini, k.

(1) Modal Rendah

Ada bisnes kena buat pinjaman bank. Ada bisnes guna air liur je sebagai modal.  Akak teringat, dulu-dulu suami akak masa zaman student dia terlibat dengan bisnes yang sampai kena buat hutang dengan bank. Allahu, kesian sangat.

Hati-hati ya dik. Kalau boleh pilih bisnes yang boleh dimulakan dengan modal rendah, below than RM100.

(2) Bukan Bisnes Bermusim

Kenapa bukan bisnes bermusim? Bisnes yang bermusim ni tak kekal lama. Asyik bertukar-tukar ikut peredaran semasa. Habis musim, habislah permintaan terhadap produk bisnes tu. Contoh bisnes bermusim ni adalah

  • bisnes makanan / minuman viral
  • bisnes pakaian/ tudung

Letih bila asyik bertukar-tukar. Time stok habis, customer tercari-cari.. Time stok melambak, customer tak datang pula.. adeh, aniaya je.

Bisnes yang sesuai untuk student adalah bisnes yang boleh bertahan lama, biar lah sampai dah habis belajar esok pun, bisnes tu boleh diwarisi untuk anak-anak pula. Gittuewww

(3) Tidak Wajib Simpan Stok

Student kan? Alahai kesian la jugak kalau nak kena simpan stok. Dah lah tiap semester nak kena pindah randah (akak dulu gini). Stok ni boleh jadi beban bisnes juga tau.

Stok cair ok lagi. Stok beku??? Adoi… sape nak selesaikan tu?

(4) Flexible Time

Wajib flexible. Jadi student ni busy. Busy dengan study, dengan kuliah, dengan assignment, kalau masa tak flexible, boleh mengganggu juga prestasi pelajaran adik-adik.

(5) Produk Berkualiti Tinggi & Bermanfaat

Ni penting. Sekurang-kurangnya biarlah produk yang dijual itu produk yang bagus, yang adik-adik sendiri yakin & percaya nak guna ke atas diri sendiri, barulah orang lain pula.

Berniaga, biarlah bukan sekadar kita dapat untung duit, malahan kita dapat pahala. Bantu selesaikan masalah customer kita, bantu mudahkan urusan ramai orang.

Tercari-cari bisnes yang sesuai? Atau nak jadi biz partner akak? Klik je link wasap kat gambar di bawah

pengedar Shaklee Skudai

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge