Pernah kan tengok 1 iklan susu jenama A kat TV tu?
Alaaa yang pasal tulang meretak & badan jadi membongkok bila kekurangan kalsium..
Itulah dia pasal Osteoporosis. Korang mesti ambil tahu pasal Osteoporosis ni & cara atasi Osteoporosis tu supaya dari sekarang lagi dah boleh prepare apa-apa preventive action.
Apa Itu Osteoporosis?
Kalau korang nak tau, Osteoporosis merujuk kepada masalah kepadatan tulang merosot seterusnya menyebabkan tulang mudah rapuh.
Tulang kita paling kuat & kukuh adalah ketika pada usia 30 tahun.
Selepas 30 tahun, tulang akan mula tidak menyimpan kalsium, seterusnya menyebabkan kepadatan jisim tulang semakin menghilang.
Jika tidak mengambil langkah pencegahan awal, bermula umur 50 tahun lagi, gigi semakin mudah mereput & tulang akan mula retak & membengkok.
Simptom Osteoporosis
(1) Sakit Belakang
Antara tanda-tanda awal adalah apabila kita mula mudah rasa sakit belakang (apabila berlaku perubahan pada struktur tulang belakang- vertebrata).
(2) Postur Berubah
Tanda lain adalah berlaku perubahan postur/ keretakan pada tulang
Punca Osteoporosis
Tulang kita adalah dibentuk oleh kalsium fosfat (mineral yang membuatkan struktur tulang keras) & kolagen (sejenis protein yang menjadi asas kepada pembentukan rangka tulang)
Semakin usia kita meningkat, kita akan lebih kehilangan jisim tulang berbanding pertambahannya.
Perubahan & kemerosotan kepadatan jisim tulang pada seorang wanita adalah semakin ketara selepas 5- 7 tahun mengalami menopause.
5 Golongan Berisiko Tinggi Terhadap Osteoporosis
Tidak semua orang akan mengalami Osteoporosis ni.
Namun, risiko adalah semakin bertambah apabila usia semakin meningkat.
(1) Wanita
Golongan wanita adalah yang paling berisiko untuk mengalami Osteoporosis kerana tulang wanita lebih nipis berbanding tulang lelaki.
Malahan wanita yang telah berkahwin banyak menggunakan kalsium terutama ketika hamil & juga menyusukan anaknya.
(2) Perokok & Peminum Arak
Terdedah dengan alkohol yang berlebihan & bahan enapan dari rokok boleh menjurus kepada jisim tulang merosot & kerapuhan tulang
(3) Kurang Makan Makanan Tinggi Kalsium, Vitamin D & Mereka yang Anorexia/ Bulimia
Kekurangan nutrisi tertentu terutaman kalsium & vitamin D dalam diet harian boleh menjurus kepada tulang yang mudah meretak.
(4) Pengambilan Ubat-ubatan
Ubat-ubatan untuk corticosteroid, ubat anti-keradangan yang diguna utk merawat penyakit asthma & lain-lain adalah berisiko tinggi mengakibatkan jisim tulang merosot.
(5) Pesakit Yang Berisiko Terhadap Osteoporosis
- Penghidap diabetes tahap 1
- Rheumatoid Arthritis
- Mereka yang ada buasir
- Mereka yang mengalami gangguan hormon tak stabil
5 Cara Atasi Osteoporosis
Terdapat rawatan perubatan & secara alternatif juga.
Cara Atasi Osteoporosis 1 : Rawatan – Bone Boosting Drugs
Antara biphosphonate yang diberi utk mengatasi Osteoporosis adalah:
- Actonel
- Boniva
- Fosamax
- Reclast
Rawatan ini membantu mengurangkan risiko tulang retak. Namun ia juga meninggalkan kesan sampingan negatif seperti ulcer di dalam esofagus, asid reflux & loya.
Cara Atasi Osteoporosis 2 : Rawatan – Agen Estrogen
Terapi menggantikan hormon.
Digunakan apabila seseorang mengalami menopause.
Tapi ia sangat berisiko tinggi terdedah terhadap kanser, darah beku, penyakit jantung & stroke.
Cara Atasi Osteoporosis 3 : Makan Makanan Tinggi Kalsium/ Bantu Serapan Kalsium
Banyak makanan yang tinggi kalsium sebenarnya. Cuma jika untuk dapat khasiat yang setimpal, kita perlu makan banyak & secara setiap hari
- Susu (minum susu tinggi kalsium & diperkaya dengan vitamin D, 2-3 gelas sehari)
- Hasil tenusu seperti yoghurt & keju
- Ikan salmon, tuna, herring kaya dengan vitamin D. Vitamin D membantu dalam serapan kalsium
- Sayuran berdaun hijau mengandungi magnesium, mineral yang bantu seimbangkan kesihatan tulang
- Buah seperti oren kaya dengan kalsium
Cara Atasi Osteoporosis 4 : Elak Makanan Perosak Tulang
- Makanan bergaram tinggi seperti daging proses & makanan dalam tin
- Minum kopi lebih 3 cawan sehari boleh mengganggu serapan kalsium
- Alkohol boleh menjejaskan kepadatan jisim tulang
Cara Atasi Osteoporosis 5 : Ambil Suplemen
Suplemen kalsium terdapat dalam 2 bentuk yang paling utama:
- calcium carbonate
- calcium citrate
RDA Pengambilan Suplemen Kalsium
- Kanak-kanak (1-3 tahun) : 350 mg kalsium sehari
- Kanak-kanak (4-6 tahun) : 450 mg
- Kanak-kanak (7-10 tahun) : 550 mg
- Remaja lelaki (11 – 18 tahun) : 1000 mg
- Remaja perempuan (11-18 tahun) : 800 mg
- Dewasa : 1000 – 1300 mg
Pengambilan kalsium utk serapan yang terbaik adalah 2 kali sehari. Dose terbaik utk serapan adalah tidak melebihi 500mg kalsium per intake.
Antara suplemen kalsium yang terbaik & lengkap untuk golongan dewasa adalah OsteMatrix.
Boleh ikhtiar dengan Ostematrix tu kerana khasiat dalam 1 tablet Ostematrix sgt lengkap dengan keperluan kalsium, vitamin D, magnesium & pelbagai mineral surih yang membantu serapan optimum.
Semoga info berkaitan Osteoporosis & cara atasi osteoporosis ni membantu untuk sesiapa saja 🙂 .
Terima kasih sudi membaca. Boleh share jika info ini bermanfaat 😉
Rujukan:
- http://www.webmd.com/osteoporosis/ss/slideshow-osteoporosis-overview
- Nutrition For Life, Lisa Hark & Dr Darwin, Dorling Kindersley, 2005
- Prescription for Nutritional Healing, Phyllis A. Balch, Avery, 2010
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi