Kita dah biasa menginap di hotel & hostel kan? So, kali ni apakata nikmati percutian luar biasa dengan menginap di dalam bas pula!
Bustel adalah singkatan kepada bas hotel. Ia adalah suatu usahasama antara kerajaan Melaka & pengusaha tempatan. Projek pengubahsuaian bas-bas lama ini menelan belanja sekitar jutaan RM juga tau!! 😉
Asal usulnya untuk ke sini adalah atas pengaruh adikku yang beberapa tahun yang lalu adalah mahasiswi di UiTM Bandaraya Melaka.
Katanya sepanjang dia belajar kat sana, belum wujud lagi Bustel Klebang ni. Ia baru diwujudkan setelah adikku ini menamatkan pengajian ijazahnya di sana. Jadinya, kami merancang untuk merasai pengalaman bercuti & menginap di sini.
Dengan perancangan yang rapi, dapatlah saya membooking 1 bustel (2 bilik) untuk penginapan 1 malam kami di sana 😀
Lokasi Bustel Klebang
Saya ni suka guna applikasi Waze je tiap kali nak explore menuju ke suatu tempat baru.
Korang boleh taip je “Bustel Klebang” kat apps Waze tu. Nanti Waze akan beri direction untuk menghala ke sana.
Macam saya, datang dari JB, maka, waze mencadangkan untuk exit tol Ayer Keroh untuk menghala ke Klebang.
Dari Ayer Keroh (kami bergerak dari Zoo Melaka), ambik masa dalam kurang dari sejam perjalanan juga (mengambil kira trafik semasa, musim cuti sekolah).
Musim cuti sekolah ni, memang jalan di Melaka sibuk sangat. Alhamdulillah juga ada Waze ni. Dicadangnya kita rempuh laluan kampung-kampung & lorong taman-taman untuk mengurangkan kesesakan laluan kita
Harga Penginapan Bustel Klebang
Confirm semua nak tahu info ni kan?
Murah weh!!
Musim cuti sekolah/ hari Jumaat/ hari Sabtu: RM130/ malam/ bilik
Hari-hari biasa: RM80/ malam/ bilik
Info Penginapan di Bustel Klebang
Setiap bustel ada 2 bilik.
Setiap bilik maksimum hanya boleh didiami oleh 4 dewasa/ 2 dewasa & 2 kanak-kanak sahaja.
Setiap bilik ada:
- katil (queen/ double single beds) lengkap berselimut & 2 biji bantal
- almari solek
- 1 unit pendingin hawa
- flat TV
- toilet dengan shower
- almari untuk gantung pakaian
- 2 helai tuala
- sejadah
- surah Yasin
Complimentary:
- free refillable air panas (ambil di gerai makanan Bustel)
- sabun buku
- tisu
Bilik A: 1 Queen bed
Bilik B: Double single bed
Walaupun tak disediakan sarapan pagi atau makan tengahari/ makan malam, kita boleh walk in dekat je di kawasan sekitar pantai Klebang tu.
Ada kedai makan yang juga beroperasi dari rangka-rangka bas ni. Menarik kan?
Itulah yang menjadi kelainan & tarikan buat semua pengunjung.
Antara menu special di sini adalah: Coconut Shake 😉
Lepas kenyang makan jer (sedap makanan kat sini & harga sangat bepatutan), kami terus bergerak menuju ke Melaka River Cruise pula!
Nombor Telefon Bustel Klebang
Saya ada baca, ramai juga yang tak berpeluang grab untuk menginap kat sini sebab datang last minute.
Hari saya check in baru-baru ni pun, memang semua bustel PENUH!!
So, kalau nak datang tu plan la dulu ya. Macam saya aritu, sebulan sebelum lagi dah call tanya availability of bilik di bustel ni. Alhamdulillah dapat booking 1 bustel terus.

Untuk info lanjut, boleh terus whatsapp :
019-7414113
Tempahan Bustel Klebang
FB: Bustel Melaka
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
wahhh bestnya…Rezeki akk la dpt check in bustel ni..iolss dah berkali call asyik full jer….
Alhamdulillah fisya. Rezeki dariNya. Xpe, boleh cuba lagi di lain kali.
Wah menarik sekali, macam seronok pulak. Hehehe, tak pernah menginap dalam bustel ni. Boleh la lain kali kami cuba jugak melancong ke pantai klebang dan cuba menginap di bustel ni. In sha Allah….
in shaa Allah. apa-apa pun, call dulu & plan betul2 perjalanan kita. semoga dipermudahkan segala urusan. 🙂
Kalo booking dlu mmg die srh bank in deposit dlu eh rm50…ke blh book je…
yup betul. sbb xnak org cancel last minute
Pingback: Cuti-cuti Malaysia: Tips & Pengalaman Menyelusuri Zoo Melaka Bersama Anak-anak - ProVide Network
Pingback: Cuti-cuti Malaysia:Apa Yg Best Sampai Beratur Panjang Di Melaka River Cruise? - ProVide Network
Bestnyer bustel Klebang nie…baca blog Zaleha baru tau tentang nie…tq tq