Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Hoho.. lama nya  x sentuh entri blog.

Cerita raya haji tempoh hari ni. Baru sempat nak update.

Kami sekeluarga pulang ke kampung di Kuala Terengganu pada petang 4hb10 tu. Malam sebelumnya bertolak ke Kemaman dari Skudai sekitar kul6 petang. Letih jugakla sebenarnya. Balik beraya haji di terengganu pun ada urusan nak selesaikan akikah Auni Batrisyia.

 

Pagi selepas solat raya tu kami 2 kereta bergerak ke tempat sembelihan. Huhu… Banyak lagi giliran kami. Ada 5 ekor lembu semuanya. Lembu bahagian kami adalah lembu yang ke-4.

Kul2 + la daging siap dilapah & kami baru mula nak memotong daging & memasak untuk akikah. 2  menu utama gotong royong memasak; Daging goreng & gulai daging. Alhamdulillah selesai jugak urusan akikah anak kedua kami.

Petang sebelum Maghrib tu sepupu-sepupu sibuk membakar kulit lembu di bahagian leher untuk dibuat rojak. Kebetulan unggun bara masih menyala, terfikir pula nak membuat daging salai dari daging korban bahagian yang kami dapat. Mudah sket nak simpan & membawa pulang jauh apabila ada daging kering ni.

daging salai

daging salai

Bahan Membuat Daging Salai

  • Daging dipotong nipis
  • Garam*
  • Kunyit*

*Optional. Ada yang salai kosong begitu je. Pun boleh juga.

Semalaman juga membiarkan daging tu diasapkan. Sedap je baunya. Daging salai kami memang saya dah gaul sedikit dengan garam & kunyit. Memang boleh dimakan saja kalau nak.

Balik je dari Terengganu, dalam 2-3 hari selepas tu terus teringat nak masak daging salai ni. Memandangkan ini kali pertama memasak daging salai, saya pun membuat carian di Google bagi resepi daging salai masak lemak cili api ni.

Masak Lemak Daging Salai

RESEPI 1 (http://www.kongsiresepi.com/read/7652/0/)
Bahan-bahan:-
1/2kg daging – salai kemudian hiris nipis
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat 3cm kunyit hidup – blend halus
30 biji cili padi – blend (boleh dikurangkan)
2 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit dihiris
1 keping asam keping
Sedikit belacan (blend)
Garam secukup rasa
Seikat pucuk ubi

Cara-cara:-
1. Salai daging, potong dan ketepikan.
2. Celur Pucuk ubi dan kemudian toskan.
3. Masukkan santan cair, serai, asam keping, kunyit hidup, belacan dan cili api yang sudah diblend ke dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau.
4. Bila mendidih masukkan daging, daun kunyit, garam, dan santan pekat. Kacau lagi hingga mendidih.
5. Masukkan pucuk ubi yang telah dicelur, apabila sebati dan mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI 2 (http://iresipi.com/resepi/daging-salai-masak-lemak-cili-padi/show)

Bahan-bahan utama :
• 1 kg daging salai
• 15 biji belimbing buluh
• 4 batang serai dititik
• Semangkuk santan segar
• 3 keping asam gelugor
Bahan-bahan kisar :
• 4 ulas bawang merah
• Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
• 1 inci belacan
• 1 inci halia
• 2 inci kunyit hidup

Cara Penyediaan:
1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut

Anyway, resepi-resepi di atas saya rujuk untuk mengetahui bahan utamanya. Tapi ada jugak yang saya olah berdasarkan citarasa kami sekeluarga yang tidak berapa makan masakan yang pedas ni. Saya juga xgemar menggunakan belacan.

 Masak Lemak Daging Salai cara saya

Bahan-bahan Utama

  • 200 gm Daging salai
  • 1-2 cawan Santan cair
  • 2 inci Kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1 inci Halia (ditumbuk)
  • 1 biji Cili padi & 2 biji cili hidup, untuk rasa tidak begitu pedas (ditumbuk)
  • 1 btg Serai (dititik)
  • Garam
  • 1 kpg Asam keping
  • 1 biji Tomato

daging salai

Cara Memasak

  • Tumbuk semua bahan asas yg perlu ditumbuk seperti dlm senarai tadi
  • Pes yang telah ditumbuk direbus bersama santan, asam & serai yang telah diketuk. Masak sekejap sambil dikacau.
  • Tambahkan daging salai & biarkan sampai mendidih. Perlahankan api.  Masak lagi sampai daging agak empuk.
  • Tambahkan tomato & perasakan dgn garam.
  • Siap!!!

daging salai

daging salai

daging salai

Masak lemak daging salai ni memang enak dimakan bersama nasi putih panas-panas. Saya suka tambahkan sedikit kicap lemak manis dalam nasi campur saya ni. Hm.. memang kecur dibuatnya.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pencarian anda.

Selamat mencuba 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published.