Alhamdulillah, baru dapat update cerita bulan lepas.
Nak disingkatkan cerita, masa saya berpantang bersalinkan Lutfi November lepas di kampung, Yan Kedah, abg ipar & suami plan utk kami gi trip bercuti di sekitar Baling & kawasan hulu Kedah.
Plan asal nak menginap di chalet dalam kawasan Peranginan Ulu Legong, Baling tu je.
Tapi, nasib tak menyebelahi kami. Chalet dah penuh booking sepanjang Disember cuti sekolah tu.
Sebagai alternatif, saya pun survey homestay di Baling yang mungkin bersesuaian & available utk kami 3 keluarga (Abg ipar + kakak, Mak + ayah, Saya & suami) pergi bercuti
Homestay di Baling Yang Best
Dalam carian saya ada beberapa homestay & 1 hotel yang kami target.
Setelah berbincang & melihat tarikh serta kemudahan yang ada, kami memilih untuk menginap di Homestay Ahsana di Baling.
Kami memilih untuk mengambil 3 rumah homestay di sana selama 2 hari 1 malam.
Homestay Ahsana Antara Homestay di Baling Yang Selesa
Memandangkan kami ke Baling ni bertujuan untuk mandi air panas di Ulu Legong & menyambung trip ke Perlis melalui jalan hulu, bermalam semalam di homestay ini sangat membantu untuk kami berehat sekejap.
Lokasi Homestay Ahsana
Homestay Ahsana ni terletak di Lot 597, Kampung Temusu, Pulai 09100 Baling, Kedah.
Kitorang follow waze je aritu. Senang je sampai. Ni office homestay. Sampai-sampai je datang lapor diri dulu kat sini.
Kemudahan Dalam Homestay Ahsana
Check in jam 2 petang, check out jam 12 tengahari, paling lewat pun dalam jam 1 petang camtu.
Deposit diperlukan ketika check in ala-ala macam di hotel.
Kami memilih:
- 2 unit Rumah Sahabat 2 (RM150/ malam/unit)
- 1 unit Rumah Sahabat 3 (RM90/ malam/unit)
Kedua-dua jenis rumah lengkap dengan:
- pendingin hawa
- kipas
- TV
- tuala mandi
- toiletries
- cerek elektrik
- seterika
- sejadah
- kemudahan wifi
Rumah Sahabat 2 ni selesa untuk kami 2 family yang 5 beranak ni.



Rumah Sahabat 3 pula untuk mak ayah.
Beza kedua-dua jenis rumah ini adalah Sahabat 2:
- ruang lebih luas
- ada sofa
- ada mini bar
- ada water heater
- ada comforter & bantal tambahan
Selain rumah yang sebegini ada lagi unit rumah bercirikan tambahan yang lain bergantung pada kapasiti.
Untuk mereka yang berhajat membuat tempahan menginap homestay di Baling yang ni, boleh hubungi pihak Ahsana Homestay di 013-7237454 atau terus layari
FB Page: Ahsana Homestay Baling Official
Instagram: ahsanahomestay
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi