Subhanallah.. rasa macam ajaib sungguh semua yang telah ditakdirkan.
Alkisahnya, tatkala kami anak beranak perlu berada lama di pantai timur (Kemaman) atas urusan keluarga, nak pula pada hujung tahun macam ni, rasa macam sangat bersyukur sebab sepanjang berada di sana, banjir tidak berlaku seperti pada tahun yang sebelumnya. Alhamdulillah.
Cuaca sangat panas. Memang ada hari, terik sampai kalau jemur pakaian dalam rumah pun cepat je keringnya.
Hari-hari terakhir berada di Kemaman, terasa sungguh nak berjalan-jalan, jenguk pemandangan indah di sekitar.
Alhamdulillah di Kijal ni ada pantai yang sangat menarik pemandangannya. Ditambah pula dengan kesan batu & ombak, Subhanallah cantik sungguh!
Pemandangan Indah Sekitar Pantai di Kijal
Kami tiba di sini sekitar jam 6 petang.
Kelihatan ada juga penduduk tempatan bersantai-santai di sini bersama keluarga.
Lawa sungguh warna langit ketika ini.
Tatkala melontar pandangan ke arah laut, Subhanallah indahnya pemandangan yang dihiasi batu-batu besar serta ombak yang memukul.
Betul-betul macam lukisan yang sangat cantik gaya pewarnaannya.
Jika nak diikutkan, rata-rata laut di sekitar Kemaman ni tidak pernah selamat untuk aktiviti mandi manda. Jika tak sebab lautan yang dalam, biasanya akan ada ubur-ubur yang bertebaran di permukaan/ dasar laut.
Tapi, memang rezeki sungguh kanak-kanak yang berkunjung untuk mandi di sini. Ada sedikit lopak air yang dihadangi oleh batu-batuan besar, memungkinkan ia agak selamat jika sekadar nak bermain air lopak di sini.
Ada sedikit lopak air yang best buat anak-anak berkubang..hahaha.. Tak tau kata ada lopak yang macam ni. Kalau tau dah lama bawak persalinan mandi untuk Din & Auni.. 😆
Xpa.. next time balik Kemaman, pasti akan ke sini lagi 😉
Tengok anak kecil tu.. cute je dia berkubang.. happy sungguh
Auni & Din hanya mampu melihat keseronokkan kanak-kanak ini berkubang & bermain dalam lopak air ni..hihii.. Xpela, nak buat macam mana, tak plan pula untuk bawak pakaian persalinan untuk mandi
Hasil & akibatnya, mereka berdua menyibukkan diri dengan aktiviti bermain pasir & mengutip siput-siput di pesisiran pantai..
Gambar-gambar yang menarik.. Cantik sangat jika dapat mengukirkan bait-bait indah pada gambar ni. Boleh buat poster doa-doa juga… hihihi 😀
Bergambar bertiga jer? Hihihi.. Masa ni Auni meragam sebab ape ye? Entah…hihih..
Akhirnya baru la dapat snap gambar berempat… 😀

Best kan dapat melihat & mengabadikan pemandangan indah di sini? Semoga dapat bertemu lagi di lain kesempatan.. In shaa Alllah 🙂
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
cantik pemandangannya…mendamaikan..
nila anggraini recently posted…Tahun Baru 2016 Di Awali Dengan Kejutan Istimewa Vivix