Jom Elak Kena Gigit Nyamuk Dengan Bugslock ni

Alhamdulillah.. dah selamat sampai pun gelang penghalau nyamuk kami…

Xsabar dah nak guna petang ni ketika turun ke pusat latihan, antara riadah kami setiap petang, setiap kali hujung minggu di sini.

Rafiuddin & Auni sepanjang riadah kami sekeluarga (Nov 2014)

 

Kenapa sampai nak elak kena gigit nyamuk masa riadah?

Wah.. soalan ni memang cepu cemas sungguh!

Nyamuk Betina Penghisap darah

Memang benar, tak semua nyamuk tu menggigit atau menghisap darah manusia ya.

& tahukah kita, nyamuk betina yang memang kebiasaannya menghisap darah manusia untuk bertelur & seterusnya berkembang biak?

Alangkah bahayanya jika nyamuk betina yang mengigit kita tu datang dari spesis Aedes, punca utama kepada demam denggi?

Tengoklah persekitaran kita sekarang ni.

Kalau tempat riadah kita tu memang banyak pokok, dengan keadaan cuaca pun dah semakin lembap (sekarang kan musim monsun timur laut; Nov – Mac), inshaa Allah memang banyak juga hidupan bernama nyamuk ni semakin mudah berterbangan..

Golongan Mudah Digigit Nyamuk

Nyamuk boleh menghidu mangsanya sejauh 50m.

Menurut webMD.com, nyamuk juga cenderung untuk menggigit sesetengah golongan manusia. Antaranya ialah:

  • mereka yang mempunyai lebihan steroid/ kolesterol pada permukaan kulit
  • mereka yang mempunyai lebihan asid urik pada permukaan kulit

Boleh baca lebih lanjut penerangan & kajian yang telah dibuat di sini.

Yang penting, jangan sebab nyamuk, kelambu pula yang dibakar.. hehehe 😆

Elak Pembiakan Nyamuk

Sebenarnya minda pemikiran kita semua masih perlu dinaik taraf.

Untuk mengelakkan pembiakan nyamuk, kerjasama masyarakat setempat adalah diperlukan.

  • elakkan bekas-bekas yang mudah bertakung berada dalam halaman rumah seperti tayar lama/ bekas pasu & yang seumpama dengannya
  • pastikan sisa pepejal tidak mudah urai seperti plastik tidak dibuang dengan sesuka hati di kawasan longkang & kolam terbiar
  • menggunakan ubat jentik-jentik bagi kawasan yang tidak dapat elak dari menakung aliran air yang perlahan seperti alas pasu.

Saya tertarik dengan sebuah teksi ni ketika kami baru pulang dari riadah pagi tadi.

Ada kempen “Hapuskan Tenpat Pembiakan Nyamuk” pada belakang teksi ini.

Bagus, secara tidak langsung, pakcik ni juga membantu kita semua untuk elak kena gigit nyamuk.

elak kena gigit nyamuk

Sebelum ni saya hanya bekalkan sticker pelekat ni untuk kegunaan kami sekeluarga terutama jika bermalam di rumah saudara mara di kampung.

elak kena gigit nyamuk

Gelang penghalau nyamuk ni nampak lebih simple & mudah untuk dipakai jika dibandingkan dengan yang jenis pelekat. & siap boleh pakai berulang kali pulak tu..

elak kena gigit nyamuk

Nak tahu apa pengalaman saya dengan bugslock gelang penghalau nyamuk ni?

Nantikan review penuh saya pada entri yang akan datang ya. 😎

Anyway, buat masa sekarang, jom sama-sama berusaha untuk elak kena gigit nyamuk tak kira lah macam mana cara sekalipun.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua 😀

 

3 thoughts on “Jom Elak Kena Gigit Nyamuk Dengan Bugslock ni”

  1. I’ve heard really great tghnis about the Shaklee program. It seems to be a great program. Congrats on your progress! The smoothies look good (I’m glad there’s different flavors) and I would enjoy them as meal replacements, along with the tea and the meal bars. Thanks for describing the program and how you’re doing. Keep up the enthusiasm! You’re a great inspiration!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge