Jangkitan Rotavirus bukan sekadar cirit-birit atau muntah-muntah biasa

Oh dengar bab penyakit menular ni memang sangat merisaukan apatah lagi jika yang mengalaminya tu anak-anak kecil kita.

Kisah Auni & Rafiuddin yang tidak sihat

Kisah ni berlaku memang drastik. Berangkai-rangkai namun, alhamdulillah segala yang berlaku pasti berakhir juga.

Sungguh pada mulanya kami sekeluarga memang tak menyangka yang cirit birit dialami Auni Batrisyia selepas dia mengalami demam yang agak lama sekitar 2-3 hari itu adalah rupa-rupanya adalah jangkitan Rotavirus. Keadaan najis dia memang sangat teruk jika dibandingkan dengan cirit birit biasa. Ia bertakung macam kolam dalam lampin pakai buang. Tiap kali begini, Auni yang berusia 1 tahun 6 bulan tu akan cepat-cepat tidak selesa & merengek sambil menarik-narik seluarnya di depan saya.

Selepas 4 hari Auni begitu, Rafiuddin Afiq pula tiba-tiba muntah-muntah & sakit perut pada awal pagi Isnin.

Dalam keadaan anak-anak yang serentak tidak sihat sebegitu, kami memang tiada pilihan lain melainkan merujuk terus ke klinik swasta berhampiran.

Pada hari di klinik juga, Rafiuddin memberikan respon yang negatif terhadap ubat-ubatan klinik yang diberi. 3 kali ubat-ubat angin & tahan muntah disuap secara oral, 3 kali jugak lah dia memuntahkan kembali semua cecair yang diberi.

Malam seterusnya Rafiuddin memang lembik terus. Apa saja cecair (100 Plus/ air garam ORS/ air kosong) semuanya akan dimuntahkan kembali. Menurut Doktor di klinik tersebut, untuk kanak-kanak tidak digalakkan diberi ubat secara suntikan, maka pilihan yang ada hanyalah merujuk terus ke hospital untuk water dripping.

Setelah kami suami-isteri menimbang tara keadaan Rafiuddin, kami nekad membawa mereka berdua ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru pada awal pagi sekitar jam 1 pagi Rabu 29 Okt.

 

Rafiuddin Afiq berjaya melepasi fear factor nya – jarum suntikan
si adik – Auni Batrisyia pun ikut sama warded.. dia rasa macam duk dalam penjara

Pada mulanya memang niat hanya untuk memasukkan si Rafiuddin ni ke wad, tapi dah alang-alang si adik pun masih tak henti-henti cirit birit, kami fikir baiklah doktor memantau kedua-duanya sekali di hospital yang sama ni. Yelah, kalau adik tak warded pun macam mana ibunya nak membahagi dua badan ni kan? 😎

Ujian Air Kencing & Ujian ke atas Najis Pesakit

Untuk menentukan kesahihan adakah benar seseorang itu mendapat jangkitan Rotavirus, sampel air kencing dan najis pesakit perlu diambil untuk ujikaji makmal.

Ujian air kencing

  • Urine FEME (Urinalysis)
  • Microscopic examination, urine
  • Haematology
  • White blood cell differential count
  • Biochemistry

Kesimpulannya, dari ujian air kencing, tahap antibodi / imun pesakit dapat ditentukan. Kadar platlet & sel darah putih (neutrofil/ limfosit) yang luar biasa dari range yang sepatutnya menunjukkan bahawa sistem pertahanan badan/ sistem imunisasi badan telah diceroboh.

Ujian ke atas Najis

Ujian ini dapat menentukan samada pesakit benar-benar diganggu atau sistem imunisasinya diceroboh oleh Rotavirus atau tidak.

Memandangkan Auni Batrisyia memakai lampin pakai buang, maka tidak sukar bagi kami untuk mendapatkan spesimen najisnya dari situ. Cuma air kencing Auni perlu ditadah menggunakan plastik khusus.

Plastik ni ditampal pada hadapan kemaluan bayi perempuan. Cara pemakaian yang betul dapat memastikan kejayaan dalam mengumpul sampel air kencing.

Untuk kes Rafiuddin yang muntah teruk & sakit perut, perkara pertama selepas dimasukkan jarum untuk drip di A&E adalah mendapatkan X-Ray organ dalamannya terutama di kawasan usus & perut. Selepas mendiagnos sekali lagi melalui ultrasound pula, pakar bedah kanak-kanak Hospital Pakar Puteri, Ms Lai Fui Boon mengesahkan terdapat jangkitan berlaku ke atas saluran appendix Rafiuddin Afiq (infected Appendix). Pembedahan kecil perlu dibuat pada hari tersebut.

jangkitan Rotavirus
sayu & sebak rasa ketika nak menenangkan Rafiuddin yang baru keluar dari operation theatre. asyik merintih ‘sakit…sakit…adoi.. nak balik rumah…’

Antara tips yang kami amalkan untuk menenangkan Rafiuddin yang meraung & merintih adalah, membanyakkan selawat syifa’ serta zikir Asma’ ul Husna kepadanya. Urut-urutan lembut juga dilakukan bagi mengalirkan cas kesakitan itu.

Memandangkan selepas pembedahan Rafiuddin sangat takut untuk membuang air besar, memang agak sukar untuk kami mendapatkan sampel najisnya. Untuk memudahkan urusan, saya memakaikan Rafiuddin lampin pakai buang supaya mudah untuk mendapatkan sampel pada bila-bila masa sahaja Rafiuddin sakit perut untuk membuang.

Alhamdulillah pada hari ketiga, Rafiuddin dapat membuang dengan banyak.Maka dapatlah kami mengumpul spesimen najisnya.

Hal ini berlaku dengan mudah setelah Rafiuddin berjaya menangani rasa takut & sakit beliau untuk bergerak dan berjalan selepas pembedahan. Pergerakan usus menjadi lambat selepas pembedahan akibat penggunaan ubat tahan sakit Panadeine yang diberi.

Selepas mendapat keputusan ujian ke atas najis Auni & Rafiuddin, kedua-duanya adalah POSITIF mendapat jangkitan Rotavirus.

Siapa sangka betapa jangkitan Rotavirus ini bukan setakat memberikan ketidakselesaan kepada perut anak-anak, malah lagi lambat kita bertindak ia mampu merosakkan organ dalaman seperti usus & appendix.

Apakah Rotavirus? Apa do & don’ts bagi pesakit Rotavirus? Apakah langkah berjaga-jaga untuk mengelak / menghadapi jangkitan Rotavirus ini?

Kupasan yang lebih mendalam ada saya share di bawah ni.

Fakta Tentang Rotavirus & Langkah Pencegahan

Semoga ia bermanfaat kepada anda yang membacanya.

Terima kasih kerana sudi menyinggah. Tinggalkan sebarang komen anda atau persoalan di ruangan yang disediakan.



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

4 thoughts on “Jangkitan Rotavirus bukan sekadar cirit-birit atau muntah-muntah biasa”

  1. Pingback: Fakta Tentang Rotavirus & Langkah Pencegahan - ProVide Network

  2. Pingback: Resepi Mudah Bubur Pesakit Rotavirus - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published.