Jogging Antara Aktiviti Bersenam Untuk Sihat Kami Sekeluarga

 

Apakah amalan gaya hidup sihat yang dapat kita praktiskan?

Antara amalan gaya hidup sihat adalah:

Saya & suami memilih aktiviti berjogging pada setiap pagi Sabtu & Ahad sebagai aktiviti bersenam untuk sihat kami sekeluarga.

5 Sebab Utama Kenapa Jogging Adalah Pilihan kami?

  • Lokasi strategik untuk jogging yang berdekatan
  • Aktiviti yang tiada dikenakan bayaran
  • Membantu menambahkan stamina
  • Membantu perbaiki aliran darah
  • Membantu pembakaran kalori

Lokasi

Kebetulan kami tinggal di Taman Universiti. Maka memang UTM adalah port kami sekeluarga untuk berjogging.

Suami saya suka bermula di sekitar Tasik UTM.

Tapi saya lebih suka persekitaran yang lebih tersorok dari laluan jalanraya. & saya sukakan laluan yang adventures..

Jadi saya biasanya akan memilih Post Kawalan Desa Bakti (belakang Kolej Rahman Putra, KRP) sebagai tempat permulaan untuk mula berjogging.

Suami akan mula menghantar saya di checkpoint pertama ni.

Tiap kali selepas hantar saya di sini, suami saya bgtau, Auni mesti menangis sebab tak dapat ikut  saya berjogging kt sini.

bersenam untuk sihat

Lokasi di belakang KRP ni lebih tenang. Jauh dari riuh & asap kenderaan. Segar je rasa sepanjang berjogging.

Kiri dan kanan saya adalah kawasan yang berpokok serta sebahagian dari sebelah laluan ini merupakan tasik. Sambil-sambil bersenam untuk sihat, jogging kat kawasan macam ni sebenarnya dapat membantu memberikan ketenangan jiwa. Lagi dekat kita berada dalam limgkungan kawasan yang semulajadi, lagi mudah ketenangan jiwa tu sampai.

bersenam untuk sihat

Kat Johor ni, Ahad pekerja sektor awam dah mula kerja. Jadi memang tak ramai orang yang turut serta jogging setiap kali kami datang pagi-pagi Ahad di UTM ni.

Hujung laluan dari belakang Kolej Rahman Putra ni adalah kawasan belakang Unit Keselamatan & Lalulintas.

Ia juga merupakan laluan menghala ke gerbang lama UTM (post kawalan utama yang lama).

Untuk ke kawasan Tasik UTM, kita kena melintas laluan di bawah gerbang lama tu. So kena hati-hati sebelum melintas. Risau kenderaan yang keluar masuk datang dengan laju.

Setakat ni saya belum ukur lagi berapa ribu meter laluan ni. So far rekod terbaik yang saya boleh buat adalah 10 minit berjogging dari belakang KRP (sebelah post kawalan pengawal Desa Bakti) ke Tasik UTM.

& setiap kali selepas berjogging, saya pasti akan menghabiskan 1 liter air kosong yg dibawa. Memang selepas berjogging adalah masa yang terbaik untuk mengembalikan cecair dalam badan.

Sambil-sambil parents berjogging, anak-anak boleh tumpang riadah sambil tengok itik, angsa & ayam yang peramah. Memang jinak.

Kalau nak buat amal, datang sini bawakla bekal roti untuk itik-itik ni.

Semenjak dua menjak ni kami perasan populasi itik-itik ni macam dah berkurangan. Samada diancam haiwan liar seperti musang ataupun manusia sendiri. Maklumlah.. kumpulan haiwan ini memang hidup bebas.

bersenam untuk sihat
Auni pun tak takut.. Itik pun selamba je lari terkedek-kedek

Tips Tambahan:

Jika nak konsisten dalam bersenam, senaraikan push factor mengapa kita perlu bersenam setiap minggu.

Dapatkan kemudahan & peralatan bersenam yang baru & yang lebih selesa.

Macam kami, kami mula dengan mendapatkan kasut sukan yang lebih ringan supaya lebih selesa untuk berjogging dalam jarak yang lebih jauh.

Barulah bersemangat sket..

Walau sibuk macam mana sekalipun, konsistensi adalah paling penting.

Biarlah sesi bersenam untuk sihat itu dilakukan dalam tempoh yang pendek tapi dilakukan secara tetap.

Semoga perkongsian saya bermanfaat untuk semua.

Sebarang komen atau pertanyaan anda adalah sangat dialu-alukan. Terima kasih 😆

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge