Elak Gigitan Nyamuk Dengan Bahan Yang Lebih Semulajadi

Saya suka nak kongsi cerita pasal nyamuk ni.

Kenapa saya excited nak kongsi 1001 cerita tentang nyamuk?

Hm.. salah satu sebabnya adalah saya pernah terkena demam denggi. Alhamdulillah saya bersyukur dapat melalui pengalaman tu. Kalau tak rasa, saya mungkin tidak berwaspada & tidak tahu apa nak buat untuk elak gigitan nyamuk Aedes supaya berulang lagi.

Ok, saya tak nak panjangkan entri tentang demam denggi. Siapa-siapa nak tahu boleh baca lanjut apa cara saya buat ketika nak tingkatkan platlet darah saya kat entri di bawah ni

Demam denggi & cara saya tingkatkan platlet darah

Saya suka dengan artikel dari webMd.com ni terutama tentang golongan yang mudah menjadi sasaran atau target oleh nyamuk untuk menyerang.

Manusia Yang Disukai Nyamuk

elak gigitan nyamuk

Menurut kajian yang dibuat ke atas 400 sebatian yang berbeza, nyamuk lebih tertarik kepada bau-bauan tertentu yang dihasilkan oleh tubuh manusia terutama yang dapat dihasilkan pada permukaan kulit.

& tahukah kita, nyamuk dapat menghidu sasarannya sejauh 50 meter!

Antara sebatian yang menjadi tarikan nyamuk:

  • hasil sampingan yang tertinggal pada permukaan kulit dari sebatian kolesterol yang diproses
  • lebihan asid seperti asid urik pada permukaan kulit. Sebatian ini juga meningkatkan deria nyamuk untuk menyerang sesiapa saja yang bukan dalam sasarannya.
  • sebatian karbon dioksida yang dilepaskan ketika kita bernafas. Golongan ibu hamil adalah merupakan antara mereka yang cenderung menjadi sasaran utama nyamuk kerana ibu hamil membebaskan lebih karbon dioksida ketika bernafas

Baca  artikel penuh tentang “Mosquito Magnet” ini di sini

Dari kenyataan ini, kita dah sedia maklum apa tarikan nyamuk yang menyebabkan kita boleh menjadi mangsanya. Jadi, apakah tindakan yang perlu kita ambil untuk elak gigitan nyamuk ni?

Ya, sudah tentu mengusahakan untuk ada penghalau nyamuk selain mengelakkan pembiakan nyamuk di persekitaran tempat tinggal kita.

Penghalau Nyamuk & Bahan-bahan Yang Digunakan

Terdapat pelbagai jenis penghalau nyamuk yang ada di pasaran. 6 antaranya yang popular adalah:

  • Jenis penyembur aerosol
  • Jenis penyembur semulajadi
  • Jenis pelekat (patch)
  • Jenis disapu (roll on)
  • Jenis gelang
  • Jenis perangkap

(1) Jenis penyembur aerosol

elak gigitan nyamuk

  • Bahan aktif utama: Diethyl Toluamide.
  • Bukan bahan semulajadi.
  • Biasanya bertahan sekitar 6 jam pada permukaan udara
  • Tidak sesuai untuk terkena pada permukaan kulit

(2) Jenis penyembur semulajadi

  • Bahan aktif utama: Citronella
  • Sesuai untuk bayi

(3) Jenis pelekat

elak gigitan nyamuk

  • Bahan aktif utama: Minyak serai wangi (Natural Citronella Oil)
  • Sesuai untuk aktiviti luar & dalam rumah
  • Sekeping bertahan untuk kegunaan sekitar 8 jam

(4) Jenis roll-on

elak gigitan nyamuk

  • Bahan aktif utama: Citrodiol
  • Sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas
  • Bertahan sehingga 8 jam

(5) Jenis gelang

elak gigitan nyamuk

  • Bahan aktif utama: Citronella essential oil
  • Sesuai untuk bayi dari lahir
  • Sesuai untuk kegunaan dalam & luar rumah
  • Boleh dipakai berulang kali & bertahan sehingga 240 jam (secara terkumpul)

(6) Jenis perangkap

  1. Perangkap yang sedia ada di pasaran
  2. Perangkap DIY

Perangkap Sedia Ada

elak gigitan nyamuk
kredit kepada: www.nilemosquitotraps.com

Perangkap Buat Sendiri (DIY)

elak gigitan nyamuk
kredit kepada www.lifehack.org
elak gigitan nyamuk
kredit kepada: welldonestuff.com
  • Perangkap nyamuk juga boleh dibuat sendiri menggunakan konsep tarikan nyamuk seperti yang telah dibincangkan tadi.
  • Nyamuk tertarik pada karbon dioksida yang dibebaskan.
  • Gula yang digunakan akan terurai menghasilkan sebatian karbon dioksida yang seterusnya menarik nyamuk untuk berkumpul.

Saya harap artikel ini sangat memberi manfaat kepada anda semua.

Jom sama-sama meningkatkan usaha kita untuk elak gigitan nyamuk demi mengelakkan risiko ancaman demam denggi atau pun demam malaria.

Sebarang komen anda amatlah dialu-alukan. Terima kasih atas kunjungan anda ke sini 😀

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge