Hobi Dari Dulu Kini Dan Selamanya: Apa Hobi Awak?

Orang kata, kalau dah suka & minat, pasti sanggup.

Macam jugak kalau dah hobinya memancing, lautan yang dalam pun sanggup diredah. Tengah-tengah malam yang pekat pun sanggup harung dengan kena gigit nyamuk bagai.

Apa hobi korang?

Macam ayah saya, masa umur-umur pencen ni, rajin benar  beliau memancing ikan. Setiap petang tu ada je hasil tangkapan beliau.

Ada hari dapat ikan haruan, memang beruntung betullah.

Ada hari dapat ikan sepat, ikan puyu.

Paling banyak dapat ikan keli. Penuh kolam tepi rumah dengan ikan keli beliau. Dah la takde sapa makan sangat… kalau dah hobi janganlah ditegah. Confirmed tak jalan.

Apa pula hobi saya?

Yeah.. dari dulu, kini dan selamanya, hobi saya adalah membaca.

Macam yang saya cerita dalam entri sebelum ni, mak saya juga antara yang mempengaruhi kegemaran saya yang satu ni.

Jadi, korang kalau nak ada anak yang rajin membaca, masa pregnant lagi rajin-rajinlah semai minat membaca. Kalau dah dari mengandung suka menyanyi, memang anak pun in shaa Allah gemar menyanyi.

Hehehe.. jangan sampai salahkan ibu mengandung lak..kikikik

Sanggup Berhabis Kerana Hobi

Memang betul.

Macam saya sendiri, dah tak hirau sangat berapa yang saya dah laburkan untuk mendapatkan buku-buku yang saya gemar nak baca.

Malah ada yang tegur, rasa macam baru je lagi beli buku.

Tiba-tiba tambah koleksi lagi.

Hehehe  😆

Minggu lepas, saya dapat tangkap buku ni.

Nutrition, Immunity, Longevity

hobi

Buku ni saya baru sempat go through beberapa bab. Memang best dan menarik sangat. Antara topik best dalam buku ni; Bagaimana kesihatan imun kita dapat mempengaruhi pelbagai masalah kesihatan seperti:

  • Kanser
  • Masalah Obesiti (kegemukan)
  • Masalah kardiovaskular (penyakit berkaitan jantung)
  • Penyakit autoimmune
  • Masalah alergi
  • Penyakit berkaitan tulang & sendi
  • Masalah menopause

Minggu ni, bila dapat tahu je ada Big Bad Wolf kat Mines, laju-laju pesan dekat adik yang kat Seri Kembangan tu belikan buku-buku untuk saya.

Antara buku yang saya dah beli melalui adik:

  • Hope & Healing for Your Breast Cancer Journey
  • Nutri-Cures: Foods & Supplements that Work with Your Body to Relieve Symptoms & Speed Healing
  • A Woman’s Guide to vitamins, herbs, and supplements : How to Improve Your Health – Naturally
  • Total Recovery: Solving the Mystery of Chronic Pain and Depression

hobi

Yang bestnya kalau beli kat Big Bad Wolf ni, harga buku memang harga terjun gaung punyalah.

Pernah saya mintak suami surveykan buku yang setara kat UK masa beliau outstation dulu, harganya memang puluh Pound jugak utk sebuah.. hmm… cuba convert in RM.. nangis tepi bucu katil nanti  :mrgreen:

Best kan ada hobi?

Semoga hobi kita dapat mengisi masa terluang dengan lebih berfaedah.

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published.