Hikmah Di Sebalik Kisah Smartphone Hilang

smartphone hilang

Asslamu’alaikum & salam sejahtera.

Apa perasaan anda apabila smartphone anda tercicir & hilang dalam masa kurang dari 24 jam?

Saya panik. Risau. Sedih. Macam-macam perasaan yang tak best. 😥

Kisah smartphone hilang ni saya terpaksa war-warkan di FB personal sebab saya perlu maklumkan pada rakan-rakan, sahabat-sahabat FB malah kepada customer saya juga untuk mereka mudah berhubung dengan saya sepanjang ketiadaan telefon.

Alhamdulillah ada FB.

smartphone hilang

Tragedi Malam Di Kulaijaya

Dipendekkan cerita pada malam (23 Januari 2015) smartphone hilang tu, saya bersama sahabat-sahabat seperguruan membuat persembahan demonstrasi & penerangan Silat Cekak Pusaka Hanafi di Flat Temenggung, Kulaijaya sempena pembukaan kelas & pusat latihan yang pertama di daerah Kulaijaya.

kelas akan dibuka di Kulai. Orang-orang kulai jom belajar mempertahankan diri ramai-ramai
Kami adalah mak-mak dara & anak-anak dara pengamal Silat Cekak Pusaka Hanafi

Kali terakhir saya menjenguk smartphone saya adalah semasa kami semua ingin bersurai ke rumah sahabat di Indahpura untuk menikmati sedikit jamuan di sana.

Sungguh saya tak ingat bila waktu yang tepat smartphone yang saya sayang tu tercicir.

Seperti sudah ditentukan Allah, saya hanya sedar saya tiada smartphone apabila bersurai dari rumah sahabat kami sekitar jam 12 tengah malam.

Cari di Flat Temenggung, di dewan tempat kami buat demo & tempat letak kereta. Tidak dijumpai.

Suami patah balik ke tempat parking di Indahpura. Pun tidak dapat diketemukan.

Terima Kehilangan Dengan Hati Yang Redha & Positif

Malam tu saya sangat letih & penat.

Walau saya join latihan demo hanya pada 2 malam terakhir namun kepenatan mungkin disebabkan saya baru sahaja pulang dari kampung di Yan, Kedah.

Saya ada cerita kenapa saya pulang berdua saja dengan Auni dari Skudai, Johor ke Yan, Kedah kat entri ni.

Disebabkan sangat letih, saya tak sempat nak murung sepanjang malam. Terus tertidur lepas dah solat Isyak sekitar jam 1 pagi malam tu.

Keesokkan pagi selepas bangun malam, solat hajat & solat Subuh saya tersangat letih, Terlelap atas meja SOHO. Saya sangat letih sampai termimpi ada India jawab call dari telefon saya tu..

Tapi itu mungkin sangkaan saya je. Wallahu’alam pada siapa smartphone saya sekarang.

Saya hanya doakan, jika smartphone itu bukan milik saya, tempatkan ia dikalangan mereka yang baik-baik saja.

Banyak data customers yang tak sempat saya save di akaun google yang membuatkan saya rasa sangat sedih & terkilan.

Tambah pula, saya telah berjanji untuk COD Alfalfa Complex kepada seorang customer yang nak tambah susu badan sebelum kembali bertugas di UTM. Saya tak sempat tulis di mana-mana nombor nya.. huhu..

Saya hanya berdoa customer tersebut datang balik mencari & whatsapp saya jika benar Allah tentukan dia adalah customer saya.

Allah Pasti Gantikan Yang Hilang Dengan Yang Lebih Baik

Memang sedih.

Smartphone Samsung Galaxy S3 Mini tu suami saya yang bagi.

Banyak data customer hilang.

Nota printscreen yang tak sempat bluetooth ke laptop pun hilang.

Tapi saya sangat redha setelah keesokannya saya pergi lagi cari & berdoa jika dalam jam 12 tghr belum ditemukan, ia pasti bukan milik saya lagi.

Semua benda dalam dunia ni kan pinjaman Allah? Diri kita sendiri juga milik Dia.

