Alkisah…
Hihihi.. Seronok nak share pasal aktiviti yang ada kat sekitar Tasik Ilmu, UTM Skudai ni.

Dulu Tasik UTM ni tempat kami baling-baling roti & makanan untuk ikan-ikan dalam tasik ni..
Pergh.. punya la banyak populasi ikan kat situ & lapar-lapar belaka pulak tu, sampaikan kalau kita singgah layang bayang-bayang tangan kat atas tasik tu pun, ikan nya dah tertimbul ready nak ngap apa yang kita baling…
Gambar xdak.. sebab ni kisah 10 tahun dulu
Boleh imagine x? …keh..keh..keh 😆
Uih.. dah sedekad rupanya duk berhampiran UTM ni rupanya.
Alhamdulillah, selepas penambahbaikkan (dulu pun pernah ada aktiviti berkayak kat sini), pihak UTM (Ecotourism Campus) telah menyediakan kemudahan aktiviti sukan bot kayuh ni bukan saja untuk kegunaan warga UTM malah untuk pengunjung @ orang awam juga.
Aktiviti Bot Kayuh di Tasik Ilmu, UTM Skudai
Apa yang menarik?
Yang bestnya, seisi keluarga boleh join naik bot kayuh ni. Ikut kepada kapasiti la. maximum 5 orang camtu ok.


Waktu Operasi Bot Kayuh UTM

Haa… takkan nak try & error je kan datang sini?
Lainlah kalau memang tiap hari jenguk Tasik Ilmu UTM ni kan? hihi…
Jika cuaca baik @ x hujan, korang boleh plan lah untuk datang pada masa-masa berikut:
- Ahad – Khamis : Jam 3 pm – 7 pm
- Jumaat Sabtu: Jam 8 am – 11 am & 3 pm – 7 pm
Harga Sewa Bot Kayuh UTM
- Staf/ Pelajar UTM: RM5 untuk setiap 15minit
- Orang Awam: RM8 untuk setiap 15 minit & RM15 untuk setiap setengah jam
Actually murah sangat dah ni.
Lagi pula kalau tengah x ramai orang, ok je kalau nak kayuh pusing-pusing lagi 1 tasik tu sampai penat.
Nak lagi best, ada kad loyalty juga…
Naik 6 kali, dapat percuma 1 trip kayuh bot… haaa… best kan?
Honestly said, masa saya bawak anak-anak kayuh bot ni pun, dalam 20 minit je la dah rasa cukup puas. Tapi mungkin jugak time tu tak ready ape sangat, just nak try suka-suka jer.

Oh ya… Kalau rasa kaki x sampai, jangan risau tau! sebab pada seat bot tu kita boleh laraskan kedudukan kita duduk dengan kaki kita untuk kita kayuh nanti.
Rafiuddin seems sangat rajin & berani nak kayuh jauh lagi sebab katanya nak tengok ikan…hahhaaha..
Auni pula nampak steady, ada masa juga dia nak kita riba dia…haish.. so faham-faham jelah… tak berapa nak boleh lama sangat sebab ada masa anak-anak ni mula meragam.
Bagi saya yang memang tak pernah berkayak/ naik sampan ni, cabaran untuk aktiviti kayuh bot ni terletak pada cara kita mengemudikan bot tu.
Paling lama saya nak boleh kemudi ialah masa nak parking betul-betul pada ruang letak bot tu…hihi… bukan kereta je kena pandai parking, bot kayuh pun sama.. barulah mudah nak naik ke atas seberang pula.
Tapi jangan risau, bukan setakat ada aktiviti kayuh bot je, manatau kalau ada yang nak berbasikal keliling kawasan Taman Tropika ni pun boleh.
Yang jenguk-jenguk je dari jauh tu, mehla join.
Apa kata jom buat aktiviti bot kayuh ni pada bila-bila korang berkelapangan. Cuti sekolah ni pun available tau! Hubungi je terus kat nombor ni 011-11949817 (Encik Ainisham) untuk sebarang pertanyaan lanjut, OK 😀
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Terima kasih kepada Pn zaleha..info yang menarik .
sama2.. best.. lama dah x sempat pegi.. semenjak musim hujan baru2 ni.. next time in shaa Allah pasti dtg lagi 🙂