Esok hari raya Aidil Adha, ramai akan mengambil bahagian dalam Ibadah korban ini.
Sama ada sebagai peserta korban, sukarelawan membantu menguruskan aktiviti korban mahupun sebagai penonton setia
Marilah kita sama-sama perbetulkan niat, dimana pun kita berperanan esok, buatlah kerana Nya. Untuk sama sama meraikan Hari Raya anugerah Nya.
Apa Nak Buat Dengan Daging Segar Hari Raya Korban?
Sebahagian dari kita akan memperolehi daging korban. Daging segar, macam-macam boleh dibuat.
- Sup
- steak
- stew
- satay
- gulai dan macam-macam lagi.
Tempat kami di Terengganu sana kebanyakkannya, daging ada yang akan dimasak singgang & daging goreng.
Di sebelah utara sana pula, macam di Kedah depa ni banyaknya suka buat daging cicah air asam. Aduih meleleh dah ni duk membayangkan 😆
Apa Nak Buat Kalau Banyak Sangat Daging Segar Hari Raya Korban Yang Diberi?
Jika di kampung ada yang buat daging salai, daging masin dan daging perkasam. Boleh tahan lama jika bungkus dan simpan dengan betul.
Udara kita yang lembab dan persekitaran yang panas menjadikan ia sangat sesuai bagi bakteria dan fungus membiak. Jika daging kita tadi tidak dibuat dengan betul dan disimpan dengan baik, daging tadi akan rosak. Sama ada akan busuk atau kulat akan membuak.
Sementara masih ada masa ini, jom rajin-rajin bertanya dan belajar dengan yang tahu. Jika di kampung sekarang mungkin boleh mengambil peluang, menuntut dengan otai-otai.
Jika dibandar Prof YouTube sentiasa sedia berkhidmat.
Tips Menyimpan Daging Segar Hari Raya Korban Agar Tahan Lebih Lama
Jika ada bercadang untuk membawa pulang daging dari kampung ke bandar, di sini saya boleh kongsikan satu tips mudah bagi menyimpan daging supaya tahan lebih lama dan mudah dibawa.
Tips ni memang biasa kami praktikkan. Almaklumlah jarak dari kampung halaman ke bandar kediaman memakan masa sekitar 8-12 jam perjalanan dengan kereta
(1) Jangan Basuh Daging
Sebaik-baiknya daging segar tidak dibasuh sekiranya anda bercadang untuk menyimpannya.
Oleh itu kendalikan dengan elok untuk mengelakkan kotoran lekat pada daging. Jika anda basuh, ia kan membantu bakteria dan fungus sampai ke celah-celah rongga daging. Dengan itu, daging anda akan lebih cepat rosak.
(2) Peralatan Menyimpan
Apa yang diperlukan adalah:
- zip plastic bag saiz sandwich
- kotak polystyrene
- ais/ ais pek untuk dinginkan sepanjang perjalanan
Anggaran kos dibawah RM15 bergantung pada di mana anda membelinya.
(3) Perapan & Saiz Potongan Daging
Anda juga boleh terus memerap daging ini dengan perapan yang anda suka. Mungkin anda bercadang untuk membuat steak, BBQ, satey di bandar nnti.
Potong daging sebesar 2 keping roti sandwich dan masukkan ke dalam zip plastic bag.
Masukkan perapan dan ratakan. Keluarkan semua udara dan zip bag.
Jika ada vacuum sealer adalah lebih baik. Tuliskan tarikh dan jenis perapan pada zip bag. Simpan di dalam peti sejuk, tidak perlu dibekukan.
Kotak polystyrene akan digunakan untuk membawa daging semasa perjalanan pulang nanti.
Katakan nak simpan lebih lama dari 3 bulan, sampai-sampai rumah je, cepat-cepat simpan masuk deep freezer tau!
Setahun elok lagi ni 😆
Pesanan Untuk Persediaan Hari Raya Korban
Nanti time nak melapah tu, ingat-ingatlah bawak pisau tajam. Ramai-ramai melapah, kerja cepat siap! Boleh cepat agih daging & bolehlah cepat-cepat kita masak.. yeay!
Ni video cara nak asah pisau dengan betul
Kalau tak reti nak asah, ada tips nak bagi nih! Haaa, meh beli pisau ni. Tak payah asah. Tukar je mata pisau bila dah nampak tumpul
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
selalunya masak nasi daging tak pun daging cicah air asam. Imagine pun boleh buat terliur. Hehe selamat hari raya 😀
kan.. nasi daging memang sangatlah marvellous… wallah!