Keesokkan harinya kami pergi ke rumah sahabat kami tu di Indahpura. Kat sana saya lebih insaf. Sahabat kami tu baru kehilangan kereta & 2 buah laptop dalam tempoh 1 malam saja.

Saya hanya hilang smartphone… Maka saya patut bersyukur Allah bagi ujian yang tak seberapa jika dibanding mereka. Ini juga untuk ingatkan saya agar lebih berhati-hati & jaga barang baik-baik.

Rezeki juga bila sahabat kami tu pinjamkan saya telefon bimbit ini untuk guna kecemasan.

smartphone hilang
Alhamdulillah.. sangat berjasa

Proses Tukar Simkad Baru Dengan Nombor Sama

Selepas balik dari Indahpura, kami terus ke Altel Centre di Bukit Indah untuk proses dapatkan simkad baru dengan kekalkan nombor sama.

Pada mulanya agak susah juga nak jumpa dealer Altel yang boleh urus untuk kes hilang simkad macam saya di Johor ni.

Tapi Alhamdulillah lepas hubungi 5 dealer, dealer yang ke-5 di Gelang Patah memberi respon yang positif.

Dia ada cawangan di ruangan luar AEON Bukit Indah  yang boleh uruskan proses dapatkan simkad baru dengan nombor sama dikekalkan.

Proses Tukar Simkad Baru Kekalkan Nombor Lama:

  • Bawa MyKad
  • Isi  Form
  • Bayar RM15
  • Tunggu dalam masa 1 – 24 jam untuk pengaktifan simkad. Jika ada masalah hubungi pihak teknikal ALTEL di 13388 (tanpa caj)

Pelanggan Datang Bertalu-talu Dalam Masa Sehari

Disebabkan saya perlu smartphone segera, suami dengan baik hati memberi smartphone miliknya (Samsung Galaxy Grand Duos) tanpa perlu saya bayar kembali manakala suami membeli smartphone baru.

Selepas 3 jam simkad saya aktif, saya mula dikunjungi pelanggan yang mencari produk vitamin semulajadi untuk masalah kesihatan mereka..

Alhamdulillah.

Customer yang saya baru lost contact inginkan Alfalfa (RM53.75) sahaja, tapi Allah Datangkan 4 customers lain yang total pembelian bernilai hampir RM800 dalam masa sehari.

Syukur Ya Allah.. Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar

Sampai lenguh juga jari menaip perbualan dengan customers.. Memang menakjubkan.. Allah Ganti yang lebih baik..

saya sangat busy urus order customer sampai sempat brunch ini je sebelum keluar jumpa customers

Antara Hikmah Lain:

  • Saya dah mula buat buku customers…(walaupun memang sepatutnya jika nak berjaya dalam bisnes Shaklee, saya mesti ada 3 buku: buku produk, buku customer, buku target)

  • Saya dah mula kembali simpan semua contact no dalam akaun google
  • Dah sampai masa guna smartphone lebih canggih dengan aplikasi lebih meluas untuk bisnes. Haha.. sejak guna Samsung Galaxy Grand Duos yang suami bagi ni barula saya mula berjinak-jinak guna Instagram.

Follow saya, Zaleha Awaluddin di Instagram

Jadi, saya sangat berharap, entri ini dapat memberi reaksi positif dari semua yang membaca. Smartphone hilang tak bermakna segala-galanya telah berakhir.. Itu adalah antara tanda saya perlu bangkit lebih gagah.

Jika kita kehilangan sesuatu (malah mungkin seseorang) yang kita sayang, yakinlah Allah telah ambil balik ia dari kita.

Sebagai umat Islam, kita wajib berusaha dulu sebelum tawakkal.

Sambil usaha cari, saya tingkatkan lagi ibadah sunat saya kepadaNya. Saya minta & sebut dengan jelas Allah Permudahkan segala urusan.

Niat saya hanya ingin kongsikan keajaiban yang berlaku tatkala Allah Bagi kesusahan.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al Insyirah ayat 5 & 6 yang membawa maksud;

“… bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan”

Wallahu’alam

Terima kasih sudi singgah & membaca. 🙂

5 thoughts on “Hikmah Di Sebalik Kisah Smartphone Hilang”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